Ada orang kata, jangan kejar rezeki sebaliknya jemput rezeki. Kalau rezeki dikejar ia akan lari. Kalau rezeki dijemput ia akan datang. Inilah satu persoalan yang selalu menjadi debat pendapat ramai.
Admin tidak suka berdebat. Admin hanya suka mengulas buku yang sudah dibaca. Antara ulasan buku yang admin suka kongsikan kali ialah berkaitan " Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha "
Buku ini sangat menarik. Kupasan mendalam di setiap bab. Ada tujuh bab kesemuanya dengan ketebalan 140 mukasurat.
Buku yang dicetak pada tahun 2009 macam sudah lama. Sebenarnya tidak. Sebab buku berkaitan ilmu rezeki sangat relevan walaupun dibaca pada tahun 2049 nanti. Admin pada masa itu sudah tua sudah. Kalau tidakpun sudah meninggal dunia menuju ke syurga.
Kita jangan membuang masa.
Buku Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha hasil tulisan Muhammad Mokhtar amat disaran untuk dibaca. Mana tidaknya boleh menjadi sumber motivasi kepada individu yang melazimkan solat sunat dalam kehidupan harian.
Antara solat sunat yang sangat bagus untuk melancarkan rezeki ialah Dhuha. Tidak kira pembaca orang berniaga atau bekerja. Solat sunat Dhuha mempunyai kebaikan, manfaat dan kesan luar biasa baik kepada si pengamalkan.
Kupasan dan ulasan lanjut tentang solat tersebut telah dinyatakan dengan cukup menarik. Admin yakin sesiapa yang belum lagi mencuba solat Dhuha akan tergerak untuk berbuat demikian.
Begitu juga kepada mereka sudah biasa dengan solat sunat Dhuha akan lebih bermotivasi dan bersemangat. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan solat ini tanpa ketinggalan sepanjang hidup mereka.
Admin rasa cukuplah ulasan setakat ini. Jika mahu lebih lanjut lagi boleh sahaja beli di Shopee
Jika mahu rezeki tanpa henti mengalir ke dalam hidup kita, admin sarankan pembaca untuk membaca buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti boleh rujuk link di bawah ini.
20 Ulasan
Saya sudah ada dan sudah baca buku ini.
BalasPadamMemang cuba amalkan solat Dhuha setiap hari.
alhamdulillah...
Padamboleh tambahkan lagi jumlah raakaat..
dari 2 ke 4 atau 6 dan seterusnya
AMALAN YG BAIK INSYAA ALLAH AKAN MURAH REZEKI
BalasPadamya...betul tu.
Padambuat baik akan dibalas baik
Alhamdulillah, Semoga kita istikamah untuk buat solat dhuha
BalasPadamaamiin..siapa yang ada buat akan rasa kenikmatan tersebut
PadamSolat Dhuha pembuka rezeki kata orang dulu dulu kan. GV doakan semoga kita semua murah rezeki. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadamaamiin..betul tu bro GV..
Padamtidak dinafikan solat duha memudahkan rezeki kita semua
Sebelum ni saya pernah mengajar di islamic school dan salah satu rutin harian pelajar adalah wajib buat solat dhuha. Saya pun tergerak hati juga untuk sama2 buat dhuha tiap kali pelajar buat dhuha. Memang nampak bezanya, bukan dari segi duit yang banyak tapi rezeki sentiasa berlebihan dari segi makanan dan keperluan harian. Bagus diamalkan dan sekarang pun saya masih buat juga walaupun kadang2 tak berterusan..
BalasPadamalhamdulilah..moga diberi kkekuatan untuk terus istigamah
PadamSelalu solat dhuha boleh murahkan rezeki kita dengan izinNya. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadamYa ...cuba la beramal bro.
PadamMoga rezeki jadi murah dan berkat
Amalan yang mudah. Semoga di amalkan selalu dan semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan berkat. Aaminn
BalasPadamaamiin...semoga kita semua diberi kekuatan untuk beramal secara istiqamah
PadamBuku ni sangat bagus. Semoga buku ni menjadi asbab utk semua drpd kte ni mula amalkan dhuha 😊
BalasPadamsaya pun akui begitu..jom la jadikan Dhuha sebagai tabiat harian
PadamDhuha mmg menjemput rezeki.. jadikan amalan insyallah..
BalasPadamtapi susah nak konsisten hehe..
untuk konsisten satu hal.
Padamuntuk khusyuk lagi satu cabaran.
sebab itu nilai solat Dhuna cukup tinggi dalam menjemput rezeki
Ye, saya pernah alaminya. Dhuha macam magik. Tapi susah nak buat setiap hari. Harap dapat perbaiki lagi. Insya-Allah.
BalasPadamistiqamah merupakan cabaran.
Padamperlu latihan dan azam yang tinggi