Header Ads Widget

Tentang


 


Blog Obses Buku adalah tempat admin mengumpul segala ulasan dan review buku. Pelbagai genre buku yang telah admin baca sebelum ini dan akan datang dikongsikan dalam blog ini.

Pengisian blog ini santai dan ringkas. Mungkin anda ada rasa mahu info selanjutnya boleh hubungi admin melalui ruangan komen atau email. Admin sedia menjawapnya setakat yang admin mampu.

Admin berharap blog ini sebagai rujukan sampingan kepada anda untuk membeli buku-buku yang diingini. Sejujurnya ada buku yang terlalu lama dan buku yang terbaharu dalam ulasan yang dibuat dalam blog ini.

Seingat admin ada buku yang diterbitkan pada tahun 70-an lagi. Buku-buku begini tiada dipasaran biasa tetapi boleh didapati dalam penjualan buku-buku lama.Lebih mudah cari sahaja dalam perpustakaan yang berdekatan.

Mungkin agak keterlaluan nana domain blog ini yakni OBSES BUKU.  Namun obses kepada perkara yang bagus dan berbentuk ilmu sangat besar manfaatnya. Bukan untuk admin semata-mata tetapi untuk orang lain juga yang memang meminati dunia buku.

Sekian.Selamat membaca dan dunia buku adalah terlalu indah untuk diterokai bersama.Ingat membaca jambatan ilmu. 



Catat Ulasan

0 Ulasan