Baru-baru ini admin berjaya habiskan bacaan buku "Jurnal Inspirasi Syukur" hasil tulisan Tuan Zuhairi Nopiah. Jujurnya buku yang setebal 149 muka surat ini tidak susah untuk dihabiskan.
Buku ini berbentuk jurnal. Ada bahagian yang perlu diisi setiap hari sebagai tugasan selama 30 hari,
Naskah Jurnal Inspirasi Syukur telah diterbitkan pada tahun 2018 dan telah diulang cetak sebanyak empat lagi. Terbitan terbaharunya pada tahun 2019.
Bukan calang-calang kalau sudah ada ulang cetak begini. Permintaan yang tinggi oleh para pembaca.
Bermula dari bulan Disember ini, admin akan ulangi bacaan buku ini. Bukan sekali gus tetapi setiap hari menggunakan bahagian demi bahagian.
In shaa Allah pada tahun 2021 nanti, admin akan lebih konsisten menulis kesyukuran setiap hari dengan penuh perasaan dan penghayatan.
Ironinya kita wajar bersyukur. Tidak boleh tidak. Orang yang bersyukur hatinya akan tenang, damai dan berlapang dada.
Mana tidaknya, orang bersyukur menghargai apa yang ada dan bukan menangisi apa yang tiada. Orang bersyukur akan ditambah nikmat dan orang tidak bersyukur akan jadi kufur......minta djauhkan.
Bagaimana untuk ekpressikan sifat syukur? Buku ini ada jawapan kepada persoalan tersebut.
Bukan sekadar teori tetapi lebih kepada praktikaliti.
Oh ya, setakat ini sahaja ulasan admin mengenai buku ini. Jika berminat untuk memiliki buku tersebut boleh hubungi 019-4158809.
Harga cuma RM45 senaskah. Jika tahu pelaburan ilmu berbaloi, harga ini bukan masalah lagi.
p/s : Sempena tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi, apa kita semua buat azam. Cuma pendekatan kali ini menggunakan LUA Dreamboard 2021.
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui link >>> LUA Dreamboard 2021
22 Ulasan
Takrifan bersyukur mengajar kita untuk sentiasa menghargai apa yang kita ada. Terima kasih atas ulasan buku seumpama ini.
BalasPadamEza singgah sini untuk sampaikan salam kenalan.
alhamdulillah..terima kasih kerana sudi singgah dan sudi berkenalan sebagai blogger
PadamAda juga tulis jurnal hal-hal disyukuri. Kena istiqamah menulis.
BalasPadamwajib istiqmah...kalau tidak sukar juga nak berjaya
Padammenambah ilmu dengan membaca pemikiran penulis dlm buku tulisannya
BalasPadamya betul tu kak PI
PadamBersyukur adalah salah satu pengubah rasa, dari sedih kepada tenang. Bagi saya.
BalasPadamterbaik la kalau begitu...moga terus istiqamah
Padamberulang cetak maknanya sambutan yang bagos!
BalasPadambuku yang dapat sambutan
PadamGreat post love it
BalasPadamVajrasana
thanks
Padamwahh 4 cetakan.. betul2 byk permintaan. bagus tajuknya, tak bersyukur tak tenang. segalanya allah dh berikan apa lg yg didustakan
BalasPadambuku ini memang jadi carian dan permintaan para peserta yang mengikutu kursus Tuan Zuhairi Nupiah
Padamhow pleasing..
BalasPadamjust right what we feel gratitude everyday
PadamSekecil apa pun dia memang harus kita syukuri, apalagi ada kesempatan membaca sebuah buku tentang syukur itu sendiri..
BalasPadamwah..betul sangat tu.
Padamletakkan rasa beryukur setiap hari
menarik bukunya sesuai dgn harga
BalasPadamya memilikinya juga rasa berbaloi
Padammenarik juga buku ni...dah lama xke kedai buku....
BalasPadamboleh cari dengan penulis itu sendiri
Padam