Header Ads Widget

Daripada Budu Ke Cheese



Buku ‘Daripada Budu Ke Cheese’ sedap dihadam minda.Sesedap judul buku tersebut.Itu tanggapan awal dan terakhir admin.Jujur dan ikhlas.

Subjudul buku ini, Bila Melayu Cakap Inggeris memang kena pada tempatnya.Sementelahan buku yang menyajikan satu kisah hidup penulis memang seronok dibaca.Apatah lagi kisah beliau yang ditulis bermula dari zaman sekolah rendah hingga zaman beliau sudah bekerja banyak menyampaikan mesej yang amat berguna.

Izinkan admin angkat ibu jari atau Thumb Up.Ternyata membaca kisah hidup seseorang memang memberi insprasi, penuh dramatik dan bermain emosi.Tanpa sedar admin membaca dengan menitis air mata.Tak banyak la.Sikit-sikit jadilah sebab laki-laki mana boleh nangis.Betul ke macam tu.

Melalui buku Dari Budu Ke Cheese akan membawa pembaca untuk mengenali siapa Puan Nor Zaida Rahim.Beliau ialah pensyarah Bahasa Inggeris yang sudah pengalaman 20 tahun dalam bidangnya.Berasal dari Kelantan dan sangat teruja untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengajaran Bahasa Inggeris.Jika tidak, mana mungkin terhasilnya naskah buku ini.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2015 ini masih lagi relevan untuk dijadikan panduan dan sumber rujukan.Kandungan buku ini terbahagi kepada dua bahagian.Dalam ertikata lain, bahagian penulisan travelog dan petikan dari entri blog beliau sendiri.




Percayalah buku ini wajar untuk bahan pembelajaran pelajar sekolah maupun guru ataupun masyarakat umum tanpa mengira sesiapapun anda dalam pemupukan minat kepada bahasa antarabangsa ini.

Admin yakin pembaca akan tersedar bahawa kelemahan untuk menguasai Bahasa Inggeris bukan alasan untuk meminggirkan terus bahasa ini.Lebih-lebih lagi dalam zaman tanpa sempadan kepentingan Bahasa Inggeris menjadi satu kemestian untuk menguasai ilmu dengan lebih baik.

Dengan ketebalan 176 mukasurat dan berharga antara RM15 sehingga RM18 bukan alasan untuk tidak mendapatkan di kedai buku yang berdekatan.

Cuma admin risau ada lagi tak stok di pasaran.Kalau ada boleh boleh beli tanpa berfikir dua kali.

Admin sudah baca buku ini dan anda bila lagi ?

p/s: Jika rasa ulasan buku yang  admin tulis ini menarik apa kata Like page Obses Buku sebagai bukti.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. MENARIK ULASANNYA SOK LUSA CARI BUKU NI INSYAA ALLAH...MENGUASAI BAHASA INGGERIS ADALAH KELEBIHAN TAMBAH DLM ERA TANPA SEMPADAN KINI

    BalasPadam
  2. Saya belajar bi dengan cara baca novel english. Kemudian saya suka tweet dalam english, bukan menunjuk cuma nak perbetulkan ayat sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus juga cara ini...semoga awak jadi pakar dalam bahass Inggeris nanti

      Padam