15.10.19

Sudah-Sudahlah Tertipu/Menipu/Ditipu



Tajuk buku “Sudah-Sudahlah Tertipu/Menipu/Ditipu” cukup menarik.Dipakejkan dengan warna kulit buku yang berwarna kuning memang catchy.

Biarpun ada orang kata, jangan nilai kulit buku dengan isinya.Sedangkan hakikatnya buku ini telah melenyapkan persepsi tersebut.

Begitulah dalam dunia ini.Ramai yang percaya bulat-bulat dengan mainan emosi.Sedangkan realiti sebenar jauh tersasar.Ia tidak berdasarkan logik dan fakta.

Inilah garapan utama buku setebal 151 halaman dan berharga RM21 ini. Wajar dibaca oleh rakyat Malaysia.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mudah percaya kepada informasi yang berlegar dalam media sosial.

Antara topik yang sangat menarik ialah kepercayaan orang lama-lama bahawa bermain dalam hujan boleh menyebabkan kita demam.Hujan dikatakan bawa masalah dan hujan bencana.Sedangkan hujan adalah rahmat dari Allah SWT.




Penulis telah berhujah dengan fakta sains yang sangat ampuh.

Selain itu terdapat info yang mengatakan  usus perlu dicuci kerana terdapat kerak usus.Ia juga telah disangkal oleh para doktor yang menulis buku ini.

Fakta sebenar ialah usus ada sistem khas yang memboleh ia bersih dengan sendirinya.Permukaan otot usus sentiasa bergerak bagi memastikan baki kotoran dapat keluar dengan semulajadi.

Malah isu bumi sfera atau rata turut disentuh dalam buku ini.Apa jawapanya ada terungkai dalam buku yang nipis tetapi kaya dengan hidangan fakta yang memang diakui sahih oleh ilmuan dalam bidang masing-masing.

Secara peribadi admin rasa puas hati membaca buku ini kerana membongkar kepercyaan lama yang boleh disangkal dengan fakta Sains.

Kini terpulang dengan anda, nak sangsi dengan persepsi atau percaya dengan fakta.Jika jawapan sebaliknya maka admin sarankan pembaca beli buku ini dan baca untuk membetulkan diri agar jangan terus menerus tertipu, menipu dan ditipu oleh mereka yang ada agenda tersendiri.

Semoga berjumpa buku ini di pasaran dan korbankan sedikit duit untuk menyelamatkan duit lebih banyak terhakis dengan perkara yang sia-sia.

Author:

12 ulasan:

  1. menarik....belum pernah baca buku ni....

    BalasPadam
  2. mcm menarik je buku ni, aku suka subject bahas dan pembandingan mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menarik sangat sesuai untuk mereka yang bukan jenis pak atau mak turut.

      pemikiran yang analitis dalam mencari kebenaran

      Padam
  3. Banyak juga isu yang dikupas dalam buku ni ye. Bagus :)

    BalasPadam
  4. WAJAR DIBACA ..KITA NI PANTANG MERASA DITIPU

    BalasPadam
    Balasan
    1. prinsip mudah..

      jangan menipu dan tertipu kan hehehe

      Padam
  5. banyak jugak amalan petua yang tak boleh di ikuti kan. sebabtu suka tengok rancangan daripada pakar terus. puas hati. jangan mudah tertipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam dunia informasi yang meledak ini ..kita dianjurkan untuk lebih bijak ..

      berfikir secara analitis

      Padam
  6. Teringat perdebatan kata bumi ni bukan bulat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang isu tersebut sudah senyap..

      tiada perkhabaran berita

      Padam