Header Ads Widget

“Dah Gemuk lah"



Memang betullah jangan nilai buku “Dah Gemuk lah” dengan kulit semata-mata.Buku ini macam biasa sedangkan isi kandungan buku ini sangat menarik dan sangat  seronok dibaca.

Admin tidak dibayar untuk menulis ulasan buku.Namun atas rasa cinta dengan buku dan ilmu, admin korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk berkongsi kebaikan apa yang admin baca melalui buku.Bukan untuk admin seorang diri tetapi untuk orang lain agar mendapat kebaikan secara bersama.

Penulis buku ini ialah Tuanku Halim Bin Tunku Abdullah.Beliau peminat tegar kepada amalan menurunkan berat badan serta seorang pengarang buku terlaris di pasaran.Buku ini beliau hasilkan dengan mengumpul  bahan-bahannya selama bertahun-tahun.Memang patutlah isinya mantap dan sangat bermanfaat.

Alhamdulillah admin mampu habiskan bacaan dengan penuh khusyuk dan minat dalam masa sehari.Kepantasan membaca ini bukan satu kebanggaan kerana ada pembaca novel boleh habiskan bacaan mereka selama dua jam sekali duduk.Maaf buku ilmiah dengan novel dua kategori yang berbeza.

Buku terbitan MPH pada tahun 2018 memang tidak mengecewakan.Asalnya dalam Bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan oleh Fauziah Abdul Samad.Dengan ketebalan 171 mukasurat, admin rasa ramai yang boleh menghabis bacaan lebih cepat dari admin.



Persoalannya bukan siapa lebih cepat dapat habiskan bacaan.Sebaliknya berapa banyak manfaat dan ilmu serta info tentang pemakanan yang boleh kita dapat dari buku “Dah Gemuk lah”

Admin secara jujur bukan orang yang gemuk.Namun minat dalam bidang penjagaan kesihatan sehingga admin lebih suka buku kesihatan dari suka makanan yang sedap-sedap.

Selepas membaca helaian demi helaian buku yang mengandungi 66 bab ini, diakui sangat berbaloi untuk dibeli khas untuk mereka yang serius untuk menurunkan berat badan.Dalam masa yang sama meletakkan keutamaan kesihatan berbanding nafsu makan itu sendiri.

Ada satu bahagian yang penulis kongsikan tentang 30 cara sempurna untuk muncul lebih langsing.Nak tahu tiada pilihan lain selain dapatkan buku ini dipasaran.

Namun begitu buku ini juga telah mengajak admin untuk bertukar tabiat pemakanan.Admin cuba bersarapan dengan buah-buah, elakkan daging, jauhi makanan bergula, makan banyak sayuran segar dan tidak minum susu lembu ala-ala vegetarian.

Jangan abaikan senaman atau pergerakan yang aktif kerana pemakanan dan senaman itu sendiri adalah tunjang utama untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan ideal.

Mengapa admin lakukan ini semua kerana jawapan ada dalam buku ini.

Jangan kecam admin kerana admin sangat  tulus hati agar pembaca beli dan amalkan ilmu dalam buku yang admin buat ulasan ini.Kebaikan untuk pembaca sendiri juga.Badan boleh slim mengapa biarkan gemuk.Maaflah kalau tersentap tapi itu realiti masa kini.

Akhir kata jom dapatkan buku ini di kedai-kedai  buku yang berdekatan.

P/s: Minta tolong Like Page Obses Buku jika sayang admin.hehehehe


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Buku ni confirm jadi pilihan ramai wanita, btw done like page :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itupun kalau mereka rajin nak membaca..

      kalau tak rajin...tak akan tahu apa yang ditulis oleh pengarang tersebut

      Padam