Buku “Kaki Masjid” kecil sahaja.Nipis dengan 137 halaman namun padat dengan ingatan untuk mengajak pembaca menginjak kaki ke masjid.

Penulisnya Hisham AR ini cukup bersahaja menyampaikan mesej yang sentap.Sesiapa yang berkesempatan membaca buku ini akan terjentik hati untuk segera ke masjid.Jika belum berjaya melaksanakan, sekadar berniat sahaja sudah beroleh pahala.

Yang menariknya pergi masjid bukan semata-mata untuk menunaikan solat fardu.Ia harus disusuli dengan menghadiri majlis ilmu seperti kuliah Maghrib atau kuliah Subuh.



Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Mustread Sdn.Bhd cuma berharga RM21 atau RM18 untuk harga Semenanjung Malaysia.Pada perkiraan admin amat berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang ingin berhijrah kehidupan yang lebih baik.

Banyak persoalan Berjaya dirungkai berkaitan kaki masjid dalam buku ini.Antaranya orang yang pergi masjid pada waktu Subuh  dan empat waktu yang lainnya adalah insan yang Allah pilih.

Mari kita semua berdoa agar berada dalam senarai yang Allah pilih untuk masjid hingga ke akhir hayat.

Aamiin.