Header Ads Widget

Hijab Qasyaf


Hijab Qasyaf merupakan novel seram kanak-kanak yang memang boleh membuat bulu roma pembaca naik menegak. hehehehe.

Watak utama ialah Qasyaf iaitu anak kepada Encik Fakhri dan Puan Aulia. Dia budak perempuan walaupun nama seakan-akan nama seorang lelaki.

Qasyaf mempunyai enam adik-beradik yang terdiri daripada Qainada, Qausar, Qoyyim, Qaseh dan Qolbi.

Untuk dijadikan cerita, Qasyaf mendapat keistimewaan yang tidak ramai orang mahu lalui iaitu mata boleh melihat makhluk halus.

Dalam ertikata yang lainnya, hijab mata Qasyaf sudah Allah buka kerana terlibat dengan satu perjanjian yang misteri.

Bukan semut atau kuman tetapi kategori syaitan, iblis dan jin.

Kemuncak konlik dalam novel ini berlangsung ketika mana mereka berpindah ke rumah banglo atas bukit.

Dalam rumah banglo ini, keluarga Qasyaf mulai diganggu oleh para penunggu yng terdiri diripada hantu.

Macam-macam hantu ada di sana.

Pelbagai usaha digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti memagar rumah dan membuang sesuatu yang tertanam di banglo tersebut/.

Ada hantu yang bernama Balqis, Reena, Inderawan dan sebagainya yang boleh membuat nafas pembaca seakan-akan berhenti seketika.

Tahniah kepada penulis novel iaitu Farhah Aiddin kerana berjaya melukiskan gambaran watak manusia dan hantu dengn hidup sekali.

Novel ini diterbitkan pada tahun 2019 dengan ketebalan 435 mukasurat.

Apakah kesudahan novel ini boleh baca sendiri ?


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Boleh tahan banyak muka surat untuk novel kanak-kanak.

    BalasPadam
  2. tebal novel tu citer hantu ramai suka baca kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kan kak....anak saya suka cerita hantu berbanding bapanya

      Padam
  3. Adoiii seramm
    tak sanggup baca he hew

    BalasPadam