Header Ads Widget

Sekilas Pandang Gaya Pengurusan Masa Kini


Buku Sekilas Pandang Gaya Pengurusan Masa Kini hasil tulisan Tuan Syed Amin Aljeffri memang menarik. Biarpun kandungan buku berkisar pada tahun sekitar 1998 dan sebelumnya. Mungkin ini salah satu sebab mengapa admin masih mengemari buku lama begini.

Penulisnya merupakan seorang akauntan bertauliah yang kemudiannya berjaya membuka syarikat audit yang tersohor. Idea dan konsep asas buku ini menyelongkar isu-isu berkiatan orang Melayu dalam dunia usahawan dan perniagaan.

Dengan ketebalan 255 mukasurat, agak lama admin menghabiskannya. Faham-faham sahaja dunia sekarang ini gangguan banyak. Media sosial dan telefon cukup kuat mengalih keinginan untuk kita membaca buku.

Boleh untuk kita membaca sepintas lalu dengan mencari isi penting sahaja. Namun cara ini kurang memberi kepuasan kepada admin kerana admin suka pada gaya bahasa dan isi kandungan. Ayat demi ayat akan admin hayati dan pehalusi.

Buku ini ada tiga bab utama dan 71 tajuk kecil. Setiap tajuk membincang isu semasa ketika itu secara santai. Namun dikupas dengan menarik dan bersahaja. Tiada terasa topik yang berkaitan ekonomi, konsortium dan sebagainya seperti mudah untuk difahami.


Ada dijual di Shopee dan gedung Amazon. Ada stok atau tidak, admin tidak berani jamin. Boleh cuba seandainya pembaca berminat untuk memiliki. Kalau ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti saya akui ada stok di SINI

Admin sarankan buku ini dibaca untuk golongan usahawan, eksekutif pengurusan atau para pelajar di universiti atau kolej. Ilmu pengurusan begini sangat bagus dibuat rujukan dan perbandingan dengan kandungan buku masa kini.

Apa menarik juga tuan penulis pada masa itu membayangkan tahun 2020 negara kita sangat maju. Ramai yang berjaya dalam perniagaan dan memiliki kekayaan. Secara kebetulan admin membaca pada tahun 2020 setelah buku ini diterbitkan pada 23 tahun yang lampau.

Yang pasti pada tahun 2020 admin akui kita berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 yang sehingga kini belum ada vaksin lagi.

Baiklah. Itu sahaja kupasan admin mengenai buku Sekilas Pandang Gaya Pengurusan Masa Kini.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Tidak seperti dibayangkan apa terjadi pada tahun 2020. Tidak pernah terfikir pun.

    BalasPadam
  2. Membaca menambah ilmu..buku yg menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul cikgu...menarik kerana kandungan ilmu yang mantap dan relevan

      Padam
  3. buku lama ilmunya releven situasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejujurnya saya suka buku lama kerana gaya bahasa lebih mendalam dan kuat membawa maksud

      Padam
  4. Bagus buku tu, moga kita dapat mengurus masa dengan baik lepas kaut ilmu yang dikongsi

    BalasPadam
  5. Melihat kembali masa 23 tahun yang lampau, very interesting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sangat menarik...

      seolah-olah kembali ke zaman silam hehehe

      Padam
  6. 2020 tidak seperti apa yang kita bayangkan. Yang pasti 2020 sejarah hidup yang tidak akan dilupakan. mungkin dengan membaca buku ni dapat mengubah semangat kita di tahun 2020 untuk terus maju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun 2020 penuh cabaran dan dugaan...kemelut politik, ekonomi dan kesihatan terutama pandemik Covid-19

      Padam
  7. suka juak baca buku mamangement & leadership... kdg² terkena dgn batang hidung sendiri... bkn senang nak jaga manusia... bagus gik jaga sistem or mesin

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ya...bukan senang jadi bos

      mun bait ilak kenak tinjak

      mun tegas ilak alu kena bencik

      hehehe

      sedang2 jak la

      Padam
  8. Gangguan ketika membaca tu memang tak dinafikan.. hehehe..
    menarik buku yang dikongsikan ini..

    BalasPadam
  9. Takde sapa sangka 2020 akan jadi camni. Vaksin dah ada, dalam berita, Indonesia dah dapat pun. Negara kita je, menteri sibuk berpolitik, tak tahu camana perkembangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum tahun 2020 kita membayangkan Malaysia memamng negara maju..

      boleh la maju berbanding tahun 70-an

      Padam
  10. Cara pengurusan sesebuah organisasi juga boleh dipelajari melalui buku itu. Leadership yang baik, akan buat semua orang kat organisasi tu happy untuk bekerja. TQ awak sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengurusan yang baik akan pastikan survival syarikat pada tahap tip top

      Padam