Buku
“THE 5 AM CLUB” ini memang ada kelas tersendiri.Hasil karya
Robin Sharma ini tidak pernah mengecewakan pembacanya di seluruh dunia.
Judul kecilnya bertajuk
“Own Your Morning Elevate Your Life” jelas memberi tema bahawa inilah rutin untuk berjaya dalam hidup.
Buku yang setebal 314 halaman dan berbahasa Inggeris memberi cabaran besar untuk admin menghabiskan bacaan buat kali pertama.In shaa Allah jika ada kelapangan masa admin akan mengulangi bacaan untuk kali kedua pula.
Penulis Robin Sharma memang terkenal kerana buku pertamanya
“ The Monk Who Sold His Ferrari”.Dengan angka 15 juta naskah terjual seluruh dunia beri gambaran jelas bahawa hasil ideanya bukan kaleng-kaleng dalam bidang spiritual.
Admin kongsikan sedikit apa yang admin dapat daripada buku “THE 5 AM CLUB” yang telah diterbitkan pada tahun 2018.
Dengan kos membeli RM69.90 senaskah bukannya murah jika difikirkan pasal harga.Sebaliknya untuk ilmu jauh lebih bernilai dari angka tersebut.
Penulis kongsikan kepada kita bagaimana mengurus masa awal pagi seawal 5 pagi.Mungkin ada di antara kita yang bangun awal dari waktu ini.Maknanya sudah dikira terlalu bagus.
Dalam tempoh sejam penulis sarankan kita untuk bahagi tiga bahagian.Setiap bahagian mengandungi 20 minit.
A)5.00am hingga 5.20am
Buat senaman regangan.Nak push up ke atau nak plank terpulang.Paling simple senaman pemanasan untuk memberi kelegaan pada otot seluruh badan.
Senaman memberi banyak manfaat kesihatan dan pengaruhi emosi sepanjang hari.
B) 5.20am hingga 5.40am
Pada waktu ini boleh gunakan untuk solat Subuh baik secara berjemaah di masjid atau di rumah.Ikut kesesuaian masing-masing.
Kalau belum masuk waktu, gunakan untuk solat sunat atau sekadar berzikir.
Penulis sarankan untuk meditasi dan bagi orang muslim gantikan sebagai sesi zikir.Itu lebih afdal.
C)5.40am hingga 6.00am
Masa untuk memasukkan ilmu dalam minda.Orang Islam dianjur untuk membaca al Quran, menghadami al Hadis dan baca buku yang memberi motivasi.
Sekiranya belum bersedia, tukar kepada menonton Youtube yang berilmiah agar otak sebelah pagi mendapat suplimen ilmu.
Itu sahaja caranya.
Selain dari itu buku ini mengajak kita untuk belajar melatih minda untuk fikir yang baik-baik sahaja.
Jaga tutur kata, sentiasa tenang selalu,mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT dan juga sentiasa menyayangi orang sekekeling penuh ikhlas.
Pembaca akan lebih banyak tahu sekiranya berkesempatan memiliki buku tersebut.
Jika hendak berjaya, tiada pilihan selain beramal dan istiqamah dengan ilmu yang bagus dan bermanfaat.
Selamat sukses.
38 Ulasan
Buku ni pasal pengurusan masa rupanya.
BalasPadamya...itu baru sikit..
Padamada banyak lagi sebenarnya
wahhh menarik pengisiannya tentang masa.
BalasPadamyep ..sangat menarik
PadamHarus saya coba untuk terapkan segera.
BalasPadamSekarang pola hidup saya tidak sehat.
Bangun subuh jam 6 kurang, malam tidor jam 01.00
Rasanya banyak waktu terbuang dan tersia-siakan
perlu konsisten waktu tidur..
Padambaharulah waktu bangun lebih baik
Pernah baca juga, disarankan bangun sebelum subuh kerana itu waktu paling tenang & dapat mendidik kita menjadi insan penyabar. Well rasanya the same reason kenapa banyak tips kejayaan & pengurusan masa mencadangkan perkara yg sama..
BalasPadamsebaik-baikanya kita perlu bangun sebelum subuh ..
Padamagar mudah untuk beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti harian
ISTIQOMAH AMALANNYA INSYAA ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT
BalasPadamaamiin dan moga kita ada kekuatan untuk melakukan ini semua..
Padamwah, ternyata bangun pagi banyak ya manfaat nya, dan emang sering denger cerita kalau pagi hari itu banyak hal positif yang bisa kita dapat. happy to know this writting giving more explanation, makasih buat sharing mas
BalasPadamsangat banyak manfaat mas.
Padammari kita belajar untuk istiqamah dan sentiasa positif dalam hidup ini
seronok kalau dapat bangun pagi sebab macam2 benda boleh buat sebelum pergi kerja. tapi tulah, selimut lagi sedap. hehehe
BalasPadamcuba tidur tak guna selimut..
Padampasti ini tiada lagi alasan
this one i like !
BalasPadamoh..thank you..
PadamOrang berjaya ialah orang yang berjaya uruskan masa dengan baik.
BalasPadamitu sudah semestinya...kan
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamBicara tentang pengurusan masa. Tidak ramai yang mampu menguruskan masa dengan baik. Buku yang sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki
wsalam..
Padamitu sudah semestinya.
masa bila sudah berlalku tiada galang gantinya
Menarik juga nih buku bisa membimbing kita untuk teratur dalam hidup. Agar senantiasa bangun pagi tepat waktu. Bukan hanya itu saja peraturan jiwa sehat juga ada didalamnya.😄😄
BalasPadammemang sangat baik..patut dibaca ramai orang
Padamadakah buku ini di indonesia ya?
BalasPadamya..boleh cari.
Padamsebab buku ini antarabangsa.
kalau tak boleh cari di Amazon
ditunggu update review bukunya lagi as
BalasPadamya...moga saya ada masa untuk berbuat demikian
PadamDalam Al-quran dah lama suruh umatnya bangun malam, banyak hikmahnya..Allah Maha Mengetahui ttg hamba yg diciptaNya..
BalasPadamya..cuma ramai yang tidak mampu untuk mengikuti saranan ini
Padambagusnya buku ni...time management mmg penting...
BalasPadamsudah semestinya...sangat bagus.
Padammemanng disarankan untuk dibaca jika nak berjaya
Buku BI wak tak boleh hadamlah
BalasPadamtak pe..
Padammemang sukar tetapi kerana cinta buku...saya redah jelah
perkongsian yang menarik.. tapi nak buat tu sebenarnya susah jugak kalau tak biasa.. hehehe
BalasPadambegitulah realiti bro.
Padamberjaya kuasai diri maka berjayalah menguasai apa sahaja
masa kat MPH hari tuh, ada 2 buku nih, satu the 5 am clu, satu lagi The Monk Who Sold His Ferrari, saya beli the monk who sold his ferrari. belum habis baca lagi huhu...nanti nak beli yang ni pulak
BalasPadamsangat dianjurkan untuk membaca tulisan Robbin Sharma ..
Padammemang tidak mengecawakan
Panduan yang bagus. Paling penting kena ada usaha nak istiqamah tu.
BalasPadamcabaran pada ramai orang ialah nak bermula dan beristigamah terutama untuk bangun awal
Padam