Header Ads Widget

Life Is Beautiful



Buku ‘Life Is Beautiful’ judul sahaja bahasa Inggeris tetapi isi kandungannya adalah bahasa Melayu.Jangan keliru pulak.

Tema utama buku ini adalah motivasi Islamik dan ia bertepatan dengan keperluan ramai pembaca sekarang ini.

Pembaca sama seperti admin amat dahagakan ilmu motivasi berbentuk bahagia dan gembira.Almaklum sahaja dengan peredaran masa dan perubahan zaman yang amat pantas, manusia sukar untuk beradaptasi dengan perubahan.

Pelbagai persoalan hidup, gangguan media sosial dan 101 lagi elemen negatif memang menimbun dalam minda manusia akhir zaman.

Sebelum ini penulis yakni Saudara Nasrullah Amran telah menghasilkan buku Tak Perlu Sempurna.Cuma buku yang terbaharu ini mempunyai banyak kemajuan dari segi penyampaian idea, pengolahan ayat dan susunan kata.

Terbaik dan menarik.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2019 masih baharu di pasaran.Siapa yang merasakan diri perlu suntikan motivasi berbentuk agama, memang admin sarankan pembaca memiliki buku ini dengan segera.Terdapat selitan ayat-ayat Al Quran  dan al hadis yang relevan dengan tema buku.



Ada 24 bab dengan 203 halaman dan berharga RM26.( harga Sabah dan Sarawak) cukup bernilai untuk wang anda.Boleh dikatakan berbaloi-baloi.

Apa manfaat yang jelas untuk pembaca setelah memiliki buku ‘Life Is Beautiful’ ?

Menurut admin mudah sahaja.Apa-apa ilmu yang dikongsikan penulis dalam buku bercetak ada krebiliti.Sebab buku bercetak wajib melalui prosedur ISBN.Tidak boleh diedarkan sebarangan di pasaran.Malah ada buku yang tidak baik boleh ditarik balik dalam pasaran.

Itu secara umum.Yang pasti pembaca akan rasa puas dan gembira membaca buku ini.Topik utama persoalan hati dan perasaan serta minda yang dikupas sesuai dengan keadaan semasa.

Jika ingin tahu lebih lanjut dapatkan naskah buku ini dipasaran sama ada kedai buku utama atau beli online.

Senang cerita berhubung terus dengan penulis buku itu sendiri pun boleh di SINI.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Menarik.. persoalan hati dan perasaan serta minda, topik yg bagus utk di ulas :)

    BalasPadam
  2. menarik ada unsur islamic untuk santapan rohani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trend zaman sekarang...orang suka membaca buku yang bersifat Islamik

      Padam
  3. nice.. seronok baca review buku2 dari tuan. memang mantap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TERIMA KASIH..alhamdulillah...rasanya tidak bagus sangat cuma usaha mana terbaik

      Padam
  4. menarik jua, boleh daptkan buku ni

    BalasPadam
  5. Sekarang lagi trend ya, judul sampul bukunya bahasa ingris.
    Pemasarannya sampai indonesia kagak ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulis buku ini pernah belajar di Universitas Riau mas

      Padam
  6. Setuju manusia memang tak sempurna, mencari kesempurnaan sampai akhir hayat belum tentu bertemu. Buku ni tentu best kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jujur saya katakan best sebab penulisan sudah ada pembaharuan..

      idea juga segar dan olahan kata menarik

      Padam
  7. Sebenarnya dah lama tak beli buku. Mana tau boleh masukkan buku dalam list bacaan kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya suka beli buku bila mampu ..

      bila tak mampu saya pinjam di perpustakaan.

      jadi sama ada mampu dengan tidak mampu saya tetap ada buku untuk dibaca

      Padam
  8. tiba2 teringat ke Mummy Ayu..Life is Beautiful adalah tagline blognya

    BalasPadam
  9. Saya suka buku La Tahzan. Memang menyuntik semangat lepas baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku ini seperti itulah..

      cara atau pendekatan supaya hati kita tenang

      Padam