Coconut Shake Satu buku yang menarik. Admin suka baca buku ini kerana penulisnya kita kenal, Tuan Fedtri Yahya.
Beliau merupakan pesonaliti TV3 yang tidak asing lagi. Ternyata penulisan beliau juga menarik.
Isi kandungan berkisar kepada pandangan beliau kepada persoalan iman, isu semasa dan pengalaman berada di Tanah Suci, Palestin dan Indonesia.
Buku yang setebal 180 muka surat ini berharga RM20. Dicetak pada tahun 2017. Kira-kira isu yang berkisar pada tahun 2016.
Selain penulisan biasa, buku ini menyelitkan puisi. Cuma bahagian puisi admin tak baca kerana mata tidak dapat melibat dengan jelas.
Admin kagum dengan gaya bahasa yang Tuan Fedtri guna. Gaya sastera dan bunga bahasa tinggi. Sedap dibaca.
Ada satu kisah menarik yang admin dapat dalam buku ini.
Kisah seorang pemuda berumur 19 tahun. Terlibat dengan zina bersama kekasih. Putus hubungan dan akhirnya pemuda tadi mencari pelacur untuk melampiaskan nafsu.
Ketika melanggani pelacur, pemuda tadi mula rasa insaf dan menyesal. Nafsu syahwat terpenuhi tetapi jiwa rasa kosong.
Mulai dari saat itu pemuda tadi bertekad meninggalkan terus maksiat dan mula menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih sihat.
Inilah antara satu kisah yang ditulis dalam buku Coconut Shake Satu. Ada banyak lagi. Yang banyak tu, cari sendiri la ya dalam buku tersebut.
Semoga bermanfaat.
p/s: Berminat untuk mengetahui 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti boleh klik di SINI
16 Ulasan
Tajuk macam tiada kaitan agama.
BalasPadamHehe simbolik.
inilah dinamakan kreativiti dalam penulisan
PadamKalau nak coconut shake, sila datang Melaka yer😜😜
BalasPadamMemang Tuan Fedri Yahya mempunyai gaya penulisan bahasa yang puitis dan beliau juga menulis lirik lagu 👍👍
saya pun ada hati nak ke Melaka hahaha
PadamKARYA HEBAT TULISAN PENULIS TERKENAL YG MENGUASAI CARA BERBAHASA DGN BAIK
BalasPadamya...saya akui penulisannnya cukup hebat dan mantap
PadamTuan Fedtri Yahya ada tulis buku juga ye. Bahasa dia sedap didengar dan dibaca.
BalasPadamtulah buku yang saya baca oleh Tuan Fedtri Yahya...memang best
PadamTajuk buku sempoi tp pgisian sebegitu..hurmmm..okay
BalasPadamada keunikan yang tersendiri
PadamJudulnya unik. Penulisnya pasti kreatif.
BalasPadamya..itu sudah semesinya
Padamsaya suka cover buku ini.. Begitu memikat mata..
BalasPadamTajuknya juga unik.. Ada rezeki bolehlah dicari dan dijadikan koleksi..
yalah kan..cover dan tajuk buku ini agak unik
PadamOh, Fedtri Yahya ada tulis buku juga. Bila dia mengacara pun, bahasa dia berbunga-bunga. Macam menarik bukunya.
BalasPadamFedtri Yahya merupakan orang sastera dan saya rasa dia memang banyak membaca buku..
Padambuku tersebut memang best tau...