Header Ads Widget

THE 5 AM CLUB



Buku “THE 5 AM CLUB” ini memang ada kelas tersendiri.Hasil karya Robin Sharma ini tidak pernah mengecewakan pembacanya di seluruh dunia.

Judul kecilnya bertajuk  “Own Your Morning Elevate Your Life” jelas memberi tema bahawa inilah rutin untuk berjaya dalam hidup.

Buku yang setebal 314 halaman dan berbahasa Inggeris memberi cabaran besar untuk admin menghabiskan bacaan buat kali pertama.In shaa Allah jika ada kelapangan masa admin akan mengulangi bacaan untuk kali kedua pula.

Penulis Robin Sharma memang terkenal kerana buku pertamanya “ The Monk Who Sold His Ferrari”.Dengan angka 15 juta naskah terjual seluruh dunia beri gambaran jelas bahawa hasil ideanya bukan kaleng-kaleng dalam bidang spiritual.

Admin kongsikan sedikit apa yang admin dapat daripada buku “THE 5 AM CLUB” yang telah diterbitkan pada tahun 2018.



Dengan kos membeli RM69.90 senaskah bukannya murah jika difikirkan pasal harga.Sebaliknya untuk ilmu jauh lebih bernilai dari angka tersebut.

Penulis kongsikan kepada kita bagaimana mengurus masa awal pagi seawal 5 pagi.Mungkin ada di antara kita yang bangun awal dari waktu ini.Maknanya sudah dikira terlalu bagus.

Dalam tempoh sejam penulis sarankan kita untuk bahagi tiga bahagian.Setiap bahagian mengandungi 20 minit.

A)5.00am hingga 5.20am 

Buat senaman regangan.Nak push up ke atau nak plank terpulang.Paling simple senaman pemanasan untuk memberi kelegaan pada otot seluruh badan.

Senaman memberi banyak manfaat kesihatan dan pengaruhi emosi sepanjang hari.

B) 5.20am hingga 5.40am

Pada waktu ini boleh gunakan untuk solat Subuh baik secara berjemaah di masjid atau di rumah.Ikut kesesuaian masing-masing.

Kalau belum masuk waktu, gunakan untuk solat sunat atau sekadar berzikir.

Penulis sarankan untuk meditasi dan bagi orang muslim gantikan sebagai sesi zikir.Itu lebih afdal.

C)5.40am hingga 6.00am

Masa untuk memasukkan ilmu dalam minda.Orang Islam dianjur untuk membaca al Quran, menghadami al Hadis dan baca buku yang memberi motivasi.

Sekiranya belum bersedia, tukar kepada menonton Youtube yang berilmiah agar otak sebelah pagi mendapat suplimen ilmu.

Itu sahaja caranya.

Selain dari itu buku ini mengajak kita untuk belajar melatih minda untuk fikir yang baik-baik sahaja.

Jaga tutur kata, sentiasa tenang selalu,mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT dan juga sentiasa menyayangi orang sekekeling penuh ikhlas.

Pembaca akan lebih banyak tahu sekiranya berkesempatan  memiliki buku tersebut.

Jika hendak berjaya, tiada pilihan selain beramal dan istiqamah dengan ilmu yang bagus dan bermanfaat.

Selamat sukses.


Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Buku ni pasal pengurusan masa rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...itu baru sikit..

      ada banyak lagi sebenarnya

      Padam
  2. wahhh menarik pengisiannya tentang masa.

    BalasPadam
  3. Harus saya coba untuk terapkan segera.
    Sekarang pola hidup saya tidak sehat.
    Bangun subuh jam 6 kurang, malam tidor jam 01.00

    Rasanya banyak waktu terbuang dan tersia-siakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu konsisten waktu tidur..

      baharulah waktu bangun lebih baik

      Padam
  4. Pernah baca juga, disarankan bangun sebelum subuh kerana itu waktu paling tenang & dapat mendidik kita menjadi insan penyabar. Well rasanya the same reason kenapa banyak tips kejayaan & pengurusan masa mencadangkan perkara yg sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaik-baikanya kita perlu bangun sebelum subuh ..

      agar mudah untuk beribadah dan melakukan pelbagai aktiviti harian

      Padam
  5. ISTIQOMAH AMALANNYA INSYAA ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan moga kita ada kekuatan untuk melakukan ini semua..

      Padam
  6. wah, ternyata bangun pagi banyak ya manfaat nya, dan emang sering denger cerita kalau pagi hari itu banyak hal positif yang bisa kita dapat. happy to know this writting giving more explanation, makasih buat sharing mas

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat banyak manfaat mas.

      mari kita belajar untuk istiqamah dan sentiasa positif dalam hidup ini

      Padam
  7. seronok kalau dapat bangun pagi sebab macam2 benda boleh buat sebelum pergi kerja. tapi tulah, selimut lagi sedap. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tidur tak guna selimut..

      pasti ini tiada lagi alasan

      Padam
  8. Orang berjaya ialah orang yang berjaya uruskan masa dengan baik.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    Bicara tentang pengurusan masa. Tidak ramai yang mampu menguruskan masa dengan baik. Buku yang sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..

      itu sudah semestinya.

      masa bila sudah berlalku tiada galang gantinya

      Padam
  10. Menarik juga nih buku bisa membimbing kita untuk teratur dalam hidup. Agar senantiasa bangun pagi tepat waktu. Bukan hanya itu saja peraturan jiwa sehat juga ada didalamnya.😄😄

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. ya..boleh cari.

      sebab buku ini antarabangsa.

      kalau tak boleh cari di Amazon

      Padam
  12. ditunggu update review bukunya lagi as

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...moga saya ada masa untuk berbuat demikian

      Padam
  13. Dalam Al-quran dah lama suruh umatnya bangun malam, banyak hikmahnya..Allah Maha Mengetahui ttg hamba yg diciptaNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..cuma ramai yang tidak mampu untuk mengikuti saranan ini

      Padam
  14. bagusnya buku ni...time management mmg penting...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah semestinya...sangat bagus.

      memanng disarankan untuk dibaca jika nak berjaya

      Padam
  15. Balasan
    1. tak pe..

      memang sukar tetapi kerana cinta buku...saya redah jelah

      Padam
  16. perkongsian yang menarik.. tapi nak buat tu sebenarnya susah jugak kalau tak biasa.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah realiti bro.

      berjaya kuasai diri maka berjayalah menguasai apa sahaja

      Padam
  17. masa kat MPH hari tuh, ada 2 buku nih, satu the 5 am clu, satu lagi The Monk Who Sold His Ferrari, saya beli the monk who sold his ferrari. belum habis baca lagi huhu...nanti nak beli yang ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat dianjurkan untuk membaca tulisan Robbin Sharma ..

      memang tidak mengecawakan

      Padam
  18. Panduan yang bagus. Paling penting kena ada usaha nak istiqamah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cabaran pada ramai orang ialah nak bermula dan beristigamah terutama untuk bangun awal

      Padam