Header Ads Widget

Tak Perlu Sempurna



Sungguh lama admin tidak habiskan bacaan buku.Inilah buku yang terbaharu yang admin baca iaitu Tak Perlu Sempurna.

Penulisnya belum dikenali ramai.Beliau  Nasrullah Amran.Buku ini adalah hasil karyanya yang pertama.

Sejujurnya admin suka cara penulisan dan gaya bahasa yang beliau guna.Mesej yang dibawanya berunsur ketuhanan.Ya, inilah isu dan persoalan yang memang admin suka.

Dengan ketebalan 143 muka surat memang gambang untuk dihabiskan.Sejujurnya admin perlu masa beberapa hari juga walaupun buku senipis ini.

Buku yang berharga RM20.00 senaskah masih murah.Ia diterbitkan pada tahun 2017 dan naskah yang admin beli ini sudah masuk cetakan tahun 2018.Maknanya buku ini ada sambutan yang menggalakkan dari peminat buku.

Ada bab yang menceritakan bermula perubahan.Bab ini memang menarik dan bagus sekali untuk kita hadami terutama untuk mereka yang berusaha dalam penghijrahan.

Ternyata amat sesuai dibaca oleh mereka yang sudah ada inginan untuk berubah.

Jika begitu keadaanya jangan berlengah lagi untuk mendapatkan buku ini di pasaran !

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Ketebalan buku hanya 143 halaman namun isinya menarik ya?

    BalasPadam
  2. Harga murah tu. Semoga penulis akan dikenali ramai dengan karyanya yang hebat² nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan harga murah buku bukan bermaksud murahnya ilmu hehehehe

      Padam
  3. wah macam menarik isi kandungan buku ni. boleh la nanti sy cuba cari dan baca.. nice review.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah boleh masukkan dlm wish list utk di baca.. kena pupuk semula minat membaca ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah hanyut juga dalam bab membaca buku kerana media sosial banyak memberi bahan bacaan juga.

      tetapi saya paksa rela kerana kalau tak baca buku...rugilah ilmu yang best-best tidak dihadami

      Padam
  5. saya pun perlu berhari2 juga untuk abeskan bacaan tebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...semangat perlu kental...

      jika tidak jadi kelaut jadinya

      Padam
  6. Eh, rasanya saya silap komen la sebelum ni. Kat sini baru tajuk tak perlu sempurna, tepuk dahi..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisah la tu..bukan rasmi pun blog ini..blog saya hanya untuk suka-suka dan gembira sahaja

      Padam
  7. sejak dari tahu berapa admin mula kumpul dan baca buku-buku ni...rasanya mesti dah beratus buku yang telah habis di baca..

    BalasPadam
    Balasan

    1. saya tak pasti dari tahun berapa dan tak sempat nak kira berapa...mungkin dalam jumlah beribu kot jika dikira dari zaman sekolah rendah lagi hehehe..

      namun rasa diri masih belum sempurna dan rasa "bodoh" dalam bab ilmu ini.

      Padam
  8. Sy pun suka buku bkonsepkan mcm nie.. Lama rasanya tidak membaca buku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kembali ke pangkal jalan...korban masa FB selama 1 jam sehari untuk baca buku

      Padam