Membaca buku “Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Annuar Hanif” memang awesome. Stail penulisan santai dan ringkas.
Mesej yang disampaikan memang kena pada admin sendiri. Hehehe
Buku ini setebal 86 muka surat sahaja. Ia dicetak pada tahun 2015 oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.
Penulisnya Annuar Hanif memang tidak asing lagi dalam genre penulisan kewangan peribadi. Ada kreabiliti dalam bidang tersebut kerana lulusan ijazah Sastera Ekonomi dan 20 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
Ada tujuh bab dan bab yang admin suka pada bahagian akhir. Pada bahagian tersebut diceritakan ASA atau Amanah Saham Akhirat.
Maksudnya kita mengumpul harta dan kekayaan di dunia untuk dijadikan bekal pahala di akhirat nanti.
Dalam memastikan harta kita bersih dan suci sangat wajib untuk mengetahui dari mana sumber kekayaan itu diperolehi.
Berbalik kepada bab-bab seterusnya.
Penulis juga membincangkan isu bersara awal atau istilah lainnya kebebasan kewangan.
Inilah tujuan utama pengurusan kewangan peribadi yang bijak. Kesilapan mengurus kewangan pada masa muda akan membawa mudarat pada masa tua.
Jika pembaca sudah melewati zaman tersebut dan kini menuju usia persaraan maka tiada pilihan selain mengandakan sumber pendapatan.
Antara mengamalkan 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.
Maklumat lanjut boleh dibaca di mrhanafi.com
Duit yang ada wajib diurus sama ada dalam bentuk simpanan kecemasan, pelaburan, takaful dan sebagainya,
Gagal berbuat demikian menempa cabaran hidup seperti bekerja sehingga hujung nyawa, hutang bertimbun dan banyak lagi perkara luar jangkaan.
Untuk mengelakkan kejadian demikian, berusaha membeli aset di lokasi strategik dan mengelak liabiliti sedaya yang mungkin dalam usia muda.
Aset = menjana duit masuk poket
Liabiliti = mengeluarkan duit dalam poket
Persoalan ini dihurai dan dikupas dengan cara soal jawab melalui buku “Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Annuar Hanif”.
Admin amat menyaran pembaca untuk mendapatkan buku di pasaran. Sayang sungguh ilmu yang bagus tidak sampai kepada orang yang memerlukan.
Ada dijual dengan harga RM12 di shoppe melalui link ini.
Boleh juga cari di Popular Online
Untuk makluman, bukan admin yang jual dan admin sekadar membantu pembaca mendapatkan buku tersebut.
Malah penjual buku tersebut tidak kenalpun admin hahaha.
Selamat membaca dan bijak urus duit sendiri.
14 Ulasan
Memang perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan.
BalasPadamberusaha untuk menjana pendapatan agar ada lebihan kewangan setiap bulan
PadamBab pengurusan kewangan ni banyak perlu diuruskan. Paling penting sumber pendapatan tu bersih dan halal. Kemudian tujuan digunakan pun mestilah betul baru berkat. Sejak PKP ni ramai yang terkesan dengan masalah kewangan. Bolehlah amalkan rahsia rezeki mengalir tanpa henti tu.
BalasPadamkemahiran yang ramai lemah dan tewas termasuk saya hahaha
PadamMemang kena simpan... Kalo tak banyak... Sikit pon jadilah...
BalasPadamsimpan pada tempat yang betul..
Padamada banyak tabung perlu diisi dengan bijak
kewangan perlu diurus dgn betul
BalasPadammari kita sama-sama untuk urus kewangan dengan bijak
Padambab kewangan ni memang kena betul-betul jaga
BalasPadamsiapa yang bijak jaga dan kawal duit...beruntung
Padamdapat sahaja wang kena simpan dahulu dan baru belanja
BalasPadamini cara yang terbaik ..namun mencabar untuk dilakukan
PadamMelabur RM12 untuk dapat ilmu memang tak rugi. Btw tuan admin tolong review banyak lagi buku pelaburan boleh? Senang saya nak beli mana yang berkenan lepas baca review tuan admin lepas ni..
BalasPadamin shaa Allah kalau saya jumpa buku sedemikian...
Padamlagipun dalam bab pelaburan dan kewangan pun saya suka baca