6.1.20

Mudahnya Menjemput Rezeki



Sudah lama admin mencari buku Mudahnya Menjemput Rezeki.Alhamdulillah diketemukan di sebuah kedai tanpa sengnaja.

Inilah dinamakan rezeki.

Admin mencari buku ini kerana admin sudah membaca versi kedua bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil tulisan Tuan Fathuri Sallehudin.

Buku versi pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah diulang cetak pada tahun 2015.

Lihat betapa larisnya buku tersebut dalam memenuhi permintaan pembaca.

Membaca tulisan Tuan  Fathuri Salehuddin tidak pernah mengecewakan.Hasil garapan idea, pandangan  dan buah fikiran beliau cukup berkesan dalam hati.

Dengan ketebalan 184 halaman dan mengandungi 40 bab cukup bernilai untuk pembaca terutama dalam memahami konsep rezeki secara tuntas.

Penulis juga mengisahkan pengalaman peribadi beliau dalam menghadapi zaman sukar dan getir.



Pada ketika itu beliau cuba mengamalkan beberapa teknik yang mudah untuk menjemput rezeki.Hasilnya memang berkesan dalam memantapkan lagi keyakinan bahawa ilmu dalam buku ini bukan calang-calang.

Terbukti dan ada hasilnya.

Admin ulas sedikit perkara pokok dalam buku yang menarik ini.Antaranya konsep mencari rezeki dan menjemput rezeki.

Mencari rezeki memang digalakkan namun ada tapinya.

Hasil dari mencari rezeki ada dua kemungkinan.Dapat dengan tidak.

Menjemput rezeki lain pula ceritanya.

Hasil menjemput rezeki pasti ada dan itu sudah janji Allah dalam al Quran.

Ada 11 cara menjemput rezeki.Antaranya takwa, solat, zikir bersedekah dan lain-lainya.Penerangan lanjut boleh baca dalam buku ini.Admin tak mampu huraikan dengan panjang lebar.

Hanya penulis asal yang mampu menyampaikannya dengan lebih jelas dan baik.

Jangan lupa cari buku ini dan kalau terjumpa itu memang rezeki anda yang menginginkan perubahan hidup yang hebat dalam tahun 2020 ini.





Author:

22 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH REZKI TELAH TERSEDIA UNTUK KITA HAMBA DIA RAIHLAH DGN BIJAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah..

      beramal sahaja dengan apa yang disuruh oleh agama

      Padam
  2. Dah pernah baca. Alhamdulillah ada amalkan apa penulis suruh dan nampak hasilnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahamdulillah..

      saya juga suka mendengarya

      Padam
  3. ALhamdulillah dapat juga bukunya, ya...
    Saya dulu ada beberapa buku setema tulisan Ippho Santosa tapi dipinjam ga ada yang balik, harapan saya semoga menjadi amalah Jahriya buat saya kalau buku tersebut bermanfaat.
    Insyaallah, sesuai janji ALLAH jika kita berdoa dan meminta maka ALLAH akan kabulkan.

    Terima kasih review-nya, insyaallah jika bisa ditemukan di toko buku terdekat saya akan bawa pulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...jika rajin cari bisa boleh jumpa.

      terima kasih ya...atas perhatian

      Padam
  4. Balasan
    1. termasuk awak perlu suka buku ini..

      jika tak nak..boleh suruh someone bagi ulasan pula

      Padam
    2. oh yes. I love this too of course.

      Padam
  5. Last time baca versi percuma (hanya ada beberapa bab) pun dah rasa bagusnya buku ni. Mungkin saya perlu juga baca versi penuh kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sudah ada dua versi...pertana dan kedua..

      yang kedua senang cari

      Padam
  6. Masyaallah, sepertinya menarik sekali buku ini. Kira-kira ada di Indonesia tak ya? Saya pun ingin baca, siapa tahu 2020 rezeki bisa bertambah banyak dan bertambah berkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti juga ..

      buku ini versi lama dan kalau nak cari boleh sahaja ke toko buku lama jika datang ke Malaysia

      Padam
  7. baca artikel ini jadi ingat kata guru saya, Tuhan menjamin rejeki seseorang, menjamin juga cara menjemputnya. makanya jangan berprasangka burung seperti susah rejeki, karena Tuhan sudah punya rencana lebih besar dari rejeki yang kita terima... makasih sudah mengingatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul mas...

      kita hanya berusaha menjemput dengan cara yang betul dan sebaiknya

      Padam
  8. wah menarik bukunya ya kak.inshaallah rejeki berkah yang kita tuju yaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...buku ini memang menarik tak boleh bawa bincang

      Padam
  9. rietta pernah dihadiahkan sebuah buku dengan tajuk yang sama, tpi xpasti jika penulisnya memang sama...sebab cover depan xsama,mungkin berlainan edisi...

    PS: selamat kembali ke sekolah 2020

    BalasPadam
    Balasan
    1. edisi asal...cower lain.

      yang ini edisi yang diperbaharuhi..

      jadi rupanya sudah berbeza

      Padam
  10. Rasa macam pernah ada buku ni tapi saiz mini. Dapat hadiah daripada blogger. Belum habis baca lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saiz minilah yang paling cepat dan mudah untuk dihabiskan bacaannya

      Padam