Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Annuar Hanif
Percaya Sebelum Berjaya
Luka Smajo
Judul buku Luka Smajo agak unik dan aneh. Setuju tak dengan admin ?
Buku yang admin baca ini merupakan antologi cerpen hasil tulisan Ummu Hani Abu Hasan. Ia dibukukan pada tahun 2010 oleh Must Read Sdn Bhd. Kesemua cerpen ini telah diterbitkan dalam pelbagai majalah sekitar tahun 2007 hingga tahun 2009.
Ada 17 buah cerpen kesemuanya. Admin amat tertarik dengan cerpen Luka Smajo. Mungkin atas sebab naratif dan tema yang bersifat kemanusiaan, peperangan dan cinta tanahair.
Cerpen Luka Smajo mengisahkan insan bernama Smajo. Beliau orang Bosnia Herzegovina. Hidup sebatang kara setelah kehilangan isteri dan tiga orang anaknya yang telah menemui Illahi.
Kematian orang kesayangan Smajo akibat perbuatan Serb dalam konflik yang berlalu di sana.
Perkampungan mereka dibakar. Kaum wanita diperkosa dan dibunuh. Ramai yang mati dalam kebakaran. Jeritan mereka bagaikan orang yang dihumban dalam api neraka. Ngeri dan menakutkan.
Hanya beberapa orang yang terselamat. Mereka yang terselamat mengalami trauma emosi yang amat mendalam. Salah seorangnya Smajo.
Admin cukup terkesan dengan gaya penulisan cerpen tersebut. Naratifnya amat menyentuh emosi.
Ada banyak lagi cerpen yang lainnya. Pelbagai tema diutarakan.
Malah latar belakang cerita banyak melibatkan negara seperti Syria, Bangladesh, Indonesia dan Thailand.
Admin sangat suka dan seronok membaca antologi cerpen begini. Bukan kerana jalan cerita yang bermesej semata-mata tetapi penggunaan bahasa yang santai tetapi sangat sarat dengan permainan emosi.
Tema yang diangkat tentulah soal keimanan dan tauhid. Bagus sebagai sarana dakwah yang halus dan tepat sasaran.
Kalau di pasaran admin tidak pasti ada lagi ke tidak. Nak cari boleh ke perpustakaan la jawapnya.
Oh ya di shopee ada jual selagi ada stok ya >>https://shopee.com.my/LUKA-SMAJO-(UMMU-HANI-ABU-HASSAN)-i.239141920.6234880582
Semoga ada manfaatnya.
Buat Duit Dengan Affiliate
Anak Muda Bebas Hutang
200 Tips Menjadi Usahawan Kaya Iman Gaya Rasulullah
Berubat Dengan Sedekah
Berani Gagal - Hikmah Kegagalan
Calon Jodoh Untuk Adik
Pelan-pelan kayuh
Pelan-Pelan Kayuh adalah sebuah buku yang menghimpunkan 27 kisah pendek.Ditulis dengan bersahaja dan santai.
Namun menyampaikan mesej penuh bermakna.Ada tersurat dan tersirat.Baca dan hayati boleh rasa sebak di hati dan sayu di jiwa.
Buku ini disusun oleh Rohamiah Muda hasil garapan idea oleh Bonda Nur.
Admin akui sangat menarik dan berkesan pada perasaan.Sementelahan temanya amat dekat pada masyarakat kita pada hari ini.
Ada kisah doktor, cikgu, penjawat awam, pelajar, pendakwah dan sebagai.
Setiap seorang daripada mereka ada kisah tersendiri dan unik.
Beginilah kehidupan yang kadang-kdang kita tidak sedar bahawa ia begitu indah sekali setelah dicoretkan semula dalam penulisan.
Dengan ketebalan 193 halaman dan diterbitkan pada tahun 2018 memang wajar dimiliki oleh para peminat buku.Harganya sekitar RM22 senaskah.
Apalagi dapat naskah buku ini segera di pasaran.
Lembaga Hikmat
Ketika mengamati buku karya HAMKA berjudul Lembaga Hikmat, admin terkesima dengan kisah cinta yang terungkap di dalamnya.
Buku ini nipis sahaja.Cuma ada 79 halaman dan mengandungi 10 himpunan cerita yang pelbagai tema
.
Ia dicetak pada tahun 2017 oleh Publishing House.Harga terjangkau sekitar RM12 senaskah.
Izinkan admin kongsikan satu himpunan kisah tersebut di sini :
“ Ditenung muka kekasihnya sesaat lamanya, kekasihnya yang telah mengorbankan nyawanya untuk cinta”..
Kisah cinta gadis jelita ini tidak kesampaian.Terhalang kerana pangkat dan darjat.
Si wanita orang berada.Si lelaki cuma pengembala.
Pengembala telah melamar cinta hatinya.Namun lamaran ditolak.Pengembala daif dan kurang darjat kedudukannya.
Yang ada sekeping hati yang saling mencintai penuh kejujuran dan keikhlasan.
Dek kerana sedar diri, si pengembala lari dari kampung.Berkelana membawa diri ke satu tempat.
Namun hubungan cinta mereka tidak berakhir di situ.
Mereka sesekali bertemu.Melepas rindu dan berjanji setia untuk bersama.
Suatu hari tatkala pengembala menunggu pujaan hati tiba, perasaan gundah gulana amat terasa.
Benar, jika sudah mencintai ikatan batin terpateri.Biar sejauh manapun boleh dirasai.
Tanpa menunggu lama, pengembala mencari pujaan hatinya.
Tiba-tiba di pertengahan jalan, pengembala terkejut.Sekujur tubuh kekasihnya sudah tidak bernyawa.Mati dibaham singa ketika dalam perjalanan.
Demi cinta yang mendalam, pengembala mengambil pedang lantas memburu singa durjana.
Dipendekan cerita.Pertempuran pengembala dengan singa begitu dahsyat.
Singa tewas.Kepala singa dipenggal.Namun si pengembala luka teruk dan dalam.
Akhirnya pengembala mengembuskan nafas terakhirnya bersebelahan cinta pujaan hati di satu tempat yang menyedihkan..
Cerita habis.
Admin ubah suai jalan cerita kerana penamat cerita ini agak klise..
Hidup demi cinta.Mati pun bersama.
Sekian.Jika nak tahu cerita selebihnya boleh dapatkan naskah buku ini di pasaran terdekat anda.
Stephen Hawking A Biography
Buku ini berkisar tentang Stephen Hawking.Sayangkan kisah ini yang ditulis oleh penulis Dave A.Andrew sangat ringkas dalam 36 halaman sahaja.
Stephen Hawking lahir pada tahun 1942 dan meninggal dunia pada tahun 2018.Sumbangan Stephen dalam dunia sains dalam 50 tahun lama dan akan berterusan selagi buku-buku penulisannya masih menjadi rujukan dan bacaan pencinta dunia alam semesta.
Zaman kecilnya berbeza dengan kanak-kanak lain.
Ketika kanak-kanak lain leka bermain video atau video game, Stephen pula sibuk scanning hasil kerja bapanya sebagai saintis dan penyelidik.
Tabiatnya itu telah membentuk minda ingin tahu yang sangat tinggi.
Pernah guru sekolahnya mengelar Stephen sebagai Einstein kerana menjadi pelajar yang mempunyai minat ingin tahu sangat tinggi.
Realiti,Stephen adalah pelajar yang tercorot dalam akademik semasa peringkat rendah.
Stephen mula menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Fizik ketika di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.
Semasa melanjutkan pengajian peringkat sarjana, Stephen disahkan menghidap ALS atau amyotrophic lateral sclerosis.
Dalam bahasa mudahnya lumpuh sistem neutron.Akibat daripada sindrown ALS menyebabkan Stephen terpaksa bergantung kepada mesin dan komputer untuk bergerak.
Sungguhpun menderita ALS tidak menghalang Stephen menjadi pakar dalam Fizik dan teori berkaitan alam semesta.
Buku biografi ini banyak penyingkap beberapa hasil karya Stephen.
Antarannya :
A Brief History of Time: From the Big Bang to Black Holes (1988), The Universe in a Nutshell (2001), The Grand Design ( 2010) dan banyak lagi.
Stephen Hawking gigih menghasilkan buku yang bestseller dan menarik ramai pembaca.
Buku tersebut menarik ini kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami biarpun dalam bidang yang rumit seperti Fizik dan alam semesta.
Penutup:
Secara ringkas admin anggap buku ini sekadar nota ringkas biografi tokoh Fizik dunia.
Bagaimanapun jika ada sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di pasaran.
Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan
Buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.bakal mengejutkan pembaca semua.Nak tahu tak, lanjutkan pembacaan ulasan buku ini.
Kemiskinan dan kekayaan mempunyai garis sempadan berbeza.Hidup miskin dihina manakala hidup kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia.
Kehidupan insan yang miskin tegar berubah menjadi kaya raya melatari tema buku ini.
Saya sebagai pembaca amat tersentuh hati dengan kisah seorang insan bernama Tuan Mohamad Azlan.
Sememangnya tiada siapa menduga seorang yang pernah menjadi pengutip sampah boleh berjaya bergelar jutawan.Itulah kisah Mohamad Azlan yang berada pada titik paling bawah kehidupan suatu ketika dahulu berjaya meletakkan diri pada peringkat tertinggi.
Mohamad Azlan lahir daripada keluarga miskin tegar yang mempunyai 16 orang beradik.Pernah tidak makan dengan cukup.Makan berlauk budu, ikan kering dan seadanya untuk mengalas perut yang kelaparan.
Semasa di sekolah Mohamad Azlan merupakan pelajar tercorot dan rendah diri.Pernah kena buang sekolah kerana masalah disiplin.Bahkan pernah dicaci dan dihina gara-gara hidup miskin.
Dahsyatnya kemiskinan tersebut telah membelit kehidupan Mohamad Azlan sekeluarga.Namun mereka tidak berputus dan sentiasa mensyukuri apa-apa yang ada.
Habis zaman persekolahan Mohamad Azlan menyambung belajar di Universiti Kehidupan.Belajar jerih payah dan mengenal apa erti gigih, kerja keras dan semangat waja dalam mencapai sesuatu.
Pernah juga menyambung pengajian di kolej namun pada tidak sampai ke penghujung.Ini gara-gara keinginannya untuk membantu keluarga semakin membuak-buak.
Bermula dari situ Mohamad Azlan cuba pelbagai pekerjaan.Berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat penghidupan yang terbaik.
Pengutip sampah merupakan pekerjaan yang cukup meruntun hati.Beliau lakukan demi membantu keluarga yang masih dibelit kemiskinan yang belum berkesudahan.
Pada satu hari emaknya menangis dan menitis air mata melihat poket baju Mohamad Azlan berisi ulat-ulat sampah.Hati siapa yang tidak hiba melihat anak kesayangan begitu gigih mencari duit untuk membantu keluarga.
Titik tolak kejayaan Mohamad Azlan berlaku apabila beliau cuba keluar dari rumah dengan berbekalkan hanya RM1.30 sahaja.Fikirannya buntu dan bingung memikirkan hendak ke mana hala hidup selepas itu.Beliau menangis sepuas hati dan akhirnya sedar tiada sesiapapun boleh membantu kecuali Allah.
Ketika dalam keadaan yang buntu begitu, Mohamad Azlan telah diketemukan dengan seseorang.Insan ini menawarkan pekerjaan kepada Mohamad Azlan sebagai ejen tanah lot.
Benarlah kata ramai orang, rezeki tidak pernah salah alamat.Pekerjaan barunnya sebagai ejen tanah lot ini telah membawa titik perubahan kepada Mohammad Azlan.Kejayaannya mendapat komisyen sebanyak RM4000 begitu besar sekali.Selepas itu Mohamad Azlan tidak menoleh belakang lagi.
Usaha, masa dan tenaga terus dicurah dalam bidang hartanah telah menbawa Mohamad Azlan Al Amin mencatat nama sebagai jutawan muda.
Adakah kejayaan ini mudah dan sekelip mata?
Apakah formula di sebalik kejayaan ini ?
Hanya selepas membaca buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan anda mengetahuinya dengan jelas.Bukan itu sahaja anda bakal terinspirasi bahawa yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Selamat membaca dan semoga berjaya semua.
Info tambahan.
Penulis: Riduan Makhtar
Tahun terbit: 2020
Halaman : 294 muka surat
Harga : RM38
Biodata penulis :
Penulis berasal dari Kelantan dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau cukup aktif berkarya untuk rujukan pelajar, blog dan artikel yang berkaitan dengan kepakaran.
Buku ini merupakan hasil tulisan pertama beliau.
THE 5 AM CLUB
Buku “THE 5 AM CLUB” ini memang ada kelas tersendiri.Hasil karya Robin Sharma ini tidak pernah mengecewakan pembacanya di seluruh dunia.
Judul kecilnya bertajuk “Own Your Morning Elevate Your Life” jelas memberi tema bahawa inilah rutin untuk berjaya dalam hidup.
Buku yang setebal 314 halaman dan berbahasa Inggeris memberi cabaran besar untuk admin menghabiskan bacaan buat kali pertama.In shaa Allah jika ada kelapangan masa admin akan mengulangi bacaan untuk kali kedua pula.
Penulis Robin Sharma memang terkenal kerana buku pertamanya “ The Monk Who Sold His Ferrari”.Dengan angka 15 juta naskah terjual seluruh dunia beri gambaran jelas bahawa hasil ideanya bukan kaleng-kaleng dalam bidang spiritual.
Admin kongsikan sedikit apa yang admin dapat daripada buku “THE 5 AM CLUB” yang telah diterbitkan pada tahun 2018.
Dengan kos membeli RM69.90 senaskah bukannya murah jika difikirkan pasal harga.Sebaliknya untuk ilmu jauh lebih bernilai dari angka tersebut.
Penulis kongsikan kepada kita bagaimana mengurus masa awal pagi seawal 5 pagi.Mungkin ada di antara kita yang bangun awal dari waktu ini.Maknanya sudah dikira terlalu bagus.
Dalam tempoh sejam penulis sarankan kita untuk bahagi tiga bahagian.Setiap bahagian mengandungi 20 minit.
A)5.00am hingga 5.20am
Buat senaman regangan.Nak push up ke atau nak plank terpulang.Paling simple senaman pemanasan untuk memberi kelegaan pada otot seluruh badan.
Senaman memberi banyak manfaat kesihatan dan pengaruhi emosi sepanjang hari.
B) 5.20am hingga 5.40am
Pada waktu ini boleh gunakan untuk solat Subuh baik secara berjemaah di masjid atau di rumah.Ikut kesesuaian masing-masing.
Kalau belum masuk waktu, gunakan untuk solat sunat atau sekadar berzikir.
Penulis sarankan untuk meditasi dan bagi orang muslim gantikan sebagai sesi zikir.Itu lebih afdal.
C)5.40am hingga 6.00am
Masa untuk memasukkan ilmu dalam minda.Orang Islam dianjur untuk membaca al Quran, menghadami al Hadis dan baca buku yang memberi motivasi.
Sekiranya belum bersedia, tukar kepada menonton Youtube yang berilmiah agar otak sebelah pagi mendapat suplimen ilmu.
Itu sahaja caranya.
Selain dari itu buku ini mengajak kita untuk belajar melatih minda untuk fikir yang baik-baik sahaja.
Jaga tutur kata, sentiasa tenang selalu,mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT dan juga sentiasa menyayangi orang sekekeling penuh ikhlas.
Pembaca akan lebih banyak tahu sekiranya berkesempatan memiliki buku tersebut.
Jika hendak berjaya, tiada pilihan selain beramal dan istiqamah dengan ilmu yang bagus dan bermanfaat.
Selamat sukses.
Mudahnya Menjemput Rezeki
Sudah lama admin mencari buku Mudahnya Menjemput Rezeki.Alhamdulillah diketemukan di sebuah kedai tanpa sengnaja.
Inilah dinamakan rezeki.
Admin mencari buku ini kerana admin sudah membaca versi kedua bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil tulisan Tuan Fathuri Sallehudin.
Buku versi pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah diulang cetak pada tahun 2015.
Lihat betapa larisnya buku tersebut dalam memenuhi permintaan pembaca.
Membaca tulisan Tuan Fathuri Salehuddin tidak pernah mengecewakan.Hasil garapan idea, pandangan dan buah fikiran beliau cukup berkesan dalam hati.
Dengan ketebalan 184 halaman dan mengandungi 40 bab cukup bernilai untuk pembaca terutama dalam memahami konsep rezeki secara tuntas.
Penulis juga mengisahkan pengalaman peribadi beliau dalam menghadapi zaman sukar dan getir.
Pada ketika itu beliau cuba mengamalkan beberapa teknik yang mudah untuk menjemput rezeki.Hasilnya memang berkesan dalam memantapkan lagi keyakinan bahawa ilmu dalam buku ini bukan calang-calang.
Terbukti dan ada hasilnya.
Admin ulas sedikit perkara pokok dalam buku yang menarik ini.Antaranya konsep mencari rezeki dan menjemput rezeki.
Mencari rezeki memang digalakkan namun ada tapinya.
Hasil dari mencari rezeki ada dua kemungkinan.Dapat dengan tidak.
Menjemput rezeki lain pula ceritanya.
Hasil menjemput rezeki pasti ada dan itu sudah janji Allah dalam al Quran.
Ada 11 cara menjemput rezeki.Antaranya takwa, solat, zikir bersedekah dan lain-lainya.Penerangan lanjut boleh baca dalam buku ini.Admin tak mampu huraikan dengan panjang lebar.
Hanya penulis asal yang mampu menyampaikannya dengan lebih jelas dan baik.
Jangan lupa cari buku ini dan kalau terjumpa itu memang rezeki anda yang menginginkan perubahan hidup yang hebat dalam tahun 2020 ini.