Header Ads Widget

Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual

Topik seksual bukan perkara mudah untuk dibincangkan secara terbuka.Fikiran kita selalu mengaitkan seks dengan lucah.Sedangkan dua perkara ini mempunyai maksud yang berbeza.Pecerahan minda tentang seksual ada dalam buku Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual.

Admin tidak layak untuk berbicara tentang seks dengan lengkap.Sebaliknya orang yang paling layak ialah Profesor Emeritus Dr Mohd Ismail Tambi.Beliau adalah pengamal perubatan sakit Tuan yang popular di negara ini.

Ternyata admin amat bertuah kerana berpeluang untuk membaca buku ini Beliau telah mengupas isu seksual dengan lengkap dan menarik.

Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd tidak pernah mengecewakan peminat buku.Kelahiran buku yang mempunyai tema sensasi begini memang patut dipuji.

Hampir sedekad buku ini berada di pasaran.Cetakan pertama pada tahun 2010 dengan ketebalan 125 mukasurat mudah untuk dihabiskan bacaan dalam sehari.Jika nak lebih baik boleh dirujuk berkali-kali.

Sasaran pembaca memanglah untuk golongan wanita yang sudah berkahwin dan bakal melangsungkan pernikahan.Bahkan lelaki yang bergelar suami atau bakal suami memang digalakkan membaca buku seperti ini.Ingat dengan nawaitu untuk kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

 


Dr Mohd Ismail Tambi membincangkan topik seksual dari sudut kesihatan dan bidang perubatan.Tidak perlu timbul rasa segan dan kurang selesa walaupun banyak menggunakan istilah yang bakal menaikkan nafsu kepada pembaca.

Buku yang kompak namun padat dengan ilmu ini dibahagikan kepada dua bahagian.Setiap bahagian ada subtopik yang berkaitan satu sama lain.

Lebih menarik lagi disertakan dengan info agama seperti petikan ayat al-Quran dan al- Hadis.Selitan grafik yang berunsur humor menambah seri buku ini.

Ada bahagian yang dikhususkan  untuk menjawab segala kemuskyilan berkaitan seks.Sangat berbaloi untuk dibaca oleh golongan wanita di luar sana.

Admin berharap pembaca boleh mempraktikan segala ilmu yang telah diperturunkan.Lebih-lebih lagi tentang cara melakukan hubungan badan supaya memberi kepuasan seks kepada dua belah pihak.

Bacaan lanjut boleh dapatkan buku ini di pasaran atau perpustakaan yang berdekatan.Admin tidak pasti ada lagi tak stok di pasaran.

Selamat membaca.

Catat Ulasan

0 Ulasan