Header Ads Widget

12 Kunci Cepat Rezeki



Ada 12 Kunci Cepat Rezeki yang akan ditemui dalam buku judul tersebut.Sungguh menguja dan menarik dibaca.

Yang paling berkesan di hati ialah isu proses pencarian rezeki ini bukan sesuatu yang sukar dan mencabar jika tahu lagu dan iramanya.

Lagu dan irama rezeki boleh kita perolehi melalui pembacaan buku “12 Kunci Cepat Rezeki”

Diakui hasil tulisan Tuan Mukhlas Syarkun pada tahun 2018 ini sangat besar maknanya buat pembaca.Kandungan buku ditulis,dikupas dan dihuraikan mengikut peteunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

Maknanya boleh diyakini tanpa ada perasaan ragu dan bimbang akan kewujudkan ilmu tersebut.

Dengan ketebalan 184 halaman dan berharga RM15 senaskah menjadikan buku ini sangat berbaloi untuk dibaca dan mampu beli oleh sebahagian besar kita.



Apa yang kita dapat dengan pelaburan tersebut ?

Sudah tentu ilmu tentang rezeki yang amat kita dahagakan setiap hari.

Buku ini ada 14 bab dan setiap bab dihidangkan dengan padat agar pembaca beroleh manfaat sebanyak yang boleh.

Dalam banyak bab tentulah bab yang meletakkan kahwin sebagai kunci rezeki antara yang admin paling suka.Siapalah yang tak suka kahwin memang rugilah kehidupan ini kecuali belum ada jodoh, belum mampu dan belum bersedia.

Nak tahu cara dapatkan rezeki segera jangan tunda hasrat untuk dapatkan  buku ini di pasaran.Lagi cepat lagi baik kerana sifat rezeki itu mahu datang kepada pemiliknya yang bersedia sahaja.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Perkongsian yang bagus dengan penulisan yang berladaskan Al-Quran.

    BalasPadam
  2. Wah buku dari Malaysia ya... di Indo ga ada nih...

    BalasPadam
  3. Tak mampu lagi nak kahwin so guna 'kunci' sedekah ajelah. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...

      kunci sedekah juga bagus untuk dapat kunci kahwin

      Padam