Selama Nafasku Berhembus merupakan satu novel cinta, keluarga dan agama.
Pelbagai tema digabung dan dijalin bersama menjadikan novel ini antara bacaan yang menarik dalam menyampaikan mesej kemanusiaan yang relevan sampai bila-bila.
Dua penulis novel ini iaitu Aishah Hijanah dan Mohd Hazalif merupakan pasangan suami isteri.
Naratif novel ini adalah kisah benar.
Kisah yang sarat dengan kesedihan, kegigihan dan akhirnya kebahagiaanya.
Buku yang dicetak pada tahun 2020 ini telah diterbitkan oleh Aisyah Hijanah Binti Azhari Enterprisa.
Ketebalanya cuma 263 halaman menjadikan novel ini boleh dihabiskan bacaan satu atau dua hari bagi kaki novel.
Mungkin pembaca sudah tertanya-tanya bagaimana cerita dan kisah novel Selama Nafasku Berhembus.
Mari saya ceritakan serba sedikit. Tak boleh banyak sangat.
Sebetulnya saya bukan pengemar buku fiksyen tetapi membaca buku genre ini akan mengasah kemahiran untuk menulis copywritting.
Wajar copywritting itu menjadikan elemen emosi asas agar berkesan kepada hati pembaca.
Ya, novel bermain emosi dan perasaan. Dalam masa yang sama menyelit fakta dan informasi yang sangat berguna kepada pembaca.
Jom kita mulakan...
Alif watak utama dalam kisah ini. Dia kehilangan ayah ketika masih kecil lagi.
Alif meneruskan kehidupan bersama Umi yakni ibunya berserta dua lagi saudara.
Watak adik beradik Alif yang lain tidak dihidupkan novel ini dan ia merupakan satu kelemahan buat saya.
Alif kemudianya belajar di sekolah pondok dalam keadaan serba kekurangan.
Tiada wang saku, pakaian yang lusuh dan tidak cukup makan sebagai mana pelajar yang lain.
Habis sekolah pondok Alif meyambung pengajian di KUIS untuk mendapatkan diploma.
Ketika di kolej inilah Alif berkenalan dengan gadis bernama Waheeda.
Bagaimana pun cintanya tidak kesampaian.
Mengapa tidak kesamapaian, jawapan ada dalam novel yang perlu anda baca sendiri.
Tamat diploma di KUIS, Alif meneruskan pengajian di UM.
Plot cinta yang sebenarnya bermula di UM dan ketahui kisah yang lebih dramatik dalam bab ini.
Antaranya bagaimana detik pertemuan Alif dengan Aisyah.
Saya percaya ramai yang terkesima dan terjeda ketika membacanya nanti.
Saya tinggalkan anda dengan pertanyaan yang belum terjawap agar minat anda untuk memiliki novel Selama Nafasku Berhembus tetap membara.
Senaskah berharga RM32.90 dan dijual di Book Cafe, Popular Online dan Shopee.
Carilah sendiri hehehe..
6 Ulasan
NOVEL CINTA RAMAI PEMINATNYA KAN
BalasPadamya betul kak...ramai orang suka baca
PadamBiasanya novel yang diambil dari kisah benar ceritanya menarik dan bagus
BalasPadamkan...kisah benar kalau dinovelkan seronok baca
Padamnanti boleh cari buku ni
BalasPadammudahn jumpa hehehe
Padam