Membaca buku Kewangan Harian Kita: Halal @Haram agak berat kepada admin. Dengan pengisian ilmu yang baharu, padat dan lengkap menjadikan pembacaan buku ini antara yang mencabar.
Ternyata hasil kupasan dan penelitian Tuan Muhammad Zuhaili dalam bidang fiqh muamalat memang terbaik Bidang ini mencakupi jual beli, wang, pelaburan, riba dan sebagainya.
Admin suka memetik kata-kata hikmah dari Dr Yusuf al-Qardhawi. Beliau ada menyatakan,
"kesan pena lebih mendalam dan meluas berbanding lisan dalam zaman media sosial ini"
Jadi wajar untuk membaca buku Kewangan Harian Kita: Halal @Haram sebagai santapan rohani agar rezeki yang kita perolehi lebih berkat dan dapat redha Allah SWT.
Rezeki yang sikit tetapi berkat lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi ada unsur haram. Ketenangan hidup akan dirasai melalui rezeki yang berkat.
Buku ini berketebalan 252 muka surat, Ia diterbitkan pada tahun 2013 oleh Karangkraf dan berharga RM20 senaskah.
Antara ilmu yang admin boleh perolehi melalui buku ini adalah tentang insuran, riba, harta, pengurusan Islam, bank Islam yang pertama dan sebagainya. Lebih menarik lagi kupasan dan pendedahan fiqh muamalat ini dibentangkan menggunakan perbandingan empat mazhab seperti Syafie, Hambali, Hanafi dan Maliki.
Tentu tidak lengkap juga jika tidak disertai dengan beberapa petikan ayat al-Quran dan al-Hadis untuk menyokong segala fakta dan pandangan kajian penulis buku.
Jadi buku ini amat disarankan untuk rujukan mereka yang terlibat dalam bidang kewangan, perniagaan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui muamalat yang sejajar dengan ajaran Islam/
Semoga bermanfaat dan jom baca buku sempena tahun 2021 ini.
18 Ulasan
Betul, biar sedikit tapi berkat.
BalasPadamdengan keberkatan yang sikit boleh jadi banyak...in shaa Allah
Padambagus bukunya, banyak manfaat
BalasPadamya...memang bagus.
Padamwalaupun saya membaca dengan terkial-kial juga
Bagus ambil tahu soal kewangan ni. Semoga rezeki yang kita dapat penuh keberkatan.
BalasPadamtulah..perlu cerewet berkaitan halal dan haram
PadamAgaknya apa yg nak digambarkan dengan letak imej gelas di belakang cover buku tu kan?
BalasPadammungkin tentang rezeki yang telus..
Padamsenang nampak kemana perginya
BUKU YG PATUT DIBACA UTK MENAMBAH ILMU TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN
BalasPadamsangar wajar membaca buku.
Padamilmu pengurusan kewangan sangat penting
selamat tahun baru.
BalasPadamya...selamat tahun baharu juga buat awak
PadamUntuk ekonom buku ini wajib dibaca untuk menambah wawasan.
BalasPadamya bro...betul tu.
Padamtambah ilmu pengetahuan
betul.. rezeki dr sumber yg halal berkat hidup. buku yg bermanfaat
BalasPadamcari yang halal dan tinggalkan yang haram....ia konsep mudah untuk kita faham
PadamBuku berkaitan pelaburan memang akan tarik minat saya untuk membaca tapi kalau buku berkaitan syariah, memang wajib jadi pilihan terutama untuk yang suka melabur, supaya rezeki diterima halalan toyyiban..
BalasPadamsaya faham..awak memang suka baca buku pelaburan berbanding saya suka baca buku motivasi hehehe
Padam