Lebaran Covid-19

Admin menerima buku "Lebaran Covid-19' dari salah seorang blogger dan penulis yang tidak asing lagi. Beliau ialah Kak PI atau Paridah Ishak. Atas kesempatan ini admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Biar Allah sahaja yang membalas dengan sebaik-baikya balasan. Aamiin.

Buku tersebut memaparkan koleksi pantun, sajak, sonian, akrostik, haibun, saduka, limerik, soneta, prosa, diamante dan gurindam. Sejujurnya admin juga baharu tahu tentang beberapa genre tersebut. Sangat asing dan mengujakan juga hehehe.

Ada 24 penulis dihimpunkan bersama untuk menghasilkan karya setebal 113 muka surat, Lebih menarik lagi karya ini diterbitkan pada tahun 2020. Tahun yang penuh cabaran dan menduga emosi sejak serangan Pandemik Covid-19 di Malaysia dan dunia.

Dalam ulasan buku ini admin nak kongsikan Talibun hasil karya Kak PI. Selebihnya pembaca boleh dapatkan sendiri buku ini. Cuma admin tidak pasti adakah naskah lebaran Covid-19 dijual dipasaran atau sebagainya. Perlu tanya Kak PI tau !


Angkara Covid-19

i.Sedia pulut punggah ke tambak

siapa segera lambak setempat

di mana bangsal guni ditala  

             dunia kalut mencegah wabak

             tiap negara bertindak cepat

             rencana asal kini gendala

ii.Jirus lantana dua barisan,

   merenjas tangan bentan separa,

   pedada celah pohon kedondong;

               Virus corona membawa kesan,

               Jejas hubungan ikatan mesra,

               kepada Allah mohon berlindung.

Tahniah kepada penulis Tabir Alam kerana berjaya menghimpun tulisan sastera dalam sebuah naskah begini.

Penghasilan buku seumpama ini boleh jadi kenangan-kenangan sempena musibah Covid-19. Kesan Covid-19 amat dahsyat kepada manusia terutama sektor ekonomi dan sosial, 

Dalam kesihatan itu sendiri, virus Covid-19 telah mengancam nyawa. Jadi adanya buku ini dapatkan dirakam detik-detik pahit dan sukar dalam bentuk sastera.

Itu sahaja perkongsian admin kali ini.

 


26 ulasan:

  1. Alhamdulillah terima kasih Tn Hanafie sudi mengulas antologi LEBARAN COVID-19 selenggaraan sifu TA yg kak sertai bersama penulis2 SPTA..terharu sekali penghargaannya...izin kak share ya terima kasih banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan share kak PI...

      terima kasih kembali dan satu lagi buku yang akan saya ulas lepas nie

      Padam
  2. Sekali pandang ingatkan 'D'ebaran... Rupanya 'L'ebaran...

    BalasPadam
  3. Penulis blog pun boleh hasilkan tulisan hebat.
    Sesuai untuk penerima 'Obses Buku' ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku Kak PI hadiahkan untuk saya ...

      saya ulas dan review la macam buku yang lain hehehe

      Padam
  4. Tahniah buat penulis berjaya hasilkan penulisan dalam sebuah cetakan buku. Rezeki juga buat admin dapat senaskah tambah bahan bacaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya rezeki kerana dapat buku hadiah dari blogger kak PI.

      Padam
  5. betul tu , buku tu boleh jadi saksi coretan tentang apa yang terjadi waktu covid ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku ini menjadi menarik setelah 10 atau 20 tahun yang akan datang

      Padam
  6. TahNiah puan PI atas kelahiran buku terbaru ni. Semoga bermanfaat pada yg membacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger Kak PI sumgguh rajin dan berbakat dalam menghasilkan banyak karya

      Padam
  7. Sastra yang indah tentang penyebaran Covid-19. Congratz buat kak PI yang telah merangkumnya menjadi sebuah buku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sangka juga sebenarnya...isu Covid-19 boleh pulak dibukukan

      Padam
  8. Assalamualaikum, wah seronoknya dapat hadiah buku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...jujurnya memang saya rasa amat seronok..biasa la kan pencinta buku

      Padam
  9. Wah.. menariknya.. Sha juga baru tahu mengenai beberapa genre yang dikongsikan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah kan...genre yang sangat asing..

      tapi itulah sastera itu cukup luas dan sudah berkembang

      Padam
  10. hebat buku ni.. ada yg sudi mengarang :)

    BalasPadam
  11. owh buku tulisan kak PI rupanya. tahniah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu buku Kak PI...ada banyak lagi sebenarnya

      Padam
  12. Banyaknya perkataan saya tak faham, contohnya akrostik, haibun, saduka, limerik, soneta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini semua bahasa dalam genre sastera..

      jarang diguna dalam penguunaan biasa..

      sebab itu ramai yang tidak tahu

      Padam

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com