Header Ads Widget

Persediaan Menulis Cerpen


Sekali lagi admin berjaya menghabiskan bacaan buku Persediaan Menulis Cerpen tulisan Othman Puteh.Sebelum ini buku beliau berkaitan topik novel.

Tiada kata sebaik perkataan ‘terbaik’ untuk penulis hebat Malaysia ini.Buku yang diterbitkan sekitar tahun 1988 tetapi dicetak semula pada kali kedua pada tahun 2001.

Ini jelas membuktikan kandungan buku beliau sangat berguna untuk bakal cerpenis di negara ini.

Penulis telah menghuraikan dengan teliti komponen cerpen yakni tema, plot, watak, latar, sudut pandangan, gaya dan gaya bahasa dan suasana cerita.



Dengan ketebalan 91 mukasurat sesuai dijadikan rujukan dan panduan.Mudah dibaca,difaham dan diamalkan.Cuma admin belum terbuka hati untuk menulis cerpen dalam masa yang terdekat ini.hehehe

Buku ini ada enam bab sahaja.Setiap bab cukup padat untuk menerangkan keperluan dalam penulisan cerpen.Bahagian akhirnya pula menyertakan tiga cerpen sebagai bahan kajian.

Jujur admin kata memang bagus untuk para remaja khususnya dalam mengasah bakat menulis.Jika ada minat dan kesungguhan menulis atau berkarya genre sastera mengapa tidak gunakan sepenuhnya.

p/s: Sudi-sudilah like page Obses Buku untuk mendapat ulasan terkini dari admin.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. SELAIN MEMBACA BUKUNYA ELOK JUGA IKUTI KURSUS PENULISAN CERPEN ANJURAN2 BADAN2 PENULISAN AGAR KARYA YG DIHASILKAN LEBIH MANTAP N DITERIMA EDITOR PENERBITAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. kursus adalah cara yang pantas dan efektif..sebab ada mentor

      Padam
  2. untuk belajar menulis, memang harus melihat dan belajar dari tulisan orang lain juga. Keren tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sudah semestinya...tiada cara lain yang terbaik

      Padam