200 Tips Menjadi Usahawan Kaya Iman Gaya Rasulullah



Buku yang berada di tangan admin ini berjudul 200 Tips Menjadi Usahawan Kaya Iman Gaya Rasulullah.

Panjang juga tajuknya. Namun isi kandungan sangat padat dan ditulis dengan ringkas.

Tebalnya cuma 67 muka surat sahaja. Bayangkan betapa nipis dan ringan untuk dibaca. Namun jangan pula pandang rendah kerana buku ini memaparkan banyak tip sehingga 200 tip yang baik punya.

Buku yang dicetak pada tahun 2018 ini adalah keluaran PTS Publishing House. Satu-satunya penerbit yang tidak kurang hebat dalam penerbitan buku genre motivasi Islam.

Terdapat petikan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis menambah lagi kesempurnaan buku yang ringkas.



Admin sarankan untuk dibaca oleh golongan peniaga agar lebih faham secara tuntas konsep bisnes dalam Islam. 

Semoga rezeki yang diperolehi nanti lebih berkat dan ada nilai ibadah yang tinggi.

Antara bab yang admin yang sangat suka dalam buku ini tentang sedekah. Ada dalam muka surat 50. 

Dinyatakan sedekah yang paling utama ialah memberi barang yang kita sangat suka dan pada masa yang sama barang tersebut amat kita perlukan. Boleh bayangkan bagaimana perasaan dan hati kita untuk kita berbuat demikian.

Ada banyak lagi tip yang menarik. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut boleh baca sendiri buku 200 Tips Menjadi Usahawan Kaya Iman Gaya Rasulullah.

Harga sekitar RM6.50-RM7.50 sahaja. Boleh cari secara online atau pergi ke kedai buku.

Akhir kata selamat membaca dan berjaya sebagai peniaga yang kaya.

Aamiin.


10

Berubat Dengan Sedekah



Buku “Berubat Dengan Sedekah” memang senang dibaca dan mudah difahami. Ketebalannya cuma 54 muka surat sahaja.

Buku hasil terjemahan tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam tidak mengecewa. Biarpun buku telah berada di pasaran sejak tahun 2009 lagi. Buku lama namun isi kandungan tetap relevan sepanjang zaman.

Admin berpendapat sesiapa yang diuji dengan penyakit dan ingin sembuh segera wajar membaca buku ini. Sebab intipati buku ini menyentuh dasar kepentingan bersedekah dalam proses penyembuhan penyakit.



Penulis buku ada menyertakan testimoni mereka yang sembuh al sebab amalan bersedekah. Selain berikhtiar jumpa doktor dan makan ubat.

Kuasa penyembuhan hanya pada Allah. Kita hanya berusaha dan bertawakal sehabis baik.

Petikan al-Quran dan al-Hadis juga diselitkan. Ia menjadi sumber rujukan yang sahih tanpa perlu dipertikaikan.

Cuma admin tidak pasti ada terjual lagi atau tidak di pasaran buku “Berubat Dengan Sedekah”. Kalau terjumpa jangan fikir panjang untuk membeli. Boleh sangat untuk dijadikan koleksi yang berharga.

Akhir kata, selamat membaca dan percaya bahawa penyakit boleh disembuhkan dengan bersedekah.


20

Berani Gagal - Hikmah Kegagalan



Sudah lama admin tidak membaca buku. Alhamdulillah beberapa hari yang lepas admin selesai membaca buku “Berani Gagal - Hikmah Kegagalan”.

Buku ini hasil tulisan Billi P.S. Lim. Beliau pernah terkenal sebagai penulis buku bestseller “Berani Gagal”.

Buku ringkas dan kompak ini telah diterbitkan pada tahun 1999 lagi. Tebalnya cuma 227 mukasurat sahaja.

Menariknya buku hasil tulisan Billi Lim berkisar tentang motivasi. Ada banyak petikan kata-kata dari tokoh dunia diselitkan dalam buku tersebut.

Malah ada juga cerita-cerita yang penuh inspirasi untuk membakar semangat kita yang sudah hilang.

\

Admin berpendapat wajar membaca buku motivasi ketika situasi sekarang ini. Mungkin ada yang kehilangan kerja, bisnes kurang maju dan sebagainya.

Semoga semangat lebih waja dan hati lebih kental menghadapi liku-liku cabaran pada masa yang akan datang.

Boleh cari di perpustakaan atau dapatkan di kedai buku terpakai.

Selamat membaca.

18

Calon Jodoh Untuk Adik


Membaca novel “Calon Jodoh Untuk Adik” bagaikan menonton satu drama Melayu yang sering disiarkan dalam kaca televisyen.

Dengan jalan cerita, plot dan tema yang agak klise memang dapat kita jangka akan kesudahnya.

Novel hasil tulisan Areila Sahmi memang tidak mengecewakan para peminat kisah cinta.

Difahamkan novel ini antara hasil karyanya yang kelima.( tahun 2012).

“Calon Jodoh Untuk Adik” mengisahkan watak utama Arissa yang mempunyai seorang kakak bernama Arina dan abangnya bernama Azmeer.

Mereka bertiga anak yatim piatu.Arina telah bersuami dengan Sharul.Azmeer pula masih bujang.

Azmeer berkawan rapat dengan Khairil Izlan atau lebih popular dengan panggilan Abang Ee.

Azmeer telah meninggal dunia akibat barah otak.Namun Azmeer sempat menulis satu diari.Dalam diari ini, arwah mewasiatkan kepada Abang Ee untuk menjaga adiknya Arisa sebagai abang angkat.

Pembaca perlu sedia maklum Arisa bukan gadis biasa.Wataknya pemberontak dan gila-gila.

Pada permulaan kisah, Abang Ee berat hari untuk menjadi abang angkat kepada Arisa.Namun digagahkan juga kerana sudah menerima wasiat kawan baik itu.

Bertitik tolak dari situ Abang Ee belajar memahami Arisa melalui diari yang ditulis oleh arwah Azmeer.

Arisa baru berumur 23 tahun.Muda dan bermulut laser orangnya.Berkenalan pula dengan Abang Ee yang membawa watak matang tetapi gila-gila.

Sebelum Arissa menjadi abang angkat kepada Abang Ee, mereka pernah berjumpa di sebuah kedai mamak.Pada masa tersebut Arissa baharu sahaja putus dengan kekasihnya Azizi.

Abang Ee pula baru putus hubungan dengan Fazura.Dalam novel ini Azizi dan Fazura bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing.

Tidak lama selepas itu, kakaknya Arina telah memperkenalkan seorang lelaki untuk Arissa.Harapan Arina agar adiknya mendapat calon suami yang sesuai.

Beliau ialah Fariz.Seorang pegawai kerajaan dari keluarga yang berada.

Fariz amat mencintai Arisa.Namun cintanya tidak berbalas walaupun Arisa cuba untuk belajar mencintai Fariz.

Hubungan adik angkat dengan abang angkat berputik cinta dalam novel ini.Itulah yang berlaku antara Arisa dengan Abang Ee.

Namun cinta mereka tidak direstui Arina.Ada sebab yang tersendiri.Sebelum Arina berkahwin dengan Sahrul, dia sudah menaruh hati dengan Abang Ee tetapi cinta tidak berbalas.Bermulalah perasaan dendam dan sakitnya tuh di sini.

Kemelut hubungan antara kakak dengan adik serta kekasih semakin memuncak di bahagian hujung novel ini.

Memang benar novel memang berdrama dan bermain dengan emosi.

Bagaimana setiap konflik dan kemelut yang ada dalam novel boleh diatasi ?

Persoalannya apakah kesudahan cinta Arisa dengan Abang Ee?


Baca novel ini baharulah tahu penamatnya bagaimana…



Info tambahan: 

Judul = Calon Jodoh Untuk Adik

Ketebalan = 454 mukasurat

Tahun = 2012

Penerbit = Kaki Novel Enterprise

Harga = RM19 (Semenanjung) 
              RM22 ( Sabah/Sarawak)
119

Pelan-pelan kayuh


Pelan-Pelan Kayuh adalah sebuah buku yang menghimpunkan 27 kisah pendek.Ditulis dengan bersahaja dan santai.

Namun menyampaikan mesej penuh bermakna.Ada tersurat dan tersirat.Baca dan hayati boleh rasa sebak di hati dan sayu di jiwa.

Buku ini disusun oleh Rohamiah Muda hasil garapan idea oleh Bonda Nur.

Admin akui sangat menarik dan berkesan pada perasaan.Sementelahan temanya amat dekat pada masyarakat kita pada hari ini.

Ada kisah doktor, cikgu, penjawat awam, pelajar, pendakwah dan sebagai.


Setiap seorang daripada mereka ada kisah tersendiri dan unik.

Beginilah kehidupan yang kadang-kdang kita tidak sedar bahawa ia begitu indah sekali setelah dicoretkan semula dalam penulisan.

Dengan ketebalan 193 halaman dan diterbitkan pada tahun 2018 memang wajar dimiliki oleh para peminat buku.Harganya sekitar RM22 senaskah.

Apalagi dapat naskah buku ini segera di pasaran.


67

Lembaga Hikmat



Ketika mengamati buku karya HAMKA berjudul Lembaga Hikmat, admin terkesima dengan kisah cinta yang terungkap di dalamnya.

Buku ini nipis sahaja.Cuma ada 79 halaman dan mengandungi 10 himpunan cerita yang pelbagai tema
 .
Ia dicetak pada tahun 2017 oleh Publishing House.Harga terjangkau sekitar RM12 senaskah.

Izinkan admin kongsikan satu himpunan kisah tersebut di sini :

“ Ditenung muka kekasihnya sesaat lamanya, kekasihnya yang telah mengorbankan nyawanya untuk cinta”..



Kisah cinta gadis jelita ini tidak kesampaian.Terhalang kerana pangkat dan darjat.

Si wanita orang berada.Si lelaki cuma pengembala.

Pengembala telah melamar cinta hatinya.Namun lamaran ditolak.Pengembala daif dan kurang darjat kedudukannya.

Yang ada sekeping hati yang saling mencintai penuh kejujuran dan keikhlasan.

Dek kerana sedar diri, si pengembala lari dari kampung.Berkelana membawa diri ke satu tempat.

Namun hubungan cinta mereka tidak berakhir di situ.

Mereka sesekali bertemu.Melepas rindu dan berjanji setia untuk bersama.

Suatu hari tatkala pengembala menunggu pujaan hati tiba, perasaan gundah gulana amat terasa.

Benar, jika sudah mencintai ikatan batin terpateri.Biar sejauh manapun boleh dirasai.

Tanpa menunggu lama, pengembala mencari pujaan hatinya.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, pengembala terkejut.Sekujur tubuh kekasihnya sudah tidak bernyawa.Mati dibaham singa ketika dalam perjalanan.

Demi cinta yang mendalam, pengembala mengambil pedang lantas memburu singa durjana.

Dipendekan cerita.Pertempuran pengembala dengan singa begitu dahsyat.

Singa tewas.Kepala singa dipenggal.Namun si pengembala luka teruk dan dalam.

Akhirnya pengembala mengembuskan nafas terakhirnya bersebelahan cinta pujaan hati di satu tempat yang menyedihkan..

Cerita habis.

Admin ubah suai jalan cerita kerana penamat cerita ini agak klise..

Hidup demi cinta.Mati pun bersama.

Sekian.Jika nak tahu cerita selebihnya boleh dapatkan naskah buku ini di pasaran terdekat anda.


16

Stephen Hawking A Biography



Buku ini berkisar tentang Stephen Hawking.Sayangkan kisah ini yang ditulis oleh penulis Dave A.Andrew sangat ringkas dalam 36 halaman sahaja.

Stephen Hawking lahir pada tahun 1942 dan meninggal dunia pada tahun 2018.Sumbangan Stephen dalam dunia sains dalam 50 tahun lama dan akan berterusan selagi buku-buku penulisannya masih menjadi rujukan dan bacaan pencinta dunia alam semesta.

Zaman kecilnya berbeza dengan kanak-kanak lain.

Ketika kanak-kanak lain leka bermain video atau video game, Stephen pula sibuk scanning hasil kerja bapanya sebagai saintis dan penyelidik.

Tabiatnya itu telah membentuk minda ingin tahu yang sangat tinggi.



Pernah guru sekolahnya mengelar Stephen  sebagai Einstein kerana menjadi pelajar yang mempunyai minat ingin tahu sangat tinggi.

Realiti,Stephen adalah pelajar yang tercorot dalam akademik semasa peringkat rendah.

Stephen mula menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Fizik ketika  di Universiti Oxford dan Universiti Cambridge.

Semasa melanjutkan pengajian peringkat sarjana, Stephen disahkan menghidap ALS atau amyotrophic lateral sclerosis.

Dalam bahasa mudahnya lumpuh sistem neutron.Akibat daripada sindrown ALS menyebabkan Stephen terpaksa bergantung kepada mesin dan komputer untuk bergerak.

Sungguhpun menderita ALS tidak menghalang Stephen menjadi pakar dalam Fizik dan teori berkaitan alam semesta.

Buku biografi ini banyak penyingkap beberapa hasil karya Stephen.



Antarannya :

A Brief History of Time: From the Big Bang to Black Holes (1988), The Universe in a Nutshell (2001), The Grand Design ( 2010) dan banyak lagi.

Stephen Hawking gigih menghasilkan buku yang bestseller dan menarik ramai pembaca.

Buku tersebut menarik ini kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami biarpun dalam bidang yang rumit seperti Fizik dan alam semesta.

Penutup:

Secara ringkas admin anggap buku ini sekadar nota ringkas biografi tokoh Fizik dunia.

Bagaimanapun jika ada sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di pasaran.
14

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan


Buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.bakal mengejutkan pembaca semua.Nak tahu tak, lanjutkan pembacaan ulasan buku ini.

Kemiskinan dan kekayaan mempunyai garis sempadan  berbeza.Hidup miskin dihina manakala hidup kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia.

Kehidupan insan yang miskin tegar berubah menjadi kaya raya melatari tema buku ini.

Saya sebagai pembaca amat tersentuh hati dengan kisah seorang insan bernama Tuan Mohamad Azlan.

Sememangnya tiada siapa menduga seorang yang pernah menjadi pengutip sampah boleh berjaya bergelar jutawan.Itulah kisah Mohamad Azlan yang berada pada titik paling bawah kehidupan suatu ketika dahulu berjaya meletakkan diri pada peringkat tertinggi.

Mohamad Azlan lahir daripada keluarga miskin tegar yang mempunyai 16 orang beradik.Pernah tidak makan dengan cukup.Makan berlauk budu, ikan kering dan seadanya untuk mengalas perut yang kelaparan.



Semasa di sekolah Mohamad Azlan merupakan pelajar tercorot dan rendah diri.Pernah kena buang sekolah kerana masalah disiplin.Bahkan pernah dicaci dan dihina gara-gara hidup miskin.

Dahsyatnya kemiskinan tersebut telah membelit kehidupan Mohamad Azlan sekeluarga.Namun mereka tidak berputus dan sentiasa mensyukuri apa-apa yang ada.

Habis zaman persekolahan Mohamad Azlan menyambung belajar di Universiti Kehidupan.Belajar jerih payah dan mengenal apa erti gigih, kerja keras dan semangat waja dalam mencapai sesuatu.

Pernah juga menyambung pengajian di kolej namun pada tidak sampai ke penghujung.Ini gara-gara keinginannya untuk membantu keluarga semakin membuak-buak.

Bermula dari situ Mohamad Azlan cuba pelbagai pekerjaan.Berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat penghidupan yang terbaik.

Pengutip sampah merupakan pekerjaan yang cukup meruntun hati.Beliau lakukan demi membantu keluarga yang masih dibelit kemiskinan yang belum berkesudahan.

Pada satu hari emaknya menangis dan menitis air mata melihat poket baju Mohamad Azlan berisi ulat-ulat sampah.Hati siapa yang tidak hiba melihat anak kesayangan begitu gigih mencari duit untuk membantu keluarga.

Titik tolak kejayaan Mohamad Azlan berlaku apabila beliau cuba keluar dari rumah dengan berbekalkan hanya RM1.30 sahaja.Fikirannya buntu dan bingung memikirkan hendak ke mana hala hidup selepas itu.Beliau menangis sepuas hati dan akhirnya sedar tiada sesiapapun boleh membantu kecuali Allah.

Ketika dalam keadaan yang buntu begitu, Mohamad Azlan telah diketemukan dengan seseorang.Insan ini menawarkan pekerjaan kepada Mohamad Azlan sebagai ejen tanah lot.

Benarlah kata ramai orang, rezeki tidak pernah salah alamat.Pekerjaan barunnya sebagai ejen tanah lot ini telah membawa titik perubahan kepada Mohammad Azlan.Kejayaannya mendapat komisyen sebanyak RM4000 begitu besar sekali.Selepas itu Mohamad Azlan tidak menoleh belakang lagi.

Usaha, masa dan tenaga terus dicurah dalam bidang hartanah telah menbawa Mohamad Azlan Al Amin mencatat nama sebagai jutawan muda.

Adakah kejayaan ini mudah dan sekelip mata?

Apakah formula di sebalik kejayaan ini ?

Hanya selepas membaca buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan anda mengetahuinya dengan jelas.Bukan itu sahaja anda bakal terinspirasi bahawa yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Selamat membaca dan semoga berjaya semua.



Info tambahan.

Penulis: Riduan Makhtar

Tahun terbit: 2020

Halaman : 294 muka surat

Harga : RM38

Biodata penulis :

Penulis berasal dari Kelantan dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau cukup aktif berkarya untuk rujukan pelajar, blog dan artikel yang berkaitan dengan kepakaran.

Buku ini merupakan hasil tulisan pertama beliau.
28

THE 5 AM CLUB



Buku “THE 5 AM CLUB” ini memang ada kelas tersendiri.Hasil karya Robin Sharma ini tidak pernah mengecewakan pembacanya di seluruh dunia.

Judul kecilnya bertajuk  “Own Your Morning Elevate Your Life” jelas memberi tema bahawa inilah rutin untuk berjaya dalam hidup.

Buku yang setebal 314 halaman dan berbahasa Inggeris memberi cabaran besar untuk admin menghabiskan bacaan buat kali pertama.In shaa Allah jika ada kelapangan masa admin akan mengulangi bacaan untuk kali kedua pula.

Penulis Robin Sharma memang terkenal kerana buku pertamanya “ The Monk Who Sold His Ferrari”.Dengan angka 15 juta naskah terjual seluruh dunia beri gambaran jelas bahawa hasil ideanya bukan kaleng-kaleng dalam bidang spiritual.

Admin kongsikan sedikit apa yang admin dapat daripada buku “THE 5 AM CLUB” yang telah diterbitkan pada tahun 2018.



Dengan kos membeli RM69.90 senaskah bukannya murah jika difikirkan pasal harga.Sebaliknya untuk ilmu jauh lebih bernilai dari angka tersebut.

Penulis kongsikan kepada kita bagaimana mengurus masa awal pagi seawal 5 pagi.Mungkin ada di antara kita yang bangun awal dari waktu ini.Maknanya sudah dikira terlalu bagus.

Dalam tempoh sejam penulis sarankan kita untuk bahagi tiga bahagian.Setiap bahagian mengandungi 20 minit.

A)5.00am hingga 5.20am 

Buat senaman regangan.Nak push up ke atau nak plank terpulang.Paling simple senaman pemanasan untuk memberi kelegaan pada otot seluruh badan.

Senaman memberi banyak manfaat kesihatan dan pengaruhi emosi sepanjang hari.

B) 5.20am hingga 5.40am

Pada waktu ini boleh gunakan untuk solat Subuh baik secara berjemaah di masjid atau di rumah.Ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau belum masuk waktu, gunakan untuk solat sunat atau sekadar berzikir.

Penulis sarankan untuk meditasi dan bagi orang muslim gantikan sebagai sesi zikir.Itu lebih afdal.

C)5.40am hingga 6.00am

Masa untuk memasukkan ilmu dalam minda.Orang Islam dianjur untuk membaca al Quran, menghadami al Hadis dan baca buku yang memberi motivasi.

Sekiranya belum bersedia, tukar kepada menonton Youtube yang berilmiah agar otak sebelah pagi mendapat suplimen ilmu.

Itu sahaja caranya.

Selain dari itu buku ini mengajak kita untuk belajar melatih minda untuk fikir yang baik-baik sahaja.

Jaga tutur kata, sentiasa tenang selalu,mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT dan juga sentiasa menyayangi orang sekekeling penuh ikhlas.

Pembaca akan lebih banyak tahu sekiranya berkesempatan  memiliki buku tersebut.

Jika hendak berjaya, tiada pilihan selain beramal dan istiqamah dengan ilmu yang bagus dan bermanfaat.

Selamat sukses.


38

Mudahnya Menjemput Rezeki



Sudah lama admin mencari buku Mudahnya Menjemput Rezeki.Alhamdulillah diketemukan di sebuah kedai tanpa sengnaja.

Inilah dinamakan rezeki.

Admin mencari buku ini kerana admin sudah membaca versi kedua bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil tulisan Tuan Fathuri Sallehudin.

Buku versi pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah diulang cetak pada tahun 2015.

Lihat betapa larisnya buku tersebut dalam memenuhi permintaan pembaca.

Membaca tulisan Tuan  Fathuri Salehuddin tidak pernah mengecewakan.Hasil garapan idea, pandangan  dan buah fikiran beliau cukup berkesan dalam hati.

Dengan ketebalan 184 halaman dan mengandungi 40 bab cukup bernilai untuk pembaca terutama dalam memahami konsep rezeki secara tuntas.

Penulis juga mengisahkan pengalaman peribadi beliau dalam menghadapi zaman sukar dan getir.



Pada ketika itu beliau cuba mengamalkan beberapa teknik yang mudah untuk menjemput rezeki.Hasilnya memang berkesan dalam memantapkan lagi keyakinan bahawa ilmu dalam buku ini bukan calang-calang.

Terbukti dan ada hasilnya.

Admin ulas sedikit perkara pokok dalam buku yang menarik ini.Antaranya konsep mencari rezeki dan menjemput rezeki.

Mencari rezeki memang digalakkan namun ada tapinya.

Hasil dari mencari rezeki ada dua kemungkinan.Dapat dengan tidak.

Menjemput rezeki lain pula ceritanya.

Hasil menjemput rezeki pasti ada dan itu sudah janji Allah dalam al Quran.

Ada 11 cara menjemput rezeki.Antaranya takwa, solat, zikir bersedekah dan lain-lainya.Penerangan lanjut boleh baca dalam buku ini.Admin tak mampu huraikan dengan panjang lebar.

Hanya penulis asal yang mampu menyampaikannya dengan lebih jelas dan baik.

Jangan lupa cari buku ini dan kalau terjumpa itu memang rezeki anda yang menginginkan perubahan hidup yang hebat dalam tahun 2020 ini.





24

Buat Duit Dengan Blog



Buat Duit Dengan Blog” merupakan buku klasik yang menarik untuk dibaca.Mengapa admin kata klasik kerana buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009.

Ketika admin menulis review buku ini sudah berada di ambang tahun 2020.Maknanya sudah satu dekad buku tersebut berada di pasaran.

Bagaimanapun, syukur alhamdullillah kerana ilmu asas yang ditulis dalam buku ini masih relevan sehingga ke hari ini.Admin sarankan kepada blogger yang baharu atau untuk mereka yang ingin menceburi dunia blogging.Boleh baca dan boleh praktik sebagai bacaan asas.

Buku tulisan Tuan Yazid Yahya cuma berketebalan 141 halaman oleh PTS Profesional.



Ada empat bahagian dengan 19 bab kecil.Harga yang ditawarkan cuma RM16.50.Admin tidak pasti ada dijual lagi atau tidak di pasaran.

Sesuai dengan tajuk buku ini, penulis  berkongsikan kepada kita bagaimana buat duit dari blog


Antaranya yang paling asas ialah pengiklanan Google Adsense, Nuffnang, banner iklan dan penulisan review produk atau perkhidmatan.

Selain itu penulis juga berkongsi ilmu bagaimana blog yang bagus untuk menarik trafik yang tinggi setiap hari.

Blog harus ada niche, konten yang mantap dan berkualiti serta domain sendiri.

Kalau blog ada domain blogspot macam blog ini mungkin kurang menyerlah la kot.

Ok.Admin rasa cukup setakat itu dulu reviewnya.

Nak tahu selanjutnya dapatkan naskah buku ini di pasaran buku terpakai atau perpustakaan.




24

Menyangkal Kiamat 2012



Buku “Menyangkal Kiamat 2012” amat menarik dibaca jika sebelum tahun tersebut.Sayangnya selepas pada tahun 2019 tema buku ini sudah ketinggalan zaman.

Bagaimanapun tentu tidak adil mengatakan isu kiamat bukan perkara yang menarik.Isu kiamat adalah persoalan besar yang harus dan wajar dicermati setiap masa.

Hari kiamat pasti.Yang tidak pasti bila berlalu kiamat.Tidak perlu tanya di mana kiamat berlaku kerana kiamat memamg di dunia ini.Dunia hancur dan lebur.Kedahsyatan kiamat sudah diceritakan dalam al Quran dan Al Hadis.

Maka inilah intipati buku yang admin review kali ini.



Buku tulisan Muhamad Nizam Abd Razak memang lengkap dan terperinci dalam bahagian tersebut.Boleh dikatakan lebih banyak ayat Al-quran dan Al Hadis berbanding penulisan berbentuk pandangan penulis.

Dengan ketebalan 133 mukasurat menjadikan buku ini ringkas sahaja.Ia diterbitkan pada tahun 2010 untuk menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa Kiamat berlaku pada tahun 2012.

Bagi orang beriman memang tidak akan percaya kiamat berlaku pada tahun 2012 kerana tanda-tanda kiamat besar belum lagi muncul.Kalau setakat tanda kiamat kecil memang sudah ada.

Admin suka buku ini kerana mengingatkan admin tentang persiapan menghadapi kiamat.Tidak perlu tahu secara detail bila kiamat berlaku sebaliknya berusaha untuk amal dan takwa.

Itu jauh lebih baik kerana kiamat memang pasti akan berlaku.


12

Apa Itu Syiah



Sebelum menulis review buku “ Apa Itu Syiah” admin telah berfikir 18 kali dan akhirnya pada kali ke 19 barulah berani membuat keputusan.

Admin buat keputusan mengulas buku ini kerana isi kandungannya bukan menyokong fahaman Syiah.Sebaliknya menerangkan kewajaran ahlul sunnah wal jamaah menentang fahaman Syiah yang diakui sesat. 

Buku ini cukup nipis.Ada 64 halaman dan dicetak pada tahun 2005.Penulisnya pula Prof Dr H.M Rasjidi.Sayangnya buku ini tidak menyertakan info lengkap penulis.

Ada beberapa amalan yang terang-terang membuktikan fahaman Syiah jauh tersasar dari ajaran Islam yang syumul.



1.Nikah Muta’ah

Dalam bahasa mudahnya nikah muta’ah ialah nikah kontrak.Suami dan isteri boleh berpisah dalam tempoh tertentu tanpa perlu lafaz talak.

Selain itu tiada tuntutan sama ada pihak suami kepada isteri atau sebaliknya.Ia jelas memberi implikasi ekploitasi kepada golongan wanita.

2.Menolak tiga khalifah al-Rasidin kecuali saidina Ali.

Puak Syiah menganggap hanya Saidina Ali sahaja yang layak memang jawatan tersebut selepas kewafatan nabi junjungan besar, Rasululullah saw.

3.Mengagungkan keturunan dari susur galur Nabi Muhammad

Kemuliaan seseorang mukmin tidak diukur dengan keturunan dan bangsa.Sebaliknya ditentukan dengan ketakwaan dan amal soleh.Sayangnya fahaman Syiah mengangkat Saidina Ali dan keturunan sebagai suci dan tinggi.


Ada banyak lagi dan admin rasa itu sudah cukup kerana ahlul sunah wal jamaah sudah menetapkan beberapa puak Syiah yang extrem sudah keluar dari akidah Islam.

Moga review yang ringkas ini memberi kefahaman kepada kita bahawa syiah ditolak dengan sekeras-kerasnya di Malaysia.


14

Oh, My Students !



Meneliti buku “ Oh, My Students !” cukup mengujakan.Mana tidaknya buku pertama hasil tulisan Puan Liza  Suhana Ramli banyak mengisahkan suka duka anak-anak didiknya sepanjang belajar di insitusi politeknik.

Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang kejuruteraan.Alhamdulillah admin seronok membaca kisah dalam buku yang berada luar kehidupan admin sendiri.

Kisah begini wajar dijadikan panduan dan iktibar untuk para pelajar mahupun ibubapa.

Ada terdapat 25 kisah yang ditulis berbentuk storytelling dan penulisan santai.Malah diselitkan juga dengan ayat al-Quran menjadikan pembaca buku ini dapat dua dalam satu.

Peringatan berbentuk agama.



Nasihat daripada pendidik.

Buku ini masih baharu.Diterbitkan pada tahun 2018 oleh Galeri Ilmu dengan ketebalan 124 halaman.Harga yang terjangkau iaitu RM15 senaskah.Maksudnya mampu beli oleh kebanyakan  kita.

Tak nak cakap banyak, jom dapatkan buku ini di pasaran.



6

365 Tip Sihat Gaya Rasullulah



Buku yang bertajuk ” 365 Tip Sihat Gaya Rasullulah” memang terbaik dalam kelas tersendiri.Penulisan Dr. Mohammad Ali Toha cukup terserlah biarpun diolah dengan dengan teknik santai dan bersahaja.

Dengan ketebalan 140 halaman dan diterbitkan pada tahun 2018 memang disaran untuk dimiliki para pencinta buku di negara ini.

Admin mengambil masa  beberapa hari untuk menghabiskan buku ini.Namun cara terbaik perlu dibaca setiap hari selama setahun dan diulang lagi jika sudah habis bacaan.

Sebab apa?



Sebab kandungannya sangat bagus dalam usaha kita menjaga kesihatan setiap hari.

Tip yang dikongsi memang awesome dan boleh dipercayai kerana bersandar Al-Quran dan Al-Hadis.

Yang paling menariknya juga buku ini telah laris mencecah 50,000 naskah.

Admin berharap pembaca juga menjadi salah seorang pemilik buku  “365 Tip Sihat Gaya Rasullulah”

Jangan tunggu sampai esok tau kerana harganya amat murah sekitar RM15 sahaja.

Beli dan jangan tak beli.

Selamat membaca.


35

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com