Pena & Picagari merupakan buku bertemakan info perubatan.Ringkas dan padat.
Isi kandungan sangat berinfomatif dalam menangkis segala mitos yang membelenggu benak fikiran masyarakat dulu dan kini.
Terima kasih kepada Tuan penulis Dr Khairul Hafidz yang sudi berkongsi info, ilmu dan pengalaman buat kami semua yang amat naif dalam bidang perubatan.
Admin akui membaca buku ini bagaikan terpukau minda dan rasa.Kekadang teremosi hingga titisan air mata ini berjuraian.
Ada juga masa tersenyum sendirian apabila membaca pelbagai kisah manusia yang kadang-kadang pelik bin ajaib.
Sesiapa sahaja terutama golongan yang sudah berusia mesti baca ini.Sebabnya sebilangan besar mereka masih ‘kena kencing’ oleh pihak yang berkepentingan tertentu.Semoga selepas ini boleh terbuka mata dan menyedari realiti sebenar.
Sebagai contoh, ada juga yang sanggup berjumpa bomoh untuk membetulkan tulang yang patah.Mereka lebih percaya bomoh berbanding doktor itu sendiri.
Admin sendiri mengakui terbuka minda berkaitan pengambilan paracemol untuk penahan sakit dan melegakan demam.
Admin memang pantang dengan paracemol kerana berpendapat boleh merosakkan pinggang.Sedangkan info sebenar paracemol hanya merosak ginjal jika pengambilan berterusan tanpa pengawasan dan overdose.
Ada banyak lagi info menarik yang ditulis penulis dalam buku ini sebagai cara memperbetulkan salah tanggapan kepada dunia perubatan moden.
Sampai pada satu tahap kita lebih yakin kata-kata orang kebanyakan berbanding doktor.Sedangkan doktor sendiri telah menghambakan diri bertahun-tahun untuk belajar, berlatih dan mengaplikasi ilmu perubatan sebagai usaha menyelamat nyawa manusia.
Pegawai kesihatan, pembantu dan jururawat sebenarnya hero yang tidak didendangkan dalam memberi manfaat kepada manusia untuk kembali sihat.
Dengan 230 halaman dan berharga RM25 senaskah menjadikan buku Pena & Picagari wajib sebagai koleksi kita semua.Buku ini diterbitkan pada tahun 2017 oleh Puteh Press.
Cuma kelemahan buku ini, ada helaian yang berwarna menyebabkan mata admin sukar untuk membaca dengan selesa.Itu bukan masalah utama sebaliknya masalah admin yang sudah rabun dijejaki tua.
Makin tua makin menjadi juga tu ..hehehe
Dalam beberapa bahagian terakhir buku ada dikongsikan beberapa tips khas untuk budak Houseman ( doktor pelatih).Mereka ini wajib baca dan semoga mereka menjalani latihan praktikal dengan tabah dan waja demi profesi sebagai pengamal perubatan.
Itu sahaja ulasan kali ini dan jangan lupa jaga kesihatan serta jadilah masyarakat celik maklumat yang sahih sahaja.
20 Ulasan
Menarik buku ini.. Cuma belum berkesempatan untuk dibeli..
BalasPadamya...sangat menarik..saya suka buku ini
PadamBagus buku ni untk educate golongan yang masih percaya tentang ilmu perubatan bomoh dan fakta yang tidak tepat
BalasPadamsikap kita sendiri yang suka dengan fakta tidak tepat dan susah nak move on dengan kepercayaan lama
PadamDlu ade penulisan ckp paracetamol ni bhy mkn..ummi fikir klu bhy kenapa doktor suruh mkn klu demam even baby pn kne ambik if demam..dr zubaidi ada tulis paracrmol ni membantu melancarkn dr klu kita sakit kepala.utk bntu turunk demam..jnji mkn ikot dos n ambik bila perlu . Ummi klu berkaitan ubat ni suka refer pada doktor. Esp kerajaan .
BalasPadamparacemol cukup membantu kepada mereka yang demamn dan sakit kepala.
Padambagaimana pun penganbilan biarlah betul dan tidak berlebihan
Yg Paracetamol tu memang selalu dengar. Klu makan banyak jadi addict lah, padahal semuanya hearsay je. Bagus ada buku-buku macam ni for educating people 😊
BalasPadamkita percaya kepada mereka yang bukan pakar..
Padamsedangkan untuk menjadi pakar perlu mendalami ilmu bertahun-tahun lamanya
serious lama x dgr perkataan picagari !
BalasPadamalhamdulilah..itu tandanya kekal sihat dan tidak ada rawatan yang memerlukan picaragari
PadamMenarik. Sekarang memang suka menbaca kisah-kisah perubatan sebab banyak yang kita tak tahu. Nanti nak cari buku ni. Terima kasih.
BalasPadamalhmdulillah..
Padamsepatutnya dalam alaf maklumat ini kita semakin cerdik dalam semua perkara
terbaik info
BalasPadamya vaksin wajib amik
utk bayi&knk2
Vaksin ada kesan baik jangka panjang..
Padamsebab itu perlu ambik untuk bayi dan kanak-kanak
Menarik nak cari.
BalasPadamya..silakan .
Padamrajinkan pergi ke kedai buku
memang menarik buku bidang perubatan n ditulis pengamalnya
BalasPadamitu yang sepatutnya..
Padampengamal perubatan menulis tentang bidang mereka
sy tak addict dgn paracetamol tapi addict wit painkiller hehe tapi rasanya sama jugak ni..ada kesan kalau overdose ja..is it
BalasPadamkalau boleh jangannya addict apatah lagi overdose..
Padamjika mampu bertahan itu lebih baik