Header Ads Widget

Niaga Online





Niaga Onlime sebuah buku yang menarik.Sesuai benar dengan subtajuk iaitu Panduan Mudah Berniaga di Internet.Tetapi sayang sudah terlambat untuk dibaca pada tahun 2019 kecuali pada tahun 2010.

Kandungan buku yang berbentuk informasi dan teknologi begini agak ketinggalan dari segi informasi.

Kini sudah sembilan tahun berlalu dan admin dapati beberapa info yang ada dalam buku sudah kurang relevan.

Misalnya perisian membina website, telefon jenama Blackberry dan kelajuan internet seperti yang dinyatakan.

Namun masih boleh dibaca jika mahu jadikan rujukan bersama buku-buku yang terbaharu.Banyak perkara asas tentang dunia online masih boleh diterima pakai.Bahkan tip-tip yang disarankan masih boleh diguna pakai.

Ketebalan buku sekitar 214 mukasurat dan berharga RM13 sangat berbaloi.Admin boleh baca dalam satu hari dengan teknik speed reading




Lagipun panduan yang dinyatakan sangat lengkap dan mudah diikuti terutama kepada mereka yang ingin membina website atau blog.

Tak sangka buku ini memberi tutorial bagaimana membuat blog di blogspot.Ini dah kira cukup bagus terutama kepada mereka yang ingin menjadi blogger.

Buat makluman, buku Niaga Online ditulis oleh Saliyati Suhaimi.Beliau graduan dalam bidang kejuruteraan perisian dari Universiti Utara Malaysia dan berpengalaman dalam bidang e-commerce, webhosting dan laman web.Pernah bekerja dalam bidang berkaitan selama 10 tahun di syarikat besar.

Admin memang galakkan pembaca memiliki buku ini sebagai asas untuk memahami bisnes secara online.Dalam masa yang sama dapatkan juga buku yang terbaharu dalam bidang yang berkaitan.

p/s: Amat digalakkan untuk like page Obses Buku di SINI

 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bagus ya sbgai panduan jana duit dri internet...Teruskan membaca dan menulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu..

      membaca dan menulis tidak boleh dipisanhkan

      Padam