Buku ini berkisar tentang Stephen Hawking.Sayangkan kisah ini yang ditulis oleh penulis Dave A.Andrew sangat ringkas dalam 36 halaman sahaja.
Stephen Hawking lahir pada tahun 1942 dan meninggal dunia pada tahun 2018.Sumbangan Stephen dalam dunia sains dalam 50 tahun lama dan akan berterusan selagi buku-buku penulisannya masih menjadi rujukan dan bacaan pencinta dunia alam semesta.
Zaman kecilnya berbeza dengan kanak-kanak lain.
Ketika kanak-kanak lain leka bermain video atau video game, Stephen pula sibuk scanning hasil kerja bapanya sebagai saintis dan penyelidik.
Tabiatnya itu telah membentuk minda ingin tahu yang sangat tinggi.
Pernah guru sekolahnya mengelar Stephen sebagai Einstein kerana menjadi pelajar yang mempunyai minat ingin tahu sangat tinggi.
Realiti,Stephen adalah pelajar yang tercorot dalam akademik semasa peringkat rendah.
Stephen mula menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Fizik ketika di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.
Semasa melanjutkan pengajian peringkat sarjana, Stephen disahkan menghidap ALS atau amyotrophic lateral sclerosis.
Dalam bahasa mudahnya lumpuh sistem neutron.Akibat daripada sindrown ALS menyebabkan Stephen terpaksa bergantung kepada mesin dan komputer untuk bergerak.
Sungguhpun menderita ALS tidak menghalang Stephen menjadi pakar dalam Fizik dan teori berkaitan alam semesta.
Buku biografi ini banyak penyingkap beberapa hasil karya Stephen.
Antarannya :
A Brief History of Time: From the Big Bang to Black Holes (1988), The Universe in a Nutshell (2001), The Grand Design ( 2010) dan banyak lagi.
Stephen Hawking gigih menghasilkan buku yang bestseller dan menarik ramai pembaca.
Buku tersebut menarik ini kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami biarpun dalam bidang yang rumit seperti Fizik dan alam semesta.
Penutup:
Secara ringkas admin anggap buku ini sekadar nota ringkas biografi tokoh Fizik dunia.
Bagaimanapun jika ada sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di pasaran.
14 Ulasan
Rupanya Stephen Hawking dapat ALS ketika sarjana.
BalasPadamya...sewaktu masih muda lagi
PadamSteven Hawking ini merupakan tokoh yang sangat menginspirasi. Walaupun mendapatkan ALS sejak kuliah, tapi beliau tetap produktif memberikan sumbangsih di bidang sains.
BalasPadamsebab minat yang mendalam dalam bidang fizik...
Padamapapun..itulah takdir untuk dia
Kelemahan fizikal tidak menghalang dia mnjadi manusia yg hebat..begitu hebat kekuatan mental..tapi dia tak percaya wujudnya tuhan.."no one created the universe"..
BalasPadamsemoga kisah ini menjadi insprasi kepada kita semua.
PadamSebab tu kita tak boleh anggap budak-budak yang tak cemerlang di sekolah sebagai bodoh. Takde budak yang bodoh, dorang bijak di lapangan berbeza
BalasPadambiar masa yang menentukan...
Padameehh 36 halaman je....biasa yg tokoh tokoh rietta tgk...tebal tebal...ratusan muka surat....
BalasPadambuku ini memang simple banget yunk..
Padamsenang untuk dibaca begitu sahaja
he's one of my fav author
BalasPadampenulis dan ahli fizik yang genius tu
PadamKalau tak silap, ada movie mengenai dia kan. Salah seorang manusia genius kan. huhu
BalasPadammovie saya tidak perasan pulak ...ya memang Hawking genius kerana minat yang mendalam bidangnya..
PadamBro GV pun genius...kalau tak geniue mana sanggup buat blogwalking dengan banyak dan kerap