Setelah seminggu berlalu akhirnya admin berjaya menghabiskan bacaan buku The Monk Who Sold His Ferrari. Buku berbahasa Inggeris ini agak berat juga untuk dihadamkam. Admin bukan mahir dalam bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa antarabangsa admin masih pada peringkat sederhana. Namuin ia tidak menghalang admin untuk membaca buku yang bestseller ini.
Penulisnya ialah Robin Sharma. Ramai yang kenal terutama pembaca luar negara kerana beliau adalah penceramah yang mempunyai permintaan tinggi di seluruh dunia. Banyak buku beliau telah terjual menjadi bestseller.
Dari tajuk sahaja kita sudah maklum bahawa buku ini membincang prinsip hidup yang diamalkan oleh para pendeta atau sami.
Kisahnya bermula dari Julian Mantle seorang peguam hebat, kaya dan berjaya.
Namun ada peristiwa yang amat bermakna dalam hidupnya sehingga dia sanggup meninggalkan dunia kekayaan demi mengejar impian untuk hidup bahagia dan tenang.
Julian Mantle sanggup menjual kereta Ferrari dan belajar erti hidup dengan menjadi pendeta Sami di satu tempat terpencil di India.
Selepas balik dari India, Julian Mantle menemui bekas rakan sekerjanya iaitu John.
Di sini bermula dialog Julian dan John. Mereka berkongsi ilmu falsafah yang menyentuh tentang jiwa, emosi dan minda secara terperinci.
Julian Mantle sanggup menjual kereta Ferrari dan belajar erti hidup dengan menjadi pendeta Sami di satu tempat terpencil di India.
Selepas balik dari India, Julian Mantle menemui bekas rakan sekerjanya iaitu John.
Di sini bermula dialog Julian dan John. Mereka berkongsi ilmu falsafah yang menyentuh tentang jiwa, emosi dan minda secara terperinci.
Ilmu ini sebetulnya ada dalam ajaran Islam cuma amat jarang dipraktikkan sehingga umat Islam belum mencapai secara kejayaan tuntas.
Buku The Monk Who Sold His Ferrari mempunyai 231 halaman dan telah diterbitkan pada tahun 1997 lagi. Sehingga kini telah terjual enam juta naskah di seluruh dunia.
Admin puas hati dan akan membaca buku ini untuk kali kedua nanti.
Buku The Monk Who Sold His Ferrari mempunyai 231 halaman dan telah diterbitkan pada tahun 1997 lagi. Sehingga kini telah terjual enam juta naskah di seluruh dunia.
Admin puas hati dan akan membaca buku ini untuk kali kedua nanti.
Biarpun pada dasarnya banyak menyentuh falsafah yang diterap dalam Yogi Raman namun jangan obses pulak kerana dalam agama Islam sudah ada al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan paling utama untuk orang muslim.
Mesej utama buku ini mengajar kita untuk sentiasa berada dalam kitaran masa sekarang.
Mesej utama buku ini mengajar kita untuk sentiasa berada dalam kitaran masa sekarang.
Bukan masa yang lepas dan bukan juga masa yang akan datang.
- Kemas kini 8/1/23
- Kemas kini 22/1/23
20 Ulasan
menarik, novel yang banyak pengajaran. Hebat la admin...
BalasPadamYa .terima kasih bro
Padammenarik ulasannya. kekayaan memang tak boleh ketenangan.
BalasPadamingat Allah dan letak Allah secara total dalam hidup boleh tenang
PadamKalau JM ada FERRARI mmg tak akan jual..hahaha..mati hidup balik belum tentu boleh beli FERRARI..syukur dengan apa yg ada..jadikan Al-Quran sbg panduan dan ikutan
BalasPadamhahaha..Ferrari boleh tahan nak jaga penyelengaraan
Padamkalau JM yang baca buku berbahasa Ingeris ni..tak sampai 5 minit....mata terpejam hihihih
BalasPadamkalau isi bagus...satu hari boleh baca habis tapi belum tentu faham hehehe
PadamMenarik ja
BalasPadamDengar ulasan.. :)
isi sebenar buku tersebut lagi menarik hehehe
PadamSentiasa pandang ke hadapan..
BalasPadammenarik untuk di ambil pengajaran...
ya betul tu..
Padamtajuk buku pun lain dari yang lain. saya kalau baca buku bahasa inggeris, lambatlah nak habiskan. hihi
BalasPadamtak pe...boleh baca buku dalam Bahasa Melayu untuk dapatkan feel dulu
PadamWow, 6 juta naskhah dah dijual. Patutlah best seller, takde di terjemah bahasa melayu ke buku ni tuan?
BalasPadamsaya dah tanya kat staff MPH..mereka kata belum ada yang translate in Malay hehehe
PadamApabila beragama dan tahu tujuan hidup, automatik akan cari ketenangan dan kesederhanaan berbanding material kan. Kira macam back to basic untuk mencapai ketenangan hidup la buku ni, ye tak?
BalasPadamya tepat sekali...sungguh beruntung orang Islam kerana dipaksa untuk tenang apabila boleh khusyuk dalam solat
Padamsaya dah beli, baru baca sikit. memang benar, Robin Sharma menggunakan Bahasa Inggeris yang agak tinggi levelnya, merangkak-rangkak jugaklah saya membacanya. Tahniah! sebab admin dah habis membacanya!
BalasPadamagak sukar memahami bahasa Inggeris yang menggunakan aras tinggi namun alhamdulillah sempat juga dihabiskan bacaan..
PadamBTW..terima kasih