Header Ads Widget

Introvert

Membaca novel Introvert  hasil karya ABSTRAKIM pasti bermain emosi, rasa dan jiwa.

Itulah kekuatan dan kelebihan genre novel yang menjadi kesukaan ramai pembaca terutama golongan hawa.

Lebih-lebih lagi buku terbitan FIXI ini disandarkan dengan zaman urban dan teknologi.

Introvet sarat dengan tema persahabatan, keluarga, percintaan dan kemanusiaan.

Watak utama didukung oleh Farady dan dibantu oleh Haura.

Watak lain juga ramai seperti Natasha, Fendi, Walid, Khalid, Datuk Idris, Adli dan beberapa orang lagi.

Tahniah kepada si penulis kerana mampu menghidupkan plot cerita dan ianya disusun kemas hingga pembaca tidak sedar boleh menghabis bacaan ke halanan akhir. 

Farady merupakan watak pendiam, kurang bergaul atau bersosial dengan ramai orang.

Haura pula sahabat baiknya dan mereka merasai hadirnya rasa cinta.

Namun Farady tidak mengakuinya kerana bimbang dengan bercinta hubungan persahabatan mereka akan menghilang.

Dalam masa yang sama, Farady tertarik dan suka dengan Natasha.

Bagaimana dengan kesudahan cinta dan hubungan mereka bertiga ?

Jawapan ada dalam novel Introvet ini.

Boleh dapatkan dipasaran dengan harga RM19.71 di Shoppe.

Buku ini sudah terjual 5 ribu naskah dan naskah yang saya baca adalah cetakan yang kelima.

Diterbitkan pada tahuin 2022 dan ia masih baharu serta hangat di kalangan pencinta novel. 



Catat Ulasan

6 Ulasan