Membaca buku ‘Emak Rindu Mathanga Erissery’ amat menyeronokkan. Buku ini genre travelog.
Ia mengisahkan perjalanan empat anak Malaysia berkelana di India.
Mereka mendekati dan meyelusuri kisah kemanusiaan yang jarang tersingkap baik di televisyen atau media sosial.
Tempoh mereka berkelana sepuluh hari bukan masa yang singkat. Apatah lagi berada di bumi asing yang jauh dari orang tercinta, keluarga dan sanak saudara.
Jom kita teruskan.
Penulis buku ini tidak asing lagi buat admin. Beliau ialah Tuan Khairul Hakimin Muhammad. Seorang content writer, influencer dan usahawan.
Buku tulisan beliau telah diterbitkan pada tahun 2016. Masih baharu buat admin dan masih boleh cari kewujudan di pasaran.
Sila rujuk di https://dubookpress.com/produk/emak-rindu-mathanga-erissery/
Baiklah. Admin teruskan lagi kepada ulasan buku.
Dengan ketebalan 161 muka surat dan harga RM25 amat berbaloi untuk memilikinya.
Lebih gempak lagi harga buku ini sudah diturunkan menjadi RM5 senaskah.
Tentu ada yang bertanya, apa yang ada dalam buku “Emak Rindu Mathanga Erissery”.
Bagi mereka yang suka kisah pengembaraan inilah buku sesuai untuk anda. Jika tiada peluang ke India, membaca buku pun sudah memadai sebagai pengetahuan sebelum melancong ke India.
Untuk mereka yang meminati bidang masakan, pelbagai resepi menarik ada disertakan dalam buku ini. Masakan India yang penulis sendiri kongsikan cara masakan dengan teknik mudah. Rugi tak mencuba.
Dalam berbicara tentang India, penulis turut berkongsi dengan pembaca tentang asal-usul keluarga dan kisah dirinya sendiri.
Penulis berjaya menyentuh hati admin bagaimana kisah ibunya bertemu jodoh. Kisah cinta yang jarang-jarang berlaku dan penuh pengorbanan.
Ibu penulis orang India yang masuk Islam. Pakar dalam masakan dan bidang masakan sangat dekat dengan penulis itu sendiri.
Nak tahu baca sendiri la ye hehehe..
Penulis memulakan pengembaraan dari Kochi, Kundungalor, Munnar dan Alleppey. Nama tempat ini betul-betul pertama kali admin tahu.
Bagaimanakah kisah empat lelaki ini mengembara di India boleh pembaca sendiri ketahui dalam buku tersebut.
Apakah kaitan Mathanga Erissery itu hanya terjawap selepas pembaca memiliki beli ini ?
Rasa macam lenguh la pulak tamgan nak taip-taip nie..
Kalau gatal tangan tau la rezeki nak masuk.
Cerita tentang rezeki boleh rujuk dalam 55 Rezeki Mengalir Tanpa Henti.
20 Ulasan
Boleh kenal tempat-tempat di India.
BalasPadamjanji sanggup untuk travel atau mengembara..boleh jer tu
PadamTeringin nak pi India, nak menjelajahi zaman kegemilangan empayar Islam di India🇮🇳
BalasPadamjom la pergi..
Padamsebelum pergi buat kajian terperinci terlebih dahulu
menarik juga reviewnya, bolehlah cari nanti ni ;)
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah..
Padambuku ini tak rugi membeli..
ada resipi pulak tu
Dari segi Hanafi cerita mcm Menarik content dia..siap diskaun lg!
BalasPadamharga RM5 tu..
Padamuntuk pengemar buku travelog...wajib beli tau !
India benua kecil n banyak tempat menarik untuk dilawati dgn membaca buku ini tentu menambah tahu sekiranya hendak ke sana
BalasPadamjauh perjalanan luas pemandangan..
Padammungkin ini perkara yabg menarik untuk kita cuba
Murah betul harga buku ni. Nice lah ada banyak info tentang India. Yang suka Indian's Recipes mungkin lebih berbaloi ada buku ni. Kalau saya kurang sikit masakan berempah ni.
BalasPadamtak pe.
Padammasing-masing ada taste yang tersendiri dalam bab masakan
Betul tu. Taste berbeza :)
Padammana mungkin manusia sama walaupun kembar seiras hahaha
PadamOh, patutla macam pernah tengok muka orang dalam buku tu. Tuan Khairul Hakimin rupanya..
BalasPadamdia lah orangnya...influencer yang terkenal di FB..
Padammurah betul.....menarik juga isi kandungan dia...
BalasPadampeminat buku wajib beli...
PadamBuku yang sangat menarik Mr Hanafi. Nama tempat Kochi, Kodungallur, Munni dan Allepey ini semua dalam negeri Kerala di mana bahasa utama mereka Malayalam. Kalau dalam movie mereka, selalu akan ada tiga watak berlainan agama samada watak utama atau sampingan di dalam jalan cerita filem mereka iaitu Islam, Kristian dan Hindu. Lazimnya mereka suka tunjukkan kawasan moden di negeri ini di dalam movie mereka. huhu. Dalam novel ini GV tak pasti cmner penceritaannya. jika ada masa, nanti boleh cari buku dan baca. nice info mr hanafi. huhu.
BalasPadamhebat la pengetahuan GV...semoga GV terus istiqamah mencari ilmu untuk dikongsikan dengan saya hehehe
Padam