Buku “THE 5 AM CLUB” ini memang ada kelas tersendiri.Hasil karya Robin Sharma ini tidak pernah mengecewakan pembacanya di seluruh dunia.

Judul kecilnya bertajuk  “Own Your Morning Elevate Your Life” jelas memberi tema bahawa inilah rutin untuk berjaya dalam hidup.

Buku yang setebal 314 halaman dan berbahasa Inggeris memberi cabaran besar untuk admin menghabiskan bacaan buat kali pertama.In shaa Allah jika ada kelapangan masa admin akan mengulangi bacaan untuk kali kedua pula.

Penulis Robin Sharma memang terkenal kerana buku pertamanya “ The Monk Who Sold His Ferrari”.Dengan angka 15 juta naskah terjual seluruh dunia beri gambaran jelas bahawa hasil ideanya bukan kaleng-kaleng dalam bidang spiritual.

Admin kongsikan sedikit apa yang admin dapat daripada buku “THE 5 AM CLUB” yang telah diterbitkan pada tahun 2018.



Dengan kos membeli RM69.90 senaskah bukannya murah jika difikirkan pasal harga.Sebaliknya untuk ilmu jauh lebih bernilai dari angka tersebut.

Penulis kongsikan kepada kita bagaimana mengurus masa awal pagi seawal 5 pagi.Mungkin ada di antara kita yang bangun awal dari waktu ini.Maknanya sudah dikira terlalu bagus.

Dalam tempoh sejam penulis sarankan kita untuk bahagi tiga bahagian.Setiap bahagian mengandungi 20 minit.

A)5.00am hingga 5.20am 

Buat senaman regangan.Nak push up ke atau nak plank terpulang.Paling simple senaman pemanasan untuk memberi kelegaan pada otot seluruh badan.

Senaman memberi banyak manfaat kesihatan dan pengaruhi emosi sepanjang hari.

B) 5.20am hingga 5.40am

Pada waktu ini boleh gunakan untuk solat Subuh baik secara berjemaah di masjid atau di rumah.Ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau belum masuk waktu, gunakan untuk solat sunat atau sekadar berzikir.

Penulis sarankan untuk meditasi dan bagi orang muslim gantikan sebagai sesi zikir.Itu lebih afdal.

C)5.40am hingga 6.00am

Masa untuk memasukkan ilmu dalam minda.Orang Islam dianjur untuk membaca al Quran, menghadami al Hadis dan baca buku yang memberi motivasi.

Sekiranya belum bersedia, tukar kepada menonton Youtube yang berilmiah agar otak sebelah pagi mendapat suplimen ilmu.

Itu sahaja caranya.

Selain dari itu buku ini mengajak kita untuk belajar melatih minda untuk fikir yang baik-baik sahaja.

Jaga tutur kata, sentiasa tenang selalu,mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT dan juga sentiasa menyayangi orang sekekeling penuh ikhlas.

Pembaca akan lebih banyak tahu sekiranya berkesempatan  memiliki buku tersebut.

Jika hendak berjaya, tiada pilihan selain beramal dan istiqamah dengan ilmu yang bagus dan bermanfaat.

Selamat sukses.