Header Ads Widget

Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha


Ada orang kata, jangan kejar rezeki sebaliknya jemput rezeki. Kalau rezeki dikejar ia akan lari. Kalau rezeki dijemput ia akan datang. Inilah satu persoalan yang selalu menjadi debat pendapat ramai.

Admin tidak suka berdebat. Admin hanya suka mengulas buku yang sudah dibaca. Antara ulasan buku yang admin suka kongsikan kali ialah berkaitan " Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha "

Buku ini sangat menarik. Kupasan mendalam di setiap bab. Ada tujuh bab kesemuanya dengan ketebalan 140 mukasurat. 

Buku yang dicetak pada tahun 2009 macam sudah lama. Sebenarnya tidak. Sebab buku berkaitan ilmu rezeki sangat relevan walaupun dibaca pada tahun 2049 nanti. Admin pada masa itu sudah tua sudah. Kalau tidakpun sudah meninggal dunia menuju ke syurga.

Kita jangan membuang masa. 


Buku Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha hasil tulisan Muhammad Mokhtar amat disaran untuk dibaca. Mana tidaknya boleh menjadi sumber motivasi kepada individu yang melazimkan solat sunat dalam kehidupan harian.

Antara solat sunat yang sangat bagus untuk melancarkan rezeki ialah Dhuha. Tidak kira pembaca orang berniaga atau bekerja. Solat sunat Dhuha mempunyai kebaikan, manfaat dan kesan luar biasa baik kepada si pengamalkan.

Kupasan dan ulasan lanjut tentang solat tersebut telah dinyatakan dengan cukup menarik. Admin yakin sesiapa yang belum lagi mencuba solat Dhuha akan tergerak untuk berbuat demikian.

Begitu juga kepada mereka sudah biasa dengan solat sunat Dhuha akan lebih bermotivasi dan bersemangat. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan solat ini tanpa ketinggalan sepanjang hidup mereka.

Admin rasa cukuplah ulasan setakat ini. Jika mahu lebih lanjut lagi boleh sahaja beli di Shopee


Jika mahu rezeki tanpa henti mengalir ke dalam hidup kita, admin sarankan pembaca untuk membaca buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti boleh rujuk link di bawah ini.


Info lanjut : KLIK SINI 

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Saya sudah ada dan sudah baca buku ini.
    Memang cuba amalkan solat Dhuha setiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...

      boleh tambahkan lagi jumlah raakaat..

      dari 2 ke 4 atau 6 dan seterusnya

      Padam
  2. AMALAN YG BAIK INSYAA ALLAH AKAN MURAH REZEKI

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, Semoga kita istikamah untuk buat solat dhuha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..siapa yang ada buat akan rasa kenikmatan tersebut

      Padam
  4. Solat Dhuha pembuka rezeki kata orang dulu dulu kan. GV doakan semoga kita semua murah rezeki. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..betul tu bro GV..

      tidak dinafikan solat duha memudahkan rezeki kita semua

      Padam
  5. Sebelum ni saya pernah mengajar di islamic school dan salah satu rutin harian pelajar adalah wajib buat solat dhuha. Saya pun tergerak hati juga untuk sama2 buat dhuha tiap kali pelajar buat dhuha. Memang nampak bezanya, bukan dari segi duit yang banyak tapi rezeki sentiasa berlebihan dari segi makanan dan keperluan harian. Bagus diamalkan dan sekarang pun saya masih buat juga walaupun kadang2 tak berterusan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah..moga diberi kkekuatan untuk terus istigamah

      Padam
  6. Selalu solat dhuha boleh murahkan rezeki kita dengan izinNya. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ...cuba la beramal bro.

      Moga rezeki jadi murah dan berkat

      Padam
  7. Amalan yang mudah. Semoga di amalkan selalu dan semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan berkat. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...semoga kita semua diberi kekuatan untuk beramal secara istiqamah

      Padam
  8. Buku ni sangat bagus. Semoga buku ni menjadi asbab utk semua drpd kte ni mula amalkan dhuha 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun akui begitu..jom la jadikan Dhuha sebagai tabiat harian

      Padam
  9. Dhuha mmg menjemput rezeki.. jadikan amalan insyallah..
    tapi susah nak konsisten hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk konsisten satu hal.

      untuk khusyuk lagi satu cabaran.

      sebab itu nilai solat Dhuna cukup tinggi dalam menjemput rezeki

      Padam
  10. Ye, saya pernah alaminya. Dhuha macam magik. Tapi susah nak buat setiap hari. Harap dapat perbaiki lagi. Insya-Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. istiqamah merupakan cabaran.

      perlu latihan dan azam yang tinggi

      Padam