Header Ads Widget

Luka Smajo


Judul buku Luka Smajo agak unik dan aneh. Setuju tak dengan admin ? 

Buku yang admin baca ini merupakan antologi cerpen hasil tulisan Ummu Hani Abu Hasan. Ia dibukukan pada tahun 2010  oleh Must Read Sdn Bhd. 

Kesemua cerpen ini telah diterbitkan dalam pelbagai majalah sekitar tahun 2007 hingga tahun 2009.

Ada 17 buah cerpen kesemuanya. Admin amat tertarik dengan cerpen Luka Smajo. Mungkin atas sebab naratif dan tema yang bersifat kemanusiaan, peperangan dan cinta tanah air.

Cerpen Luka Smajo mengisahkan insan bernama Smajo. Beliau orang Bosnia Herzegovina. Hidup sebatang kara setelah kehilangan isteri dan tiga orang anaknya yang telah menemui Illahi. 

Kematian orang kesayangan Smajo akibat perbuatan Serb dalam konflik yang berlalu di sana. 


Perkampungan mereka dibakar. Kaum wanita diperkosa dan dibunuh. Ramai yang mati dalam kebakaran. 

Jeritan mereka bagaikan orang yang dihumban dalam api neraka. Ngeri dan menakutkan.

Hanya beberapa orang yang terselamat. Mereka yang terselamat mengalami trauma emosi yang amat mendalam. Salah seorangnya Smajo. 

Admin cukup terkesan dengan gaya penulisan cerpen tersebut. Naratifnya amat menyentuh emosi. 

Ada banyak lagi cerpen yang lainnya. Pelbagai tema diutarakan.  

Malah latar belakang cerita banyak melibatkan negara seperti Syria, Bangladesh, Indonesia dan Thailand. 

Admin sangat suka dan seronok membaca antologi cerpen begini. Bukan kerana jalan cerita yang bermesej semata-mata tetapi penggunaan bahasa yang santai tetapi sangat sarat dengan permainan emosi. 

Tema yang diangkat tentulah soal keimanan dan tauhid. Bagus sebagai sarana dakwah yang halus dan tepat sasaran. 

Kalau di pasaran admin tidak pasti ada lagi ke tidak. Nak cari boleh ke perpustakaan la jawapnya.

Oh ya di shopee ada jual selagi ada stok ya >> https://tinyurl.com/bp6uh5eb

Semoga ada manfaatnya.


  • Kemas kini 8/1/23


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Boleh tahu pengalaman orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cerpen adalah garapan pengalaman penulis...best giler tu

      Padam
  2. wah saya langsung tertarik
    ingin sekali-kali membaca cerpen malay
    apalagi yang menceritakan sebuah tragedi
    apa ada ya di toko buku online
    penasaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tidak pasti mas...ini buku lama dan mungkin ada di toko buku..

      Padam
  3. ummu hai penulis muda yg hebat semua karyanya...ulasan tuan sgt menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak PI....penulis PI apa kurangnya...kalau terjumpa in shaa Allah saya akan buat ulasan juga

      Padam
  4. Buku lama tahun 2010 tapi masih cukup bagus untuk dibaca sekarang. Sedih juga baca kisah Smajo tentang perang bosnia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab itu buku ini kata..perang itu syaitan..

      Padam
  5. Biasa nyer cerpen adakah cerita pendek yang disampaikan oleh penulis melalui pengalaman, pemerhatian dan juga cerita yang disampaikan🌹🌹

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah...macam best jer baca cerpen berbanding novel..

      cepat habis dan jalan cerita tak pusing jauh sangat

      Padam
  6. wah, macam best je buku ni.. suka juga cerita yang berlaku di latar tempat selain malaysia ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejujrnya memang best..

      itulah pengakuan ilhlas saya

      Padam
  7. Wah, satu lagi koleksi bacaaan yang bagus hasil cadangan Mr Hanafi. Terbaik Mr Hanafi.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih bro GV..

      saya suka-suka jer nak baca cerpen..

      sebab tabiat membaca perlu show of agar orang lain turut ada tabiat yang sama

      Padam
  8. Setuju! Smajo tu yang buat unik dan aneh. Tapi perkataan luka tu dah boleh agak luka yang sedih. Smajo tu nama orang rupanya. Siapa yang tak trauma kalau berdepan dengan situasi macam tu. Syukur terselamat tapi kesannya berpanjangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya lebih baik terus gol daripada trauma emosi yang begitu panjang..

      apa-apapun ajal sahaja yang nenenentukan hidup mati seseorang

      Padam
  9. Bagus dakwah dalam cerpen. Lebih mengena dan mudah dipahami.

    BalasPadam