Sejujurnya admin tertarik dengan judul buku “kalau jodoh tak ke mana”.Buku penulisan S.H Attas atau Pak Habib ini memang padu dan menyengat ketika itu.

Cuma admin baca pada tahun 2019, sedangkan isu yang diutarakan berlaku sekitar tahun 2005.Jadi kegemparan dan kehangatan sudah suram ditelan zaman dan masa.

Namun sebagai rujukan tentang kenangan kisah percintaan Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza tentunya masih sedap dibaca.Apatah lagi penulis Pak Habib ada sentuhan tersendiri sehingga kisah ini digarap begitu sempurna dan memukau hati pembaca.

Dengan ketebalan 272 halaman memang boleh dibaca habis dalam sehari sambil mengigit sekeping roti kering. hehehe.



Admin suka buku ini kerana pengisahan Datuk K ditulis bersumberkan tuan punya badan.Kupasan demi kupasan dan huraian demi huraian begitu tersusun.

No wonder, kerana Pak Habib adalah penulis yang berpengalaman luas dalam bermain bahasa.

Penulis begitu bijak mengambil peluang dengan isu sensasi tokoh korporat yang bercinta dengan figura selebriti.Yang menarik lagi turut diselit kisah-kisah VIP yang lain dengan kaitannya soal percintaan dan rumahtangga.

Admin tidak pasti masih atau tidak terjual lagi naskah ini.Jika nak baca boleh mencari di perpustakaan atau dari mereka yang ada koleksi buku Pak Habib.

Sekian dan sudi sudilah subscribe channel Youtube mrhanafi.