Membaca buku Beri Dua Minit sangat ringkas dan santai buat admin. Setiap bab boleh dihabiskan kurang daripada seminit sebenarnya.
Demikianlah hasil sentuhan penulis profilik Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim. Admin percaya buku ini boleh dijadikan bacaan harian yang sangat bermanfaat.
Intipatinya mengajak pembaca untuk dekat dengan Allah. Membincangkan persoalan iman, takwa dan amalan untuk dibawa ke syurga.
Apa yang menariknya dikupas secara ringan tetapi mengundang maksud yang sentap buat kita.
Ada 100 bab dan ketebalan cuma 203 muka surat. Bagi peminat buku tidak sukar untuk menghabiskan bacaannya.
Untuk mereka yang belum ada masa membaca boleh sahaja rujukan sehelai untuk setiap hari.
Paling menarik juga kerana diselit terjemahan al-Quran dan al-Hadis. Ayat tersebut berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
Yang pasti buku ini masih baharu di pasaran. Cetakan tahun 2019 oleh Galeri Ilmu. Harganya pula sekitar RM25.00 sehingga RM27.00
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku Beri Dua Minit
boleh layari Galeri Ilnu
Buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti >>KLIK SINI
10 Ulasan
Bagus juga sekejap boleh baca.
BalasPadamsesuai untuk mereka yang kuramng minat membaca
PadamInsyaAllah... Akan carik buku. Nie nanti🌹👍👍
BalasPadamsemoga bejumpa...
Padamsaya sudah sertakan link untuk Galeri Ilmu
insyallah. lepas ni blh beli buku ni.
BalasPadamkalau jumpa boleh la beli..
Padamtak rugi
Terima kasih atas perkongsian. Seronok baca buku santai santai ni sesambil ada masa.
BalasPadambuku santai sangat diperkukan sekarag ini...tak ramia yang sanggup nak baca buku
PadamTajuk buku ni menarik. 2 minit. Memanggil-manggil untuk baca apa yang dimaksudkan 2 minit tu.
BalasPadamsaya tak boleh baca dua minit..
Padambiasanya terlajak jadi 20 minit..
oleh kerana boleh tahan sibuk..jarang-jarang dapat baca 2 jam sehari harung