Header Ads Widget

Seksualiti Manusia [ Keharmornian jalinan antara jantina ]



Sah.Apa yang sahnya ? Sah bukan pada akad nikahnya tetapi sah ilmiah buku Seksualiti Manusia.

Seimbas lalu, tajuk buku ini agak malu malu.Namun isinya fuyoo.Jangan tidak tahu.Isi kandungan cukup lengkap tentang isu-isu seks, alat kelamin lelaki dan wanita serta menjawab pelbagai soalan tentang kesihatan sakit tuan dan sakit puan.

Buku yang ditulis oleh tiga orang pakar dalam bidang perubatan bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata.Mereka ialah Dr Hatta bin Sidi,Profesor Madya Dr.Mohammed Hatta Shaharon dan Profesor Dr.Ramli Hasan.

Hasil penyelidikan mereka tentu amat berguna untuk bacaan umum,pengamal perubatan, golongan profesional dan pelajar dalam bidang perubatan.

Apa yang admin boleh pelajari dari buku Seksualiti  Manusia ini tentulah ilmu perkaitan seks  dari segi perubatan.

Terlalu banyak.Kalau hendak diceritakan dalam artikel ini tidak elok.Jika nak tahu lebih admin saran sila dapatkan buku ini secara fizikal.Boleh cari dalam perpustakaan.




Sungguhpun begitu admin bagi sedikit perkongsian tentang masalah kesihatan lelaki.Antaranya masalah impoten dan ejakulasi  pramatang boleh diatasi dengan terapi dan kaunseling golongan bertauliah.

Penggunaan ubat kuat atau pelbagai produk lelaki yang ada dipasaran secara komersil cuma penyelesaian jangka pendek.Bukan penyelesaian terbaik.Takutnya nanti pengidap masalah tersebut bergantung terus kepada ubat-ubatan dan produk-produk sampai akhir hayat.

Buku yang diterbitkan pada tahun 1999 ini adalah khazanah ilmu seksual yang hebat.Ia dipersembahkan dengan fakta daripada kajian perubatan.Namun ditulis dengan bahasa khalayak umum.Senang baca dan senang faham.

Dari segi usia buku ini tentulah kita berpendapat agak tua.Sudah mencecah 20 tahun.Sedikit sebanyak info dan fakta agak ketinggalan jika dikaitkan dengan keadaan semasa.

Cumanya isu seksual adalah isu evergreen yang merentas masa.Selagi ada kehidupan manusia yang berjantina lelaki dan wanita.

Benar sungguh ilmu yang hebat jika tidak dihebah dan diamal oleh mereka yang memerlukan tidak membawa apa-apa makna.Sayangilah kehidupan ini dengan menjadikan keluarga bahagia sebagai matlamatnya.

Keluarga bahagia harus dilatari dengan aktiviti seksual yang sempurna, hebat dan betul caranya.

Ada soalan?

Yang pasti soalan tersebut akan terjawab dalam buku ini.


Catat Ulasan

0 Ulasan