Header Ads Widget

Biarku Lindung Mendungmu

Terbaharu, saya berjaya habiskan bacaan novel Biarku Lindung Mendungmu.

Novel ini sangat sederhana jalan ceritanya dan boleh dikatakan tidak begitu saspen untuk dibaca.

Kesudahan cerita sudah dapat diteka yakni happy ending atau pernikahan watak wanita dan jejaka.

Watak utama yang diangkat tinggi ialah Aisyah Hijanah dan Alif Teega atau Hazalif

Mereka merupakan dua insan yang melatari plot novel Biarku Lindung Mendungmu dari pertengahan hingga tamat cerita.

Untuk pengetahuan, cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar penulis sendiri yang diubahsuai untuk tatapan umum.

Sebelum ini saya ada membaca novel yang ada kaitan dengan cerita ini iaitu Selama Nafasku Berhembus

Penulis yang sama dan jalan cerita juga saling berkait.

Kalau belum membaca ulasan buku yang saya tulis sebelum ini boleh klik pautan yang telah saya sediakan.

Kita teruskan ulasannya.

Aisyah Hijanah seorang anak yang kehilangan ayah akibat ajal menjemput awal.

Dia tinggal bersama ummi yang menderita hilang suara dan adiknya. 

Kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan.

Dari sinilah bermulanya konflik emosi, perasaan dan fikiran Aisyah dengan aturan tuhan.

Dia sangat terkilan kerana belum puas menerima kasih sayang seorang ayah.

Baginya, lelaki bergelar ayah itu hero dunia dan akhirat yang tiada galang ganti.

Jiwa Aisyah memberontak dan kebanyakan cerita dalam novel ini sentiasa berputar di sekitar monolog hatinya yang selalu menyalah takdir ketentuan Allah.

Masa terus berlalu dan Aisyah telah dihadir oleh Allah dengan Mr Right.

Tidak lain dan tidak bukan Alif Teega.

Pada mulanya Aisyah tidak menyukai Alif kerana lelaki itu tidak ada dalam taste sebagai lelaki idaman.

Biarpun Alif seorang lelaki yang arif ilmu agama, berakhlak, jujur dan bertanggungjawab

Alif melamar Aisyah untuk dijadikan isteri namun lamaran itu belum  diterima Aisyah serta-merta.

Dalam hati Aisyah ada keraguan untuk mengakhiri zaman solo dalam usia yang sangat muda.

Dengan pelbagai taktik dan helah, Aisyah cuba memperdayakan Alif agar lamaran itu tertolak secara halus.

Sudah suratan jodoh yang  telah tertulis, Alif akhirnya dapat menikahi Aisyah biarpun dikenakan syarat yang tidak mudah untuk lelaki kebanyakan.

Aisyah  tiada rasa cinta yang terjentik terhadap Alif dan berfikir untuk membatalkan urusan pernikahan saat-saat akhir.


Mengapa demikian...

Sudah tentu dengan membaca sendiri novel ini kalian akan dapat penaakulan yang setepatnya.

Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa bercinta selepas kahwin wajar.

Jangan jadi cinta sebagai modal utama sebelum sah suami isteri kerana belum tentu orang yang kita cintai itu nanti adalah jodoh kita.

Jangan jadikan budaya jaga jodoh orang kerana bukan pahala yang kita dapat tetapi dosa yang berganda-ganda.

Demikianlah sedikit ulasan saya tentang Biarku Lindung Mendungmu yang berhalaman 278.

Tahun terbitannya pada 2018 dan sehingga artikel ini ditulis novel ini sudah berada cetakan ke sebelas.

Saya ada menemui novel ini di kedai Popular Online dan kedai online yang lainnya.

Jika berminat sila dapatkan sebelum kehabisan stok .


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. wah bijak penulisnya mereka pelbagai persoalan dgn kreatif..ulasan menarik mesti ramai tercaricari novel ni

    BalasPadam
  2. tsutaya books bukit jalil tu byk buku, ko boleh pg tengok....cantik interior juga bookshop tu

    BalasPadam
  3. Menarik, cinta selepas kahwin.
    Allah sayangkan Aisyah. Sepatutnya tidak boleh sangka buruk pads takdir Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh begitulah...tapi hati manusia ini lain-lain

      Padam
  4. Sangat menarik kisahnya. Boleh zumal beli nanti...

    BalasPadam
  5. Menarik.. Betul tuh, cinta lepas kahwin lebih baik... Kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...dan nilai cinta itu juga ada pahala sebab sudah sah

      Padam