Ada orang kata, jangan kejar rezeki sebaliknya jemput rezeki. Kalau rezeki dikejar ia akan lari. Kalau rezeki dijemput ia akan datang. Inilah satu persoalan yang selalu menjadi debat pendapat ramai.

Admin tidak suka berdebat. Admin hanya suka mengulas buku yang sudah dibaca. Antara ulasan buku yang admin suka kongsikan kali ialah berkaitan " Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha "

Buku ini sangat menarik. Kupasan mendalam di setiap bab. Ada tujuh bab kesemuanya dengan ketebalan 140 mukasurat. 

Buku yang dicetak pada tahun 2009 macam sudah lama. Sebenarnya tidak. Sebab buku berkaitan ilmu rezeki sangat relevan walaupun dibaca pada tahun 2049 nanti. Admin pada masa itu sudah tua sudah. Kalau tidakpun sudah meninggal dunia menuju ke syurga.

Kita jangan membuang masa. 


Buku Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha hasil tulisan Muhammad Mokhtar amat disaran untuk dibaca. Mana tidaknya boleh menjadi sumber motivasi kepada individu yang melazimkan solat sunat dalam kehidupan harian.

Antara solat sunat yang sangat bagus untuk melancarkan rezeki ialah Dhuha. Tidak kira pembaca orang berniaga atau bekerja. Solat sunat Dhuha mempunyai kebaikan, manfaat dan kesan luar biasa baik kepada si pengamalkan.

Kupasan dan ulasan lanjut tentang solat tersebut telah dinyatakan dengan cukup menarik. Admin yakin sesiapa yang belum lagi mencuba solat Dhuha akan tergerak untuk berbuat demikian.

Begitu juga kepada mereka sudah biasa dengan solat sunat Dhuha akan lebih bermotivasi dan bersemangat. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan solat ini tanpa ketinggalan sepanjang hidup mereka.

Admin rasa cukuplah ulasan setakat ini. Jika mahu lebih lanjut lagi boleh sahaja beli di Shopee


Jika mahu rezeki tanpa henti mengalir ke dalam hidup kita, admin sarankan pembaca untuk membaca buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti boleh rujuk link di bawah ini.


Info lanjut : KLIK SINI