Header Ads Widget

Saya Ada 25 Jam Sehari

Bayangkan kalau hidup kita yang sangat sibuk ini diberi tambahan masa untuk 25 jam sehari.Ada lebihan 1 jam berbanding kebiasaan 24 jam.Admin akui ramai yang kata seronok dan tidak ketinggalan juga yang kata mana ada logik.

Inilah persoalan yang dikupas dan dirungkai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam sebuah buku Saya Ada 25 Jam Sehari.Buku yang ditulis berdasarkan kisah benar  beliau sebagai seorang penasihat Syariah global yang tersohor diperingkat antarabangsa dan usahawan Syariah yang cemerlang.

Biarpun ketebalan 244 mukasuratnya, tidak menghalang admin khatam dalam 24 jam.Nasib baik bukan dalam 25 jam.hahaha.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Amanie  Media Sdn Bhd.Sila layari website www.amaniemedia.com untuk maklumat lanjut.



Ternyata sangat mengujakan untuk dibaca mereka yang dilanda kemelut ketidakcukupan masa setiap hari.Penulis telah berkongsikan penyelesaian tersebut dalam lapan bab utama.

Jika rasa sukar untuk mengurus masa dengan bijak dan efisen admin sangat galakkan pembaca mendapatkan buku ini dengan kadar segera.Dalam buku ini anda dibongkarkan satu persatu tip bagaimana boleh menghasilkan masa yang cukup walau sibuk macam mana sekalipun.

Penulis berpendapat tidak penting berapa lama anda membuat kerja tetapi menjadi keutamaan bagaimana anda membuat kerja tersebut boleh selesai dengan cemerlang.Teori membuat banyak kerja dalam satu masa adalah tip tambahan penggunaan masa yang amat optimum.

 
 

Sejujurnya admin amat berpuas hati membaca buku ini.Mesej yang disampaikan sangat jelas biarpun admin tahu buku ini hasil terjemahan.

Admin cukup tersentuh dengan cara penulis membuat kerja bagi memastikan Teori 25 jam betul betul menjadi realiti dan bukan retorik semata-mata.Penulis ada berpendapat bahawa menonton TV boleh mematikan akal dan media sosial adalah pengganggu kehidupan paling hebat.

Tiada cara ampuh mengatasinya melainkan dengan berkorban untuk kekal berdisiplin untuk menggunakan masa sebaik yang mungkin.

Malah admin telah tulis dalam status Facebook sebelum ini tentang penggunaan masa.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Setiap orang diberi masa yg sama.. terpulang macam mana kita nak menggunakannya. Nice review. Sy dah lama tak beli buku. Usaha utk habiskan membaca buku2 yg dibeli pula.. sy follow ye blog ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana follow blog ini...semoga iannya bermanfaat

      Padam
  2. Rasanya buku ni sesuai untuk saya sebab sedar2 je dah malam dan taktau dah buat apa sepanjang hari tu. Bahaya..bahaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat plannner atau jadual kerja..saya rangka dalam minda sahaja dan ia bukan yang terbaik...biasanya saya berjaya melakukannya

      Padam