Coconut Shake Satu buku yang menarik. Admin suka baca buku ini kerana penulisnya kita kenal, Tuan Fedtri Yahya.  

Beliau merupakan pesonaliti TV3 yang tidak asing lagi. Ternyata penulisan beliau juga menarik.  

Isi kandungan berkisar kepada pandangan beliau kepada persoalan iman, isu semasa dan pengalaman berada di Tanah Suci, Palestin dan Indonesia.  

Buku yang setebal 180 muka surat ini berharga RM20. Dicetak pada tahun 2017. Kira-kira isu yang berkisar pada tahun 2016.  

Selain penulisan biasa, buku ini menyelitkan puisi. Cuma bahagian puisi admin tak baca kerana mata tidak dapat melibat dengan jelas.  


Admin kagum dengan gaya bahasa yang Tuan Fedtri guna. Gaya sastera dan bunga bahasa tinggi. Sedap dibaca.  

Ada satu kisah menarik yang admin dapat  dalam buku ini.  

Kisah seorang pemuda berumur 19 tahun. Terlibat dengan zina bersama kekasih. Putus hubungan dan akhirnya pemuda tadi mencari pelacur untuk melampiaskan nafsu.  

Ketika melanggani pelacur, pemuda tadi mula rasa insaf dan menyesal. Nafsu syahwat terpenuhi tetapi jiwa rasa kosong.  

Mulai dari saat itu pemuda tadi bertekad meninggalkan terus maksiat dan mula menyibukkan diri  dengan aktiviti yang lebih sihat.  

Inilah antara satu kisah yang ditulis dalam buku Coconut Shake Satu. Ada banyak lagi. Yang banyak tu, cari sendiri la ya dalam buku tersebut.  

Semoga bermanfaat.


p/s: Berminat untuk mengetahui 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti boleh klik di SINI