Ketika mengamati buku karya HAMKA berjudul
Lembaga Hikmat, admin terkesima dengan kisah cinta yang terungkap di dalamnya.
Buku ini nipis sahaja.Cuma ada 79 halaman dan mengandungi 10 himpunan cerita yang pelbagai tema
.
Ia dicetak pada tahun 2017 oleh Publishing House.Harga terjangkau sekitar RM12 senaskah.
Izinkan admin kongsikan satu himpunan kisah tersebut di sini :
“ Ditenung muka kekasihnya sesaat lamanya, kekasihnya yang telah mengorbankan nyawanya untuk cinta”..
Kisah cinta gadis jelita ini tidak kesampaian.Terhalang kerana pangkat dan darjat.
Si wanita orang berada.Si lelaki cuma pengembala.
Pengembala telah melamar cinta hatinya.Namun lamaran ditolak.Pengembala daif dan kurang darjat kedudukannya.
Yang ada sekeping hati yang saling mencintai penuh kejujuran dan keikhlasan.
Dek kerana sedar diri, si pengembala lari dari kampung.Berkelana membawa diri ke satu tempat.
Namun hubungan cinta mereka tidak berakhir di situ.
Mereka sesekali bertemu.Melepas rindu dan berjanji setia untuk bersama.
Suatu hari tatkala pengembala menunggu pujaan hati tiba, perasaan gundah gulana amat terasa.
Benar, jika sudah mencintai ikatan batin terpateri.Biar sejauh manapun boleh dirasai.
Tanpa menunggu lama, pengembala mencari pujaan hatinya.
Tiba-tiba di pertengahan jalan, pengembala terkejut.Sekujur tubuh kekasihnya sudah tidak bernyawa.Mati dibaham singa ketika dalam perjalanan.
Demi cinta yang mendalam, pengembala mengambil pedang lantas memburu singa durjana.
Dipendekan cerita.Pertempuran pengembala dengan singa begitu dahsyat.
Singa tewas.Kepala singa dipenggal.Namun si pengembala luka teruk dan dalam.
Akhirnya pengembala mengembuskan nafas terakhirnya bersebelahan cinta pujaan hati di satu tempat yang menyedihkan..
Cerita habis.
Admin ubah suai jalan cerita kerana penamat cerita ini agak klise..
Hidup demi cinta.Mati pun bersama.
Sekian.Jika nak tahu cerita selebihnya boleh dapatkan naskah buku ini di pasaran terdekat anda.
16 Ulasan
Ui biar betul cerita ni hero lawan singa. Lain macam hebat tu..
BalasPadamya memang betul..
Padamcuma cerita sahaja la kot
Sedih cerita.
BalasPadammemang sedih
PadamMenarik ini buku
BalasPadamsejujurnya memang menarik
PadamNice Post
BalasPadamterima kasih mas
Padamklise and not really interested opps. but it's a good book
BalasPadamtak minat cinta pun tak pelah..yang penting dalam kehidupan sebenar dalam hati ada taman
Padammesti best jalan cerita hamka ni.. boleh cari nanti
BalasPadamdiakui memang best..mungkin penulis menulis dengan hebat
Padamcerita sehidup semati lah ni. masih ada cinta terhalang kerana darjat. sedih ending dia
BalasPadamzaman now mana lagi...cinta sebegitu tragis hehehe
PadamBoleh dijadikan bahan bacaan untuk subjek sastera. :)
BalasPadambuku yang mempunyai gaya bahasa sastera yang cukup tinggi bro
Padam