Membaca buku Kuasai Formula Perniagaan hasil tulisan Tuan Wan Nong Muzafar mengingatkan admin pernah menuntut ilmu dengan beliau beberapa tahun yang lepas.

Ternyata buku ini seperti buku teks.Sangat sesuai dijadikan rujukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjinakkan diri dalam dunia perniagaan.Paling elok juga kepada mereka yang sudah menceburi perniagaan agar lebih faham dunia bisnes yang penuh dengan kejutan dan tarikan.hehehe

Terdapat tujuh komponen utama dengan huraian yang lengkap.Ketebalan pula sekitar 125 halaman dan telah diterbitkan pada tahun 2017 untuk cetakan kedua.Maknanya cetakan pertama  mendapat sambutan hangat oleh para pembaca dalam segmen perniagaan.



Selain dipersembahkan dengan fakta dan informasi yang menarik, buku ini kaya dengan gambar serta ilustrasi supaya pembaca lebih faham.Sebab itu wajar dijadikan sumber rujukan berkali-kali terutama bahagian Pelan Perniagaan dan Pengurusan Kewangan.

Sejujurnya admin kurang enjoy membaca buku ini kerana terlalu formal atau topik perniagaan sudah kurang admin minati.Yang itu terlalu subjektif.Lain pembaca maka lain citarasa.

Bagaimanapun admin tetap sarankan kepada pembaca untuk memiliki buku Kuasai Formula Perniagaan sebagai suplimen minda yang amat berharga.