Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati.
Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini diterbitkan pada tahun 2024 dan setebal 421 halaman. Pelbagai kisah yang belum pernah kita jumpa ada dalam buku ini.
Sejujurnya saya terkesima juga dengan beberapa kisah sisi gelap golongan bangsawan pada suatu ketika dahulu.
Inti pati buku ini mendedahkan bahawa tiada kerajaan yang kekal bertahan selamanya biarpun kerajaan tersebut gagah dan kuat pada masa tersebut.
Kejatuhan kerajaan biasanya berpunca daripada pemerintah itu sendiri yang sering bergolak, berebut kuasa dan pembunuhan ahli keluarga.
Selain itu serangan daripada kuasa luar yang memiliki kerajaan lebih kuat.
Dalam masa yang sama campur tangan pihak penjajah juga menjadi perencah kepada kejatuhan kerajaan yang diceritakan dalam buku ini.
Sebagai pengajaran hargai kemerdekaan yang kita miliki ini. Semoga ianya kekal hingga ke beberapa generasi yang akan datang.
Nak tahu kisah lebih lanjut boleh dapatkan buku ini di pasaran baik dalam talian atau kedai buku konvensional



0 Ulasan