Header Ads Widget

The Richest Man In Babylon



Ketika mencari buku “The Richest Man In Babylon” admin mengalami pengalaman menarik.

Kisahnya begini.

Admin bertanya dengan staff yang bertugas,ada tak  buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris ?

Sedangkan dalam hati  memang nak baca Bahasa Melayu untuk mudah faham dan hadam.

Staff hanya menggeleng kepala dan admin tanpa banyak bicara, sembat jelah.

Kebetulan waktu dah nak solat Jumaat.Lagipun pasal buku admin tidak terlalu berkira.

Cuma selalu berkira-kira dalam buku catatan perbelanjaan sahaja.
Praktik ini sejak tahun 2012 lagi.

Berbalik kepada soal review buku pulak.



Buku  “The Richest Man In Babylon”  berbentuk storytelling.Membaca buku ini seperti membaca novel.Menarik tetapi menyampai mesej yang penuh bermakna dan berispirasi.

Tema yang dibawa tentang pengurusan kewangan seperti simpanan, pelaburan, hutang piutang dan ilmu yang berkaitan.

Selepas membaca buku ini admin terfikir sejenak.Mengapa tidak membaca dari dulu lagi sedangkan buku ini sudah terwujud sejak tahun 1924 dalam versi asal tulisan  George S. Clason .

Admin percaya buku yang menjadi bestseller sepanjang zaman dan terjual 20 juta naskah ini wajib dibaca oleh mereka yang ingin mengurus kewangan dengan bijak.

Penyampaian yang berbentuk storyteller memang seronok dibaca dan mudah difahami.Cuma sayang admin tidak menemui versi asalnya iaitu Bahasa Inggeris.

Buku yang diterjemah ini pun bagus juga.Terbitan PTS ini tidak menghampakan pembaca.Dengan jumlah 180 halaman bukan sesuatu yang sukar untuk dihabiskan bacaan sehari dua.

Membaca memang boleh tetapi menghayati isi kandungan lebih utama terutama untuk 11 bab yang disediakan.

Admin seperti biasa tidak akan mengulas terlalu lengkap.Kalau terlalu lengkap tentu pembaca tidak terangsang untuk memiliki buku ini di pasaran.

Sebagai peminat buku dan suka kepada bab kekayaan, admin sarankan buku ini wajib beli dan wajib baca.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. banyak juga terjual 20 juta naskah tu.. pasti nya menarik utk di baca..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat menarik...penulisan menggunakan teknik story telling

      Padam
  2. bagus lah baca ni untuk pengurusan kewangan yang lebih baik macam tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...sangat betu tu..jika tak kawal perbelanjaan ..lari bajet

      Padam
  3. tengah baca yang ni, saya baca yang English. Menarik juga kalau dapat yang BM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam bahasa Inggeris lagi bagus...original konten tu

      Padam
  4. ISINYA ULASLAH SIKIT..TAPI BUKU STORY TELLING MMG MENARIK N SERONOK DIBACA

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...memang saya nak ulas isi takut nanti kurang saspen dah orang nak baca

      Padam
  5. Sepertinya menarik. Apalagi jika gaya bahasanya mengalir

    BalasPadam
  6. saya jemu la baca buku ni. separuh je baca, selebihnya saya cari book review kat google. maaf sifu afnan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha...ambil isi penting je arau mesej of story buku ini

      Padam