Header Ads Widget

Kaki Masjid



Buku “Kaki Masjid” kecil sahaja.Nipis dengan 137 halaman namun padat dengan ingatan untuk mengajak pembaca menginjak kaki ke masjid.

Penulisnya Hisham AR ini cukup bersahaja menyampaikan mesej yang sentap.Sesiapa yang berkesempatan membaca buku ini akan terjentik hati untuk segera ke masjid.Jika belum berjaya melaksanakan, sekadar berniat sahaja sudah beroleh pahala.

Yang menariknya pergi masjid bukan semata-mata untuk menunaikan solat fardu.Ia harus disusuli dengan menghadiri majlis ilmu seperti kuliah Maghrib atau kuliah Subuh.



Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Mustread Sdn.Bhd cuma berharga RM21 atau RM18 untuk harga Semenanjung Malaysia.Pada perkiraan admin amat berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang ingin berhijrah kehidupan yang lebih baik.

Banyak persoalan Berjaya dirungkai berkaitan kaki masjid dalam buku ini.Antaranya orang yang pergi masjid pada waktu Subuh  dan empat waktu yang lainnya adalah insan yang Allah pilih.

Mari kita semua berdoa agar berada dalam senarai yang Allah pilih untuk masjid hingga ke akhir hayat.

Aamiin.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Antara buku yang saling mengingatkan ye. Nanti boleh la cari kat MPH nanti

    BalasPadam
  2. Antara kriteria untuk cari jodoh, kaki masjid 😁

    BalasPadam
  3. Buku keluaran Publisher ini menarik untuk dibaca.. ada pengisiannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...

      kebanyakkan buku yang dijilidkan memang ada pengisian yang mantap berbanding yang lain-lainnya.

      Padam
  4. amin.. great sharing. May Allah blessed ur for the rest of our life..inshaAllah

    BalasPadam
  5. kak ana ada juga beberapa koleksi buku2 agama terbitan Mustread ni, memang menarik semuanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...

      konsep yang mereka ketengahkan sangat santai tetapi amat bermanfaat

      Padam
  6. suka buku like this sbb tulisan dye senang nak baca and tak sakit mata. i like.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..

      nipis dan boleh dihabiskan dalam masa yang singkat

      Padam
  7. Rasanya penulisan santai lebih menarik minat untuk membaca. Tahniah penulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga berharap begitu kerana cabaran masa kini kita sudah tiada masa untuk membaca buku dah

      Padam
  8. Harga berbaloi dengan ilmu yang ada dalam tu. Good sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..sangat berbaloi..

      ilmu yang dikongsikan sangat mantap

      Padam