Berfikir merupakan satu kemahiran. Ia boleh dipelajari, dilatih dan diasah agar menjadi lebih baik. lebih tajam dan lebih kritis. Tambahan pula pada dewasa kini, pelbagai isu dan persoalan yang kadang-kadang rumit untuk kita hadapi sepanjang hari. Isu berupa masalah yang komplek dan mesti diselesaikan secara pemikiran kreatif.
Ada masalah wajar ada penyelesaian. Jalan penyelesaian dengan cepat dan mudah akan ditemui sekiranya kita boleh menguasai teknik berfikir kreatif.
Wajar sesiapa yang membaca buku Kuasa Berfikir Kreatif mengakuinya hebat. Buku tersebut adalah hasil tulisan sepasang suami isteri Puan Ainon Mohd. dan Tuan Abdullah Hassan. Admin amat sarankan pembaca untuk jadikan sumber rujukan dan bahan utama dalam mengkaji teknik berfikir secara kreatif. Sesuai sangat dengan tajuk kecil buku yakni Teknik Menyelesaikan Masalah Secara Kteatif.
Buku yang setebal 257 mukasurat ini telah diterbitkan pada tahun 2005 tetapi telah diulang cetak lagi pada tahun 2007.
Penulis telah mengupas dengan terperinci dan mendalam beberapa teknik berfikir seperti pemnikiran analitikal, vertikal, kritikal, kreatif, lateral dan paralel. Banyak kan teknik berfikir yang boleh dipelari melalui buku ini.
Namun begitu teknik pemikiran kreatif telah diulas dengan terperinci dengan pengenalan topi berfikir seperti Topi Hitam, Topi Biru, Topi Merah, Topi Kuning, Topi Putih dan Topi Hijau. Menurut penulis pelbagai teknik berfikir kreatif ini telah diasaskan Dr. Edward de Bono.
Penulis juga telah menyenaraikan beberapa tool atau alat untuk berfikir. Ada banyak dan secara terperinci boleh dapatkan dalam buku ini.
Admin tidak pasti ada dipasaran lagi atau sudah kehabisan stok. Apa-apapun mari kita asah pemikiran supaya sentiasa kreatif setiap hari.
12 Ulasan
Menarik, ada warna-warna topi.
BalasPadamYa menarik untuk dibaca
PadamRekomendasi buku yang bagus.
BalasPadamKita jadi dapat lebih berpikir rasional dan bijak
kemahiran berfikir perlu dilatih
Padamjalan cerita untuk selesaikan masalah dgn guna warna.. menarik betul penulis
BalasPadamsiapa yang pernah baca akan tahu
Padamtopi ni kite belajar kat universiti dulu.. ada subject wajib ambil untuk setiap pelajar.. lupa pulak subjeknya hehe
BalasPadamya...begitulah ceritanya
PadamAda banyak jenis berfikir rupanya. Baru tau :)
BalasPadamya memang banyak
Padambagus dan menarik bukunya. boleh memberi manfaat pada pembacanya
BalasPadambuku ini memang menarik untuk dibaca
Padam