Header Ads Widget

Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni


Judul buku ini sahaja sudah cukup untuk mempengaruhi peminat buku untuk membeli dan seterusnya memiliki khazanah ilmu.

Malah admin sendiri cukup terkesima untuk membaca dan cuba untuk mengaplikasikan beberapa tip yang dikemukakan oleh penulis yang saya minati ini.Syabas dan tahniah kepada Tuan Syahrul

Nizam Junaini yang berjaya berkongsi ilmu dan menggungkapkan idea hebat melalui karyanya.

Jika dulu ilmu pengaruh sering dikaitkan dengan minyak,mantera dan azimat.Awas kerana perkara ini bertentangan dengan hukum syarak Islam.

Takut-takut jatuh ke lembah syirik dan khurafat yang mana tergolong dalam kategori dosa besar.
Namun begitu jangan sangat tersalah anggap kepada buku ini.

Intipati buku ini bukan membicarakan ilmu mistik tetapi ilmu realistik yang menjadi tunjang kepada komunikasi korporat,pemasaran dan perniagaan secara umum maupun khusus.

Pengaruh sudah menjadi elemen penting kepada seseorang dalam ruang lingkup keluarga,komuniti dan organisasi.Orang yang berpengaruh menjadi idaman setiap orang terutama kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya,maruah dan nama dalam pandangan manusia.

Lagi kuat pengaruh lagi mudah untuk mendapat apa yang dihajati.Pemimpin keluarga yang berpengaruh dapat membentuk ahli keluarga lebih harmonis dan bahagia.Ketua organisasi pula meningkatkan prestasi,produktiviti dan keuntungan syarikat.

Penulis telah membincangkan ilmu tentang pengaruh dalam pelbagai sudut dan dimensi yang berbeza.Antaranya teknik memujuk dalam mempengaruhi.Selain itu sumber-sumber kuasa untuk memujuk lebih berkesan dan banyak lagi.

Tidak kurang menariknya penulis turut mengupas dengan ringkas tetapi padat tentang aplikasi teknik mempengaruhi.Ilmu mempengaruhi yang digunakan untuk pemimpin,kakitangan ,rakan sejawat,bakal pelanggan dan sebagainya.

Pada bahagian akhir penulisan buku ini diceritakan sepintas lalu tentang kejayaan pengaruh tokoh dunia abad ke-21 yang hebat.Antaranya Franklin Roosevelt seorang Presiden Amerika Syarikat yang terpilih empat kali kerana pengaruh menghormati orang lain.

Selain itu kisah Perdana Menteri England Sir Winston Churcill yang disegani kerana pemurah,taat dan setia serta cekal menghadapi tekanan dalam situasi yang genting.

Adalah amat berbaloi untuk memiliki,membaca dan mengamalkan ilmu-ilmu dalam buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi tetapi Seni. Ps: untuk terus bersama menyelami idea-idea Tuan Sahrulnizam Junaini sila lawati website beliau di sini.

 Judul: Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni Penulis:Syahrul Nizam Junaini Ketebalan :196 Penerbit:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd Tahun: 2010 Harga :RM24.90

Catat Ulasan

0 Ulasan