Buku
Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.bakal mengejutkan pembaca semua.Nak tahu tak, lanjutkan pembacaan ulasan buku ini.
Kemiskinan dan kekayaan mempunyai garis sempadan berbeza.Hidup miskin dihina manakala hidup kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia.
Kehidupan insan yang miskin tegar berubah menjadi kaya raya melatari tema buku ini.
Saya sebagai pembaca amat tersentuh hati dengan kisah seorang insan bernama Tuan Mohamad Azlan.
Sememangnya tiada siapa menduga seorang yang pernah menjadi pengutip sampah boleh berjaya bergelar jutawan.Itulah kisah Mohamad Azlan yang berada pada titik paling bawah kehidupan suatu ketika dahulu berjaya meletakkan diri pada peringkat tertinggi.
Mohamad Azlan lahir daripada keluarga miskin tegar yang mempunyai 16 orang beradik.Pernah tidak makan dengan cukup.Makan berlauk budu, ikan kering dan seadanya untuk mengalas perut yang kelaparan.
Semasa di sekolah Mohamad Azlan merupakan pelajar tercorot dan rendah diri.Pernah kena buang sekolah kerana masalah disiplin.Bahkan pernah dicaci dan dihina gara-gara hidup miskin.
Dahsyatnya kemiskinan tersebut telah membelit kehidupan Mohamad Azlan sekeluarga.Namun mereka tidak berputus dan sentiasa mensyukuri apa-apa yang ada.
Habis zaman persekolahan Mohamad Azlan menyambung belajar di Universiti Kehidupan.Belajar jerih payah dan mengenal apa erti gigih, kerja keras dan semangat waja dalam mencapai sesuatu.
Pernah juga menyambung pengajian di kolej namun pada tidak sampai ke penghujung.Ini gara-gara keinginannya untuk membantu keluarga semakin membuak-buak.
Bermula dari situ Mohamad Azlan cuba pelbagai pekerjaan.Berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat penghidupan yang terbaik.
Pengutip sampah merupakan pekerjaan yang cukup meruntun hati.Beliau lakukan demi membantu keluarga yang masih dibelit kemiskinan yang belum berkesudahan.
Pada satu hari emaknya menangis dan menitis air mata melihat poket baju Mohamad Azlan berisi ulat-ulat sampah.Hati siapa yang tidak hiba melihat anak kesayangan begitu gigih mencari duit untuk membantu keluarga.
Titik tolak kejayaan Mohamad Azlan berlaku apabila beliau cuba keluar dari rumah dengan berbekalkan hanya RM1.30 sahaja.Fikirannya buntu dan bingung memikirkan hendak ke mana hala hidup selepas itu.Beliau menangis sepuas hati dan akhirnya sedar tiada sesiapapun boleh membantu kecuali Allah.
Ketika dalam keadaan yang buntu begitu, Mohamad Azlan telah diketemukan dengan seseorang.Insan ini menawarkan pekerjaan kepada Mohamad Azlan sebagai ejen tanah lot.
Benarlah kata ramai orang, rezeki tidak pernah salah alamat.Pekerjaan barunnya sebagai ejen tanah lot ini telah membawa titik perubahan kepada Mohammad Azlan.Kejayaannya mendapat komisyen sebanyak RM4000 begitu besar sekali.Selepas itu Mohamad Azlan tidak menoleh belakang lagi.
Usaha, masa dan tenaga terus dicurah dalam bidang hartanah telah menbawa Mohamad Azlan Al Amin mencatat nama sebagai jutawan muda.
Adakah kejayaan ini mudah dan sekelip mata?
Apakah formula di sebalik kejayaan ini ?
Hanya selepas membaca buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan anda mengetahuinya dengan jelas.Bukan itu sahaja anda bakal terinspirasi bahawa yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Selamat membaca dan semoga berjaya semua.
Info tambahan.
Penulis: Riduan Makhtar
Tahun terbit: 2020
Halaman : 294 muka surat
Harga : RM38
Biodata penulis :
Penulis berasal dari Kelantan dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau cukup aktif berkarya untuk rujukan pelajar, blog dan artikel yang berkaitan dengan kepakaran.
Buku ini merupakan hasil tulisan pertama beliau.
28 Ulasan
Ya mengadu kepada Allah sungguh-sungguh. Insya Allah sabar dan percaya Allah akan bantu.
BalasPadamsepatutnya kita begitu...
Padamberserah dan bertawakal hanya kepada Allah
Buku ini layak dibaca dan menjadi motivasi untuk mengubah nasib. Melalui buku ini. kita pasti diajak untuk terus belajar jika kita bersungguh-sungguh menjadi lebih baik, pasti ada jalannya. Intinya buku ini memotivasi agar tidak patah semangat.
BalasPadamya betul tu..
Padamhanya mereka yang bekerja keras boleh jumpa kejayaan dalam hidup mereka
Menarik sekali buku ini. Sepertinya akan memberikan semangat untuk terus berusaha mencari nafkah yang halal walaupun terasa berat bagi pembacanya. Karena Allah Maha Pemberi Rezeki dan sesuai kata orang rezeki tak pernah salah alamat.
BalasPadammemang begitu...rezeki tidak pernah salah alamatnya
Padamso inspiring
BalasPadamthank you so much
PadamJadi pengen lah punye buku ni
BalasPadamboleh cari..sebab best sangat
PadamMenarik juga cerita diatas Yaa pada intinya semua mahluk yang diciptakan tuhan tidak ada yang sia2.
BalasPadamDan apapun Rezeki yang tuhan berikan akan ada hikmahnya tergantung bagaimana kita menjalankan dan mensyukuri.
wajarnya memang begitu..
Padamusaha perlu juga untuk rezeki yang mantap dan doa untuk keberkatan rezeki
bila Allah nak kasi rezeki kepada hambaNYa..
BalasPadamsebelum dapat rezeki begitu...akan kena uji terlebih dahulu
Padamserahkan semuanya ke Allah, agar rezeki kita lancar :)
BalasPadamyang ini amat saya setuju
PadamSaya pernah baca buku tentang penjual cendol yang jadi kaya. Inspiring betul cerita yang macamni, nak jadi macam mereka tapi tak mampu lagi..hurm
BalasPadammampu la awak..cuma masa dan cara je yang belum jumpa hehehe
PadamBetul, rezeki tak pernah salah alamat. Allah dah atur elok-elok hidup kita. Yang penting usaha dalam mencari rezeki yang halal. InshaAllah Allah bantu.
BalasPadamya..semoga kita semua murah rezeki dan jamgan keputusan terutama dalam keadaan yang amat mencabar sekarang
PadamItulah Allah nak tunjukkan bahawa apa jg kerja yang halal pasti merai keberuntungan kiranya kerja keras sentiasa. Subahanallah
BalasPadamsiapa yang bekerja keras pasti ada hasilnya..
Padamjangan risau
Berusahalah, dan berodalah...InshaALLAH....yang penting, tak sombong..dan tak malas...hoho
BalasPadamya ..saya sangat bersetuju konsep ini
Padamada formula lain ke selain berusaha, belajar, berdoa ? hee~ bagus buku ni.. saya akan cuba dapatkan untuk menjadi salah satu koleksi BUKU SEMANGAT saya..
BalasPadamada....dengan berselawat
Padamcuma saya belum dibuktikan lagi hehehe
Antara buku yang saya dah masukkan dalam wishlist. Cuma masih berkira-kira untuk beli. Lepas baca review ni, rasa nak terus cari pulak.
BalasPadamhahhahaa...wow tak sangka ramai juga yang suka mengumpul buku..alhamdulillah
Padam