Header Ads Widget

Cemerlang MLM (Multi-Level Marketing )


Membaca buku " Cemerlang MLM (Multi-Level Marketing ) " bagaikan mengimbas kembali kenangan dan pengalaman admin sendiri. Satu buku klasik tulisan Tuan Idris Mohd Said. Diterbitkan pada tahun 2005.

Admin pernah menceburi dunia MLM sekitar tahun 2000 lagi. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Tahun terakhir admin terjun dalam dunia  MLM secara sepenuh masa pada  tahun 2009. Admin tinggalkan kisah tersebut. Artikel ini berkaitan dengan ulasan buku dan bukan kisah pengalaman admin hehehe.

Buku ini cuma ada 149 muka surat. Namun masa membacanya mengambil masa seminggu. Punyalah  sibuk dan gangguan masa untuk membaca bertali arus.

Ada 16 bab utama. Setiap bab dikupas terperinci cara-cara untuk berjaya dalam bisnes MLM. Lebih menarik lagi buku ini mengisahkan pengalaman jatuh bangun penulis dalam dunia MLM yang sangat indah dan mengujakan.

Bab pertama membicarakan kelebihan bisnes MLM berbanding bisnes lain. Bisnes ini berkongsepkan tolong diri sendiri dengan menolong orang lain. 


Dalam bisnes MLM, usaha untuk berjaya bergantung kepada sistem syarikat, kekuatan produk dan kesungguhan pengedar atau ahli. Ia tidak lari dari konsep pengguna, tajaan dan duplikasi. Menariknya MLM menjadikan kepuasan bekerja, pendapatan lumayan dan kehidupan yang cemerlang. Bebas wang dan bebas masa.

Perlu ingat, untuk mencapai kejayaan begini tidak semudah petik jari. Banyak halangan, dugaan dan ranjau yang wajib ditempuhi. Jika sanggup maka MLM tempat anda untuk berjaya, Jika tidak sanggup lebih baik berhenti berangan dan ceburi sahaja bidang lain.

Baca juga :Dua Jiwa Satu Cinta

Admin amat menyarankan sesiapa yang sudah terlibat atau akan terlibat dalam bisnes MLM untuk membaca buku seumpama ini. Belajar dan terus belajar. Amal dan terus beramal. Admin percaya usaha anda tidak akan sia-sia.

Bisnes MLM menjanjikan peluang untuk berjaya. Peluang ini hanya menjadi realiti jika dilakukan sungguh-sungguh tanpa menoleh ke belakang.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Cubalah dan jangan tak cuba. Sekali cuba buat sampai jadi. 

Semoga ada manfaatnya.


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Tidak suka sangat konsep MLM. Kaya kerana orang bawahan cari jualan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semua macam tu...

      kalau yang atas tak aktif...tak boleh pergi jauh juga

      Padam
  2. Banyak yang jadi member MLM, tapi tak bisa jualan, kerana satu kampung tu sudah member semua, paling tidak ada je keluarganya yang member, akhirnya ambil barang untuk konsumsi sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi consumer sendiri pun bagus..

      tak jadi kaya jadi sihat.

      Padam
  3. NLM bisnis buat mrk yg raji n xmudah putus asa

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..hanya mereka yang cekal dan berhati waja boleh berjaya

      Padam
  4. MLM ni kalau product bagus income pun lumayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa yang berminat dan sanggup mernempuh onak serta duri boleh berjaya dalam MLM

      Padam
  5. pernah join MLM dulu masa student.. kena tipu pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu adalah perkara biasa bro..

      sebab ada yang tidak sabar untuk hidup senang dan keluar dari desakan hidup sehingga sanggup menipu

      Padam
  6. Balasan
    1. tak pe..tapi memang ada orang berminat juga dalam bidang ini

      Padam
  7. eheee saya takdak ilmu tapi kalo MLM ni saya lari dulula..

    BalasPadam
  8. dari dulu lagi tak suka konsep MLM ni..terasa dipergunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak delah dipergunakan...

      tu semua ilusi jer.

      MLM adalah perniagaan murni yang bantu diri sendiri dengan membantu orang lain.

      beri kejayaan orang lain dulu maka kejayaan kita akan datang kemudian

      Padam
  9. Pernah!!! Nang masyuk sampei kompius sebulan 2x payday... tp lepas ya x fokus dah terus surrender... now mkn gaji saja... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki dalam MLM memang laju sebenarnya..

      cuma perlu usaha dan tindakan yang luar biasa.

      makan gaji pun ok juga...yang penting menikmati hidup dengan bahagia

      Padam
  10. Saya salah seorang yang tak menggemari sistem MLM ni. Kalau beli produk MLM hanya sekadar guna, nak meneruskan legacy MLM secara serius tidaklah. sambil sambil je bolehlah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. MLM adalah bisnes yang menarik..

      cuma formula perlu kerja keras dan semangat juang yang tinggi.

      mereka yang berjaya kerana sifat begitu dalam bidang MLM

      Padam
  11. Melihat buku ini memberikan memori arwah abah saya.. beliau seorang yang rajin buat bisnes MLM ini..
    Saya je tak minat.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semua ini bdang MLM..

      al-Fatinah buat arwah

      Padam
  12. MLM bukan untuk saya. Saya tak pandai cari orang, promosi barang. Bila kawan-kawan tak beli barang, kecik hati. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..jangan la cepat kecik hati.

      Untuk berjaya dalam MLM perlu hari kering. tabah dan cekal

      Padam