RICH DAD POOR DAD [ EDISI BAHASA MELAYU]


Membaca buku Rich Dad Poor Dad cukup lama buat admin. Hampir sebulan metelaah  dari helaian muka surat ke muka surat yang lain. 

Mengapa begitu lama ?

Sebab admin sangat menyukai kandungan buku hasil tulisan penulis lejen dunia bernama Robert T. Kiyosaki. Ikutkan hati mahu sahaja diulang setiap hari namun apakan daya banyak lagi buku yang admin perlu baca.

Perlu juga ingat, jika sekadar membaca tiada manfaatnya. Robert teruskan mengingatkan pembaca untuk bertindak demgan ilmu yang beliau sampaikan. Buku yang setebal 371 muka surat boleh tahan tebalnya.

Sarat dengan ilmu yang bermanfaat dalam wang dan ilmu kewangan. Pembaca akan didedahkan bagaimana cara orang kaya dengan orang miskin bekerja. Orang miskin bekerja untuk wang. Sebaliknya wang bekerja untuk orang kaya, Ilmu ini Robert pelajari dari gurunya iaitu Rich Dad.


Rich Dad adalah bapa kepada kawannya Mike. Bapa kandung Robert digelar Poor Dad. Kedua bapa mereka ini mengajar Robert dan Mike tentang falsafah bagaimana membuat wang dalam kehidupan ini.

Poor Dad mengajar dengan belajar tinggi-tinggi dan dapatkan pekerjaan yang tetap serta pendapatan lumayan. Hidup lebih terjamin.

Rich Dad mengajar untuk dapatkan ilmu tentang cara menjana wang  agar wang boleh bekerja untuk mereka. Gunakan aset utama yakni minda dan masa. Aset ini akan menjadikan mereka hidup kaya raya dan bebas kewangan.

Secara peribadi admin boleh bersetuju dengan pendapat tersebut. Terutama Rich Dad yang mengajar Robert agar memberi dahulu sebelum menerima. Rahsia orang kaya ialah mereka mengamalkan konsep "The more you give, the more you get".

Namun dalam masa yang sama admin masih berpegang kepada prinsip bahawa rezeki Allah itu sangat luas dan kita tidak boleh bergantung dengan usaha dan minda semata-mata. Hanya Allah sahaja yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Kaya.


Apapun ilmu yang ada dalam buku  Rich Dad Poor Dad sangat bagus kerana diolah dalam bentuk cerita dan disampaikan dengan mudah faham. Tidak hairan buku ini yang berharga RM33.00 senaskah ini menjadi bestseller sepanjang zaman,

Jangan lupa untuk mendapatkan buku ini jika mahu wang bekerja untuk kita. Hanya dengan prinsip tersebut kita boleh menikmati hidup bebas wang dan bebas masa.

Jika untuk menikmati rezeki tanpa henti sila lanjutkan bacaan dalam Ebook 55 Tip Rezeki Mengalir Tanpa Henti hasil karya Zuhairi Nopiah.

Moga kita semua berjaya hidup dalam kelimpahan rezeki seperti Rich Dad dalam versi lebih murni. Tentulah kaya di dunia dan kaya di akhirat.

Aamiin.

18 ulasan:

  1. Sudah lama baca buku ini. Baca ketika awal keluar, tidak silap 2003. Memang baca yang bahasa Inggeris. Wah sudah 17 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...harap awak sudah celik wang sudah hahaha

      Padam
  2. Menarik buku ini untuk dibaca. Boleh masuk list buku untuk dibaca ini :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. boleh dijadikan panduan dalam bab kewangan

      Padam
  4. tebal buku tu tak hairanlah ambil masa lama nak membacanya. Konsep dia macam konsep bersedekah. Lagi banyak kita bersedekah, lagi bertambah rezeki kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku tebal sebab nak kupas secara terperinci..

      sedekah memang dikupas dalam buku ini secara tidak langsung..

      ia adalah satu cara orang kaya menambahkan kekayaan mereka hehehe

      Padam
  5. pernah baca buku ni. banyak mengajar erti pengurusan kewangan. bagus untuk ambil sebagai panduan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap kita semua amalkan ilmu yang ada dalamnya..

      Padam
  6. pernah nampak dalam versi english...tebal juga.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang buku tebal..payah juga nak habiskan

      Padam
  7. wahh ada versi Malay skrng ni.. baca la sikit yang ori version..
    saya payah focus.. kena slow slow. kalo tak mmg tidur jawapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. versi BM nudah untuk difahami bagi mereka yang belum mahir BI.
      Namun ada yang ori lagi baik kerana mesejnya lebih jelas

      Padam
  8. Sama la, hampir sebulan baca buku ni sahaja. Ada sesuatu yang rasa kurang faham, mungkin lepas ni kena baca yang bahasa english pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ini saya faham habis buku tersebut sebab gaya penceritaan. Bagus juga cari yang dalam bahasa Inggeris untuk lebih faham

      Padam
    2. Ya..setuju..kena cari versi BI juga

      Padam
    3. bagus bro...moga dipermudahkan nanti

      Padam

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com